4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Asma adalah antara penyakit yang kerap berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan hampir 2 juta rakyatnya menghidap asma.

Untuk lebih memahami tentang asma, ketahui 4 fakta asas tentang asma.

1. Apa itu asma?

Soalan ini nampak macam dangkal tetapi sebenarnya masih ramai tidak benar-benar tahu apakah itu asma sebenarnya. Apa yang kebanyakan orang tahu adalah ia menyebabkan seseorang susah bernafas.

Secara mudahnya, asma berlaku pada seseorang yang mempunyai saluran pernafasan yang terlalu sensitif terhadap sesetengah perkara tertentu. Ia adalah sejenis alahan seperti resdung. Malah, seseorang itu boleh mengalami kedua-duanya sekali.

Apabila penghidap asma terdedah kepada bahan  tertentu, antaranya adalah bulu kucing, cuaca sejuk atau asap rokok, saluran pernafasannya (bronkiol) akan mengecut dan menjadi sempit sehingga menghalang udara untuk lalu. Kesannya, oksigen akan berkurang dan pesakit akan mengalami sesak nafas.

2. Mengapa pesakit asma membawa inhaler?

Inhaler yang dibawa oleh pesakit asma kebiasaannya mengandungi sejenis ubat berbentuk wap yang bernama perencat reseptor beta. Ubat ini bertujuan mengembangkan saluran pernafasan (bronkiol) semasa serangan asma.

Dalam beberapa kes, inhaler mungkin mengandungi steroid untuk melawan keradangan pada saluran pernafasan.

3. Adakah asma boleh menyebabkan maut?

Asma boleh menyebabkan maut jika serangan asma yang berlaku adalah sangat teruk sehingga menyebabkan pesakit gagal mendapatkan oksigen. Namun, ia hanya berlaku dalam peratus yang kecil sahaja dan kebanyakan serangan asma yang teruk berlaku kepada pesakit asma yang merokok.

4. Adakah asma boleh diwariskan?

Jika ibu atau bapa anda menghidap asma, anda juga berisiko untuk menghidapinya. Namun, pewarisan asma tidak sama dengan pewarisan penyakit lain seperti thalassemia. Ia lebih kompleks daripada itu dan tidak dapat dijangkakan seperti thalassemia. Di samping itu, anda juga mungkin boleh mendapat alahan seperti resdung.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Terkena serangan jantung? JANGAN GENTAR! Marilah baca artikel ini dan kenal makanan untuk sakit jantung supaya tiada serangan kedua!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara untuk tidur

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan