home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anda Suka Tidur Siang? Ini Berita Baik Untuk Anda!

Anda Suka Tidur Siang? Ini Berita Baik Untuk Anda!

Pernah tak anda berasa tidak puas tidur sebab menonton wayang lewat malam, dan plan untuk tidur di pejabat ketika waktu rehat? Pasti pernah, bukan? Walaupun hari bekerja, anda tetap pergi keluar tengok wayang, lebih-lebih lagi kalau ada girlfriend atau boyfriend yang ajak.

Sebenarnya, tabiat tidur siang sekali atau dua kali seminggu dikatakan dapat mengurangkan risiko strok atau serangan jantung. Tak percaya? Ini adalah hasil penyelidikan yang diterbitkan secara atas talian dalam jurnal Heart.

Penyelidikan yang dikenali sebagai kajian CoLous ini, dilakukan bagi melihat hubung kait antara kekerapan tidur pada waktu siang dan purata waktu tidur dan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok, iaitu penyakit jantung yang boleh menyebabkan maut.

Kajian ini melibatkan hampir 3,462 individu penduduk Lausanne, Switzerland, yang dipilih secara rawak. Setiap individu terpilih adalah berusia antara 35 dan 75 tahun, antara tahun 2003 dan 2006.

Kekerapan tidur

Pemeriksaan pertama peserta dilakukan pada 2009 dan 2012 dengan mengumpul maklumat mengenai pola tidur waktu siang pada minggu sebelumnya dan tahap kesihatan mereka dipantau untuk purata 5 tahun.

Daripada maklumat awal:

  • Lebih separuh peserta tidak tidur sepanjang minggu sebelumnya
  • Satu daripada lima menyatakan mereka tidur antara 1-2 kali
  • Satu daripada 10 berkata mereka tidur antara 3-5 kali
  • Satu daripada 10 individu memberitahu mereka tidur antara 6-7 kali

Individu yang tidur waktu siang dengan kekerapan antara 3-7 kali seminggu cenderung merupakan individu lebih berusia, lelaki, merokok, mempunyai berat badan berlebihan dan tidur lebih lama pada waktu malam berbanding individu yang tidak tidur pada waktu tersebut.

Malah, mengikut laporan, mereka dikatakan lebih kerap berasa mengantuk dan mengalami apnea tidur obstruktif yang serius, iaitu keadaan di mana dinding tekak lebih ‘tenang’ dan membuatkan saluran menjadi sempit. Kesan daripada keadaan ini membuatkan pernafasan biasa terganggu.

Dalam penyelidikan yang dijalankan, tidur waktu siang, satu atau dua kali seminggu dikaitkan dengan hampir separuh masalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok atau risiko kegagalan jantung berbanding individu yang tidak tidur sama sekali.

Keadaan ini melibatkan beberapa faktor seperti usia, tempoh tidur malam serta masalah penyakit kardiovaskular lain seperti tekanan darah tinggi ataupun kolesterol.

Dan keadaan di atas tidak berubah walaupun selepas mengaitkan dengan faktor rasa mengantuk pada waktu siang yang berlebihan, kemurungan dan tidur sekurang-kurangnya 6 jam pada waktu malam. Hanya individu yang berusia lebih 65 dan mempunyai gangguan tidur apnea akan terjejas.

Jadi ‘tang’ mana yang mengatakan tidur pada waktu siang boleh mengurangkan risiko strok? Sabar…teruskan baca artikel ini.

Tempoh waktu tidur siang

Daripada kajian, sebanyak 67% peningkatan risiko penyakit kardiovaskular yang diperhatikan sepanjang kajian melibatkan individu yang kerap tidur waktu siang ini ‘lenyap’ apabila mengambil kira beberapa faktor tertentu.

Berita baiknya, faktor tertentu itu antaranya adalah tempoh masa anda tidur. Menurut penyelidik, tiada langsung kaitan masalah berkaitan penyakit kardiovaskular yang ditemui pada individu yang tidur waktu siang untuk tempoh antara 5 hingga 60 minit lebih (1 jam).

Sememangnya masih banyak kajian perlu dilakukan dan terdapat persoalan yang masih belum terjawab mengenai tidur pada waktu siang ini. Walaupun begitu, mungkin tidak salah untuk anda mula melihat keajaiban yang ditawarkan oleh amalan tidur waktu siang dalam membantu menjaga kesihatan jantung anda.

Jadi, apa kata mulai hari ini, mula amalkan tidur siang. Tetapi berpada-pada, jangan terlalu lama sampai ke petang!

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Once or twice weekly daytime nap linked to lower heart attack/stroke risk

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/09/190909193219.htm / Accessed on Sept 11, 2019

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 17/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x