Cara Melegakan Asma Menggunakan Sumber Bahan Dari Dapur Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Asma merupakan penyakit jangka masa panjang yang melibatkan saluran pernafasan anda. Simptom seperti batuk, sesak nafas atau kesempitan dada boleh mengganggu anda. Oleh itu, anda mungkin mahu mencari penyelesaian untuk berasa lebih baik. Selain daripada ubat yang diberikan oleh doktor, barang di dapur anda juga boleh membantu.

Halia

Halia merupakan salah satu penyedap makanan yang sering digunakan di serata dunia. Sejak bertahun lama, halia digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan. Ia terdiri daripada antioksida dan kesan anti keradangan.

Asma merupakan keadaan yang menjejaskan saluran pernafasan. Udara masuk dan keluar dari paru-paru melalui saluran pernafasan. Apabila anda menghidap asma, saluran pernafasan anda menjadi sempit, bahagian dalamnya sakit dan bengkak. Halia boleh membantu mengurangkan pengecutan saluran pernafasan dan menghalang saluran kalsium plasma membran. Oleh itu, otot saluran pernafasan akan relaks, sekali gus melegakan simptom asma.

Halia juga terkenal dengan manfaatnya dalam melegakan jangkitan pernafasan, batuk, demam, loya semasa hamil, kanser, tekanan darah tinggi, arthritis, migrain dan cirit birit.

Bawang putih

Bawang putih boleh digunakan untuk memulihkan simptom asma. Ia boleh mengurangkan keradangan, membantu membersihkan kesesakan pada paru-paru. Ia juga membantu membunuh bakteria, virus, dan menggalakkan sistem imun. Kemudian, badan anda akan melawan jangkitan yang mencetuskan asma dengan cara yang lebih baik. Walau bagaimanapun, bawang putih dan produk berasaskan bawang putih boleh menyebabkan simptom asma pada sesetengah orang. Dalam beberapa kes, menghidu debu bawang putih menyebabkan tindak balas alergik seperti asma atau rhinitis atau ruam kulit.

Kegunaan lain bawang putih termasuklah contact dermatitis, penyakit jantung, demam selesema, kanser, pembesaran prostat, cacing kerawit dan sindrom kaki atlet.

Bawang

Bawang terkenal sebagai perasa makanan. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bawang boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah kesihatan? Bawang mempunyai kriteria anti keradangan. Ia boleh membantu membersihkan saluran pernafasan anda. Anda boleh menggunakan bawang secara mentah mahupun di dalam salad bersama sayuran yang lain.

Minyak mustard

Minyak mustard telah digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan selama bertahun lamanya. Namun, ia juga terkenal dengan manfaat kesihatannya. Ia boleh digunakan dalam menangani serangan asma yang teruk dengan membersihkan saluran pernafasan .

Tambahan lagi, benih mustard adalah berkesan dalam mengubati kanser gastrointestinal dan kolorektal. Urut badan anda dengan minyak mustard sekali sehari sebelum mandi bagi membantu mengurangkan sakit otot, terseliuh, melegakan rheumatism dan arthritis.

Kopi

Kopi merupakan minuman yang paling gemar diminum di serata dunia. Anda boleh meminum secawan kopi untuk kekal segar. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa kafein di dalam kopi boleh melakukan lebih daripada hanya sekadar meningkatkan keupayaan daya tumpuan anda. Kafein mirip kepada sejenis ubat dipanggil theophylline. Theophylline boleh membuka saluran pernafasan anda. Oleh itu, ia boleh melegakan simptom asma seperti batuk, nafas berbunyi atau sesak nafas. Terdapat kajian yang menunjukkan kuantiti kafein yang kecil boleh membantu dalam menambahbaik fungsi paru-paru dalam masa 4 jam.

Kunyit

Kunyit selalunya dijumpai di kawasan Asia, digunakan sebagai perasa atau bahan perubatan. Kunyit mengandungi curcumin yang boleh mengurangkan keradangan dan pengecutan saluran pernafasan, menambahbaik saluran pernafasan yang terjejas.

Kunyit juga bagus untuk penghidap rheumatoid arthritis, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), gangguan hati, luka diabetes, selesema, batuk dan penyakit yang disertakan dengan sakit abdomen.

Serai

Serai atau cymbopogon, merupakan tumbuhan asli yang tumbuh di India dan kawasan tropika Asia, Afrika dan Australia. Ia mengandungi pelbagai vitamin termasuklah vitamin B1, B2, B3. B5, B6 dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium.

Serai telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk merawat asma dan penyakit gangguan pernafasan yang lain. Ia mengurangkan keradangan dan membantu badan anda melawan jangkitan. Serai juga mengandungi vitamin C yang meningkatkan sistem imun anda.

Madu

Madu bukanlah asing bagi anda, bukan? Ia boleh dijumpai di serata tempat di dunia. Madu boleh digunakan di dalam makanan, minuman, kosmetik, pelembap, pewangi atau petua kesihatan dalam merawat batuk, keradangan, demam, jangkitan. Laporan juga telah diperolehi bahawa madu mengandungi ciri-ciri antioksida, antibakteria dan antiimmunomodulatori. Madu juga bagus untuk pesakit asma.

Madu boleh digunakan untuk cirit-birit, ulser perut yang disebabkan jangkitan Helicobacter pylori, luka pada kulit dan kulit terbakar kesan cahaya matahari.

Sebenarnya, banyak lagi barang di dapur anda yang digunakan sebagai bahan memasak turut boleh digunakan untuk melegakan asma. Ia mudah dijumpai tetapi sangat berkesan. Bertanyalah dahulu kepada doktor anda sebelum anda mencubanya. Doktor akan memberikan nasihat dan amaran yang berguna kepada anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan