Sukar melelapkan mata walaupun badan kepenatan? Apa kata anda cuba 5 teknik pernafasan yang betul untuk tidur ini, pasti berkesan untuk memberikan waktu rehat lebih lena.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sukar melelapkan mata walaupun badan kepenatan? Apa kata anda cuba 5 teknik pernafasan yang betul untuk tidur ini, pasti berkesan untuk memberikan waktu rehat lebih lena.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.
Jika anda mengalami kesukaran untuk melelapkan mata, anda tidak sendirian.
Menurut American Sleep Association (ASA), insomnia adalah gangguan tidur paling biasa berlaku.
Kehidupan harian yang sibuk dan serba pantas, dipenuhi dengan tugasan kerja sepanjang hari, tekanan kewangan atau situasi emosional yang memenatkan, boleh menyukarkan anda untuk bersantai, tenang dan tidur dengan lena.
Apabila mengalami kesukaran untuk tidur, apa kata anda fokuskan kepada pernafasan.
Ada beberapa teknik pernafasan yang betul dapat menenangkan fikiran dan tubuh sekali gus membantu anda untuk tidur lebih mudah.
Walaupun terdapat beberapa kaedah pernafasan yang boleh dicuba untuk membuatkan anda lebih bertenang dan tidur, namun terdapat prinsip asas yang perlu diaplikasikan.
Sebaik-baiknya, tutup mata anda bagi membantu mengurangkan gangguan. Fokus kepada pernafasan dan fikirkan mengenai manfaat pemulihan yang akan diperolehi.
Setiap teknik mempunyai faedah yang sedikit berbeza. Anda harus mencuba dan melihat yang mana paling bersesuaian dengan diri.
Untuk membantu anda melelapkan mata, berikut teknik 4-7-8 yang boleh dicuba:
Baca juga:
Berikut cara bernafas untuk membolehkan anda lebih tenang sebelum tidur.
Berdasarkan kajian klinikal, teknik pernafasan Bhramari pranayama terbukti dapat mengurangkan pernafasan dan degupan jantung laju.
Keadaan ini secara tidak langsung cenderung memberikan ketenangan pada diri dan membolehkan anda melelapkan mata dengan lebih mudah.
Hanya 3 langkah mudah:
Sesetengah individu lebih menyukai teknik ini kerana ia lebih ringkas untuk dilakukan.
Untuk melakukan senaman pernafasan ini:
Teknik pernafasan yang betul ini berperanan melambatkan cara anda bernafas dan mengurangkan keperluan oksigen kerana menguatkan diafragma.
Ikuti langkah berikut untuk mencuba kaedah ini:
Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka mengalami hiperventilasi. Cara bernafas ini membantu mengatuskan semula irama pernafasan yang normal.
Tidak kira apa juga teknik pernafasan yang anda lebih gemari, terdapat bukti jelas menunjukkan cara bernafas yang betul akan dapat membantu diri anda:
Melalui kepelbagaian kaedah pernafasan yang boleh dipilih di atas, selepas ini anda mungkin akan dapat tidur dengan lebih lena.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen