Bagaimanakah Pita Kinesiologi Membantu Saliran Limfatik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar tentang pita kinesiologi? Adakah anda tahu bahawa ia adalah sejenis rawatan yang boleh digunakan untuk kecederaan, kesakitan? Ia juga boleh digunakan untuk membantu saliran limfatik. Anda mungkin berjumpa dengan beberapa maklumat yang berguna di dalam artikel ini.

Apakah itu pita kinesiologi?

Pita kinesiologi adalah sejenis pita khas yang memberi sokongan kepada otot dan sendi. Pita ini nipis dan ringan. Pita ini datang dalam bentuk gelung dan anda boleh memotongnya apabila digunakan atau ia datang dalam bentuk yang sudah siap dipotong. Pita ini boleh melekat pada kulit anda.

Pita kinesiologi dikatakan boleh meningkatkan prestasi fizikal, menawarkan pemulihan dan membantu badan anda sembuh lebih baik dari kecederaan.

Pita ini boleh ditampal pada badan oleh pakar fisioterapi, atau anda sendiri. Tetapi selalunya, anda perlu mendapatkan bantuan. Pakar terapi akan membantu anda melekatkan pita tersebut dengan cara yang betul pada posisi yang betul. Menampal pita ini ke badan tidak akan mengehadkan pergerakan anda.

Apakah itu saliran limfatik?

Saliran limfatik ialah proses yang yang penting dalam badan. Kelenjar limfa bertindak sebagai pertahanan badan semula jadi. Cecair melalui kelenjar limfa. Kelenjar limfa akan menangkap bakteria, virus, dan bahan asing lain yang tidak dimiliki oleh badan. Tanpa saliran limfatik yang normal, cecair boleh berkumpul di bahagian yang terlibat di dalam badan. Ini boleh menyebabkan limfedema, satu keadaan di mana anda merasa bengkak pada lengan, kaki atau pergerakan yang terbatas.

Bagaimanakah pita kinesiologi membantu saliran limfatik?

Dalam sesetengah kes, pita ini dikatakan adalah sebahagian dari program rawatan limfedema. Pita ini ditampal pada badan. Kemudian ia akan membantu meningkatkan ruang antara kulit dan otot. Aliran cecair (darah dan cecair limfatik) boleh ditingkatkan. Jadi pita ini boleh mengurangkan bengkak, melegakan sakit dan meningkatkan proses penyembuhan. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang kuat untuk menyokong teori ini.

Jika pakar terapi anda mengesyorkan pita kinesiologi ini, tidak salah untuk anda mencubanya. Ini kerana ia tidak memberi impak negatif kepada limfedema. Tetapi, jangan menampalnya pada kulit yang mengalami keradangan.

Jenis istimewa yang digunakan untuk saliran limfatik

Untuk saliran limfatik, terdapat sejenis pita kinesiologi yang istimewa dikenali sebagai jalur kipas. Pita kinesiologi jenis ini mempunyai penghujung yang solid, dan penghujung yang lagi satu terpisah kepada jalur yang nipis. Apabila jalur kipas ini ditampal pada kulit, ia kelihatan seperti corak kipas. Jalur yang sedia dipotong ini boleh membantu dalam saliran limfatik dan mengurangkan bengkak kesan terseliuh atau pembedahan.

Pita kinesiologi ini sedang berkembang. Walaupun tiada bukti yang kukuh tentang keberkesanannya, anda boleh mencubanya untuk saliran limfatik anda. Tetapi ingat untuk bertanya pada pakar terapi anda tentang pengalaman serta kelayakannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Masalah buang air kecil ternyata bukanlah isu yang hanya dialami oleh warga tua. Orang muda pun mempunyai risiko yang sama tau! Jom baca...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Ya, media sosial di malaysia memang wujud pro dan kontranya. Disebabkan itu, kita perlu gunakannya dengan bijak. Jom klik untuk tahu caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mental, Ketagihan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu. Ikut 8 tip ini jika ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Sakit Jantung 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Wanita yang sering bersenam pasti arif dalam pemilihan bra sukan. Tapi, sejauh manakah kepentingan untuk memakainya ketika melakukan senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    faraj miss v basah

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah pancut awal

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    rasa gelisah

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
    introvert dan ekstrovert

    Jom Kenali Personaliti Introvert, Extrovert Dan Ambivert! Anda Kategori Mana Satu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan