5 Tabiat Tidak Sihat Ganggu Emosi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/01/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Banyak tabiat boleh menjejaskan kesihatan fizikal anda, dan terdapat juga beberapa tabiat yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan emosi. Kebanyakan individu tidak memberi perhatian kepada tabiat-tabiat ini kerana merasakan ia tidak mendatangkan bahaya. Walau bagaimanapun, untuk tempoh jangka masa panjang, tabiat tidak sihat ini boleh menjejas kesihatan dan menganggu kebahagiaan anda.

Berikut adalah beberapa kesan negatif dan cara untuk menangani tabiat tidak sihat;

  1. Terlalu banyak kafein

Minuman berkafein merupakan antara minuman kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa pengambilan kafein untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketagihan. Antara situasi yang biasa berlaku adalah pergantungan terhadapan kafein.

Ia berlaku apabila seseorang individu menggunakan kafein untuk meningkatkan tenaga pada waktu pagi, mengambil kafein sepanjang hari untuk menghindari ‘caffein crash’.  Tabiat ini akhirnya akan mengganggu pola dan kualiti tidur, menyebabkan bangun dalam keletihan pada waktu pagi dan membuatkan mereka memerlukan kafein untuk memulakan hari. Apabila kitaran ini berterusan, ia akan mempengaruhi tahap tekanan juga.

  1. Merokok

Bagi perokok, rokok merupakan alat pelepas tekanan yang baik. Malah, pada ketika berdepan masalah emosi seperti tekanan atau kemurungan, rokok menjadi sangat penting dan berhenti merokok kelihatan satu perkara yang tidak praktikal. Merokok mendatang lebih banyak kesan kemudaratan daripada manfaat, sama ada dari aspek kesihatan atau kewangan. Jadi meninggalkan tabiat tidak sihat ini pastinya satu perkara yang baik.

  1. Minuman beralkohol

Ada yang berpendapat segelas wain atau minuman beralkohol boleh menjadi satu kaedah terbaik untuk merehatkan diri selepas sehari yang penuh tekanan. Saintis juga bersetuju bahawa wain merah mendatangkan manfaat kepada sistem kardiovaskular.

Walau bagaimanapun, minuman secara berlebihan boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan mungkin menyebabkan tekanan untuk jangka waktu panjang. Jika anda berdepan masalah untuk mengehadkan pengambilan alkohol kepada hanya satu atau dua minuman, walaupun ia merupakan kaedah meredakan tekanan paling berkesan untuk anda, mungkin cara yang terbaik adalah untuk mencari kaedah melegakan tekanan yang lain.

  1. Boros

Membeli hadiah untuk diri sendiri mungkin cara yang baik untuk mengembalikan semangat diri. Namun, tabiat berbelanja secara berlebihan, mungkin akan menyebabkan lebih banyak tekanan kewangan untuk jangka masa panjang.

  1. Makan kerana emosi

Makan boleh membuatkan emosi menjadi baik untuk seketika, tetapi kelaparan yang berkaitan dengan emosi tidak dapat dipenuhi dengan makanan. Diet yang tidak sihat boleh menyebabkan tekanan bertambah dan mencetuskan ketidakseimbangan gula dalam darah. Anda mungkin berasa bersalah akibat pengambilan kalori yang anda makan.

Ini menyebabkan anda berhenti untuk mempelajari cara yang lebih baik dan lebih sihat untuk menangani emosi anda. Ini sekali gus mengakibatkan anda lebih sukar untuk mengawal berat badan anda. Rasa tidak berupaya dan putus harapan hanya akan menyebabkan keinginan untuk makan semakin bertambah dan gangguan kepada emosi.

Untuk mengubah tabiat yang tidak sihat ini, anda harus mengenalpasti kesan dan akibat yang boleh berlaku. Anda juga harus sedar bahawa tabiat tidak sihat ini tidak mendatangkan sebarang manfaat walau untuk apa juga sebab.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

    Anda pasti sedar ada banyak bahaya kafein terhadap kesihatan. Tapi ini 5 sebab utama mengapa anda perlu kurangkan minum kopi, teh dan lain-lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Penggemar Kopi Segera? Adakah Ia Boleh Mendatangkan Keburukan Kepada Kesihatan Badan?

    Anda mungkin gemarkan kopi 3 in 1 atau kopi segera seperti Nescafe atau Essenso. Namun, ada yang mengatakan kopi segera mungkin tidak begitu bagus. Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan? Tidak mengapa, terdapat 7 cara mengatasi kegelisahan yang anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kafein itu apa

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    jenis minuman kopi

    Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    menjadi ibu

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat kopi pahit untuk wanita

    Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan