5 Sebab untuk Wanita Tidur Tanpa Bra

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Hampir semua wanita memakai bra sepanjang hari. Di samping membantu memberi sokongan kepada payudara, memberikan keselesaan, dan mencantikkan bentuk tubuh, ia membuatkan mereka berasa lebih yakin dan seksi. Bra yang sesuai juga boleh meredakan sakit belakang. Walau bagaimanapun, adakah anda pernah tertanya-tanya sama ada anda perlu memakai atau menanggalkanya pada waktu malam semasa tidur?

Ia mungkin kedengaran seperti soalan yang tidak munasabah. Lagipun, jika memakai bra sepanjang hari tidak menyebabkan sebarang kemudaratan, mengapa anda mahu tidur tanpa bra? Terdapat banyak sebab sebenarnya mengapa lebih baik menanggalkan bra sebelum anda tidur.

Menggalakkan peredaran darah

Semua bra direka supaya dapat menyokong payudara anda dengan baik. Sekiranya longgar, ia tidak akan memberikan apa-apa sokongan untuk payudara. Bra sukan dan bra berwayar kebiasaannya memang lebih ketat. Pakaian ketat sebegini sebenarnya boleh menyekat dan menyempitkan saluran darah di sekitar dada, bahu, dan tulang rusuk. Jadi jika anda memakai bra ke tempat tidur, anda mungkin menghalang peredaran darah di sekeliling kulit anda.

Ini tidak akan menyebabkan sebarang masalah jika anda hanya memakai bra sepanjang hari. Sistem peredaran darah anda boleh menahan pakaian ketat untuk masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, jika anda memakai bra anda semalaman, anda tidak akan memberikan rehat yang badan anda perlukan. Lama-kelamaan ini boleh membuatkan tubuh anda mengalami kemudaratan. Peredaran darah yang lemah boleh menyebabkan pening kepala, kekejangan, varikos dan masalah kesihatan lain. Hanya dengan menanggalkan bra anda semasa tidur, anda akan memberikan badan anda rehat lapan jam yang diperlukan.

Membantu sistem limfatik anda

Sistem limfatik adalah bahagian penting dalam sistem imun badan. Ia adalah rangkaian kelenjar, saluran dan organ limfatik yang menyingkirkan bahan buangan badan, yang boleh membahayakan badan jika terkumpul. Saluran limfatik membawa cecair yang dikenali sebagai limfa melalui badan. Manakala limpa (spleen) merupakan salah satu organ yang terlibat dalam sistem limfatik ini.

Limfa mengalir daripada tisu badan dan mengandungi bakteria dan sel berbahaya yang lain, yang tidak diperlukan oleh badan. Kelenjar-kelenjar, yang disebut sebagai nodus limfa, menyaring dan memecahkan sel-sel ini. Sel-sel yang mati kemudiannya disimpan ke dalam darah dan akhirnya dikeluarkan daripada badan melalui proses perkumuhan.

Nodus limfa terdapat pada pelbagai bahagian badan, tetapi kumpulan utama terdapat di leher, perut, lipatan paha dan ketiak. Setiap ketiak mengandungi antara lima belas hingga tiga puluh nodus limfa kecil, walaupun bilangan tepatnya berbeza mengikut orang. Kelenjar dan saluran limfa terletak betul-betul di bawah kulit.

Kebanyakan bra, apabila dipakai dengan betul, terletak tepat di atas kelenjar limfa pada ketiak. Jika ketat dan menekan kulit, ini boleh mengganggu aliran limfa daripada nodus limfa. Adalah penting untuk memberikan nodus limfa anda rehat dengan menanggalkan bra pada waktu malam.

Membantu pernafasan

Sewaktu berbaring sahaja sudah membuatkan anda kurang mendapatkan oksigen berbanding ketika duduk tegak.  Memakai pakaian yang ketat, yang menyekat pergerakan dada, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan bekalan udara yang baik. Pemakaian bra memegang erat di sekitar tulang rusuk, menghalang dada anda daripada berkembang sepenuhnya, menyebabkan pernafasan anda tidak begitu mendalam sewaktu tidur. Ini boleh mengurangkan pengambilan oksigen.

Membantu kulit bernafas

Percaya atau tidak, bukan sekadar paru-paru anda yang perlu bernafas, kulit anda juga perlu bernafas!

Keadaan tertentu boleh merangsang kulat iaitu kulit yang hangat dan lembap, seperti di pangkal paha dan kaki. Payudara juga banyak berpeluh, terutamanya pada waktu malam ketika anda berada di bawah selimut. Jika jangkitan kulat mula tumbuh pada payudara anda, anda akan melihat keruping merah, bersisik dan meradang dibangkitkan. Sementara menanggalkan bra apabila anda tidur akan membolehkan kulit dianginkan menjadi sejuk dan kering.

Menghangatkan perkahwinan anda

Sentuhan kulit ke kulit adalah cara yang mudah dan berkesan untuk membantu mengembalikan keintiman antara anda dan pasangan. Sentuhan kulit ke kulit juga dipercayai mengeluarkan hormon yang dipanggil oxytocin, atau ‘hormon cinta’. Oxytocin membuatkan anda berasa dekat dengan pasangan anda, dan lebih menyukai mereka. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan anda berasa lebih bahagia secara umum, dan lebih berkemampuan mengatasi situasi yang tertekan.

Jadi, menanggalkan bra sewaktu tidur bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal anda tetapi juga kehidupan peribadi anda. Mungkin inilah masanya untuk anda memberikan payudara anda kebebasan dan rehat yang mencukupi di waktu malam!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

    Anda lelaki, tetapi alami sakit pada payudara dan ia membesar seperti payudara wanita? Anda tahu apakah keadaan yang berlaku pada payudara lelaki itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ehem, Lelaki Memang Suka Tengok Payudara, Tapi Mengapa? Ini Jawapan TEPAT Untuk Persoalan Itu

    Pernahkah anda terfikir, kenapa lelaki suka payudara wanita? Adakah ia merupakan naluri semula jadi manusia atau kesan didikan daripada sekeliling?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/05/2020 . 4 minit bacaan

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kanser payudara

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    puting payudara

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    saiz payudara

    Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan