Betul ke Tidur Berdengkur Buat Anda Lebih Mengantuk?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/10/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kalau kena sebilik dengan individu yang tidur berdengkur, mesti tak boleh tidurkan? Rasa geram ‘aje’ tengok yang berdengkur tu tidur nyenyak. Tapi ada ura-ura yang mengatakan individu yang berdengkur ini sebenarnya tak dapat tidur yang berkualiti, betul ke? Hmmm…kalau nak tahu lebih, teruskan pembacaan anda.

Pertama sekali, apa kata kita selami kenapa wujudnya masalah berdengkur ini kepada sesetengah individu.

Dikatakan berdengkur ini berlaku disebabkan oleh bahagian badan seperti lidah, mulut, tekak atau saluran udara di hidung yang bergetar ketika anda bernafas. Keadaan ini boleh berlaku apabila otot pada bahagian-bahagian tersebut menjadi tenang ketika anda tidur dan menyebabkan laluan udara menjadi sempit.

Punca berdengkur

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan kecenderungan untuk anda berdengkur, antaranya:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Tabiat merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol yang banyak
  • Tidur secara menelentang

Anda juga boleh tidur berdengkur jika anda mempunyai masalah apnea tidur, iaitu satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat sementara ketika anda tidur. 

Sekarang anda sudah mengetahui punca yang menyebabkan seseorang individu itu berdengkur. Tetapi adakah mereka tidur dengan nyenyak?

Tidur berdengkur dan rasa mengantuk

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Otolaryngology baru-baru ini menafikan mitos bahawa tidur berdengkur akan menjejaskan kualiti tidur dan menyebabkan keletihan. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 74 individu, dan individu yang mempunyai masalah apnea tidur obstruktif (OSA) telah dikecualikan daripada penyelidikan ini.

Menurut ketua penyelidikan, Hisham Alshaer, berdengkur tidak mempunyai kaitan dengan kualiti struktur tidur ataupun tahap mengantuk selagi seseorang individu itu tidak mempunyai masalah tidur apnea.

Jelas Dr Alshaer, walaupun data hasil kajian National Sleep Foundation daripada Amerika Syarikat menyatakan tidur berdengkur boleh mengakibatkan gangguan tidur dan menjadi punca kepada keletihan, namun kajian tersebut tidak membezakan individu yang hanya berdengkur dengan individu yang mempunyai masalah OSA.

OSA dipercayai menjadi punca kepada peningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kegagalan jantung, strok serta kemalangan kereta akibat rasa mengantuk pada waktu siang. Ia merupakan satu gangguan tidur yang kronik yang melibatkan simptom berdengkur yang menyebabkan anda berhenti bernafas untuk seketika ketika sedang tidur. 

Individu yang terlibat dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Toronto Rehabilitation Institute di Kanada ini, diberikan peranti mengandungi mikrofon kecil yang dilekatkan pada wajah untuk merakam kekerapan mereka berdengkur.

Tidak mengganggu kualiti tidur

Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan bergantung kepada jumlah dengkuran dalam setiap jam. Kumpulan pertama, adalah individu dengan dengkuran kurang daripada 100 setiap jam, kedua untuk individu yang berdengkur antara 100-350 setiap jam dan yang ketiga adalah kumpulan individu dengan dengkuran lebih daripada 350 setiap jam.

Kualiti dan kuantiti tidur mereka diukur dengan menggunakan polysomnography, iaitu satu alat yang digunakan untuk mendiagnosis gangguan tidur dengan merakam gelombang otak, denyutan jantung dan pergerakan mata. Keesokan paginya, kesemua mereka diminta untuk menilai tahap rasa mengantuk.

Hasil keputusan menunjukkan individu yang berdengkur bersemangat sama seperti individu yang tidak berdengkur. Tabiat berdengkur ini juga tidak menjejaskan kuantiti tidur atau kekerapan bangun waktu malam. 

Tidak perlu risau

Tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya anda atau mungkin rakan sebilik mahupun pasangan anda merupakan individu yang tidur berdengkur. Ia adalah sesuatu yang normal kecuali masalah dengkuran tidur itu melibatkan gangguan apnea tidur, maka itu akan menjadi satu keadaan yang perlu dibimbangkan.

Tapi kalau berdengkur sahaja, perkara biasa lah tu. Cuma kalau anda dapat pasangan atau rakan sebilik yang berdengkur, bersabarlah ye. Ini kerana peratusan untuk anda tidak cukup tidur dan mengantuk keesokan harinya adalah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi kalau dengkuran itu sangat kuat. Kena sumbat telinga dengan kapaslah kot. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Terdapat pelbagai variasi meditasi boleh diamalkan seperti berjalan. Berita baiknya banyak manfaat meditasi berjalan yang bagus untuk tahap kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Anda susah nak pejamkan mata? Haaa...mungkin puncanya apa yang anda makan. Ada 7 jenis makanan harus dihindari kerana menjejaskan kualiti tidur, jom semak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/04/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan ketika tidur

    AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat tidur siang

    Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    rasa mengantuk

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    punca berdengkur

    Terlalu Penat Kerja Boleh Sebabkan Berdengkur Pada Waktu Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan