backup og meta

Lambakan Serum Vitamin C Di Pasaran Sampai Tak Tahu Nak Pilih? Ini 6 Tip Penting!

Lambakan Serum Vitamin C Di Pasaran Sampai Tak Tahu Nak Pilih? Ini 6 Tip Penting!
Bolehkah serum vitamin C dipakai setiap hari? Ramai yang tahu tentang kebaikan serum vitamin C ini namun kurang pasti tentang bagaimana dan bila untuk pakai. Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan, anda boleh klik di sini.

Jika anda ingin cuba menggunakan kebaikan serum vitamin C dan masih keliru dengan variasi produk di pasaran, ikuti tip untuk pilih berikut:

1. Pilih kandungan vitamin C mengikut kulit muka

Terdapat pelbagai jenis bahan aktif di dalam serum yang terdapat di pasaran. Semua bahan ini dapat menambah kebaikan di dalam setiap kebaikan serum vitamin C yang anda pilih.

Memilih yang sesuai dengan kulit anda dapat mengelakkan kesan sampingan yang tidak dikehendaki. Berikut adalah 5 jenis vitamin C yang biasa ditemui dan kesesuaiannya mengikut jenis kulit:

  • Ascorbic Acid (AA): sesuai untuk kulit biasa dan tidak disyorkan untuk kulit sensitif
  • Tetrahexyldecyl Ascorbate (THDA): sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
  • Magnesium Ascorbyl Phosphate (MAP): pilihan terbaik untuk kulit yang normal dan sensitif
  • Sodium Ascorbyl Phosphate (SAP): tidak merengsakan dan pilihan yang baik untuk kulit sensitif
  • Ascorbyl Palmitate (AP): pilihan terbaik untuk kulit sensitif dan banyak jerawat

kebaikan serum vitamin c

Senarai ini juga disusun mengikut keberkesanannya, jadi produk yang mempunyai asid askorbik dan THDA mungkin pilihan terbaik anda.

Tetapi jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, anda harus memilih yang lain atau membeli produk asid askorbik dengan kepekatan yang sangat rendah untuk memastikan tiada kesan sampingan.

Anda juga harus memastikan kandungan asid askorbik dalam bentuk yang stabil. Kebiasaannya tidak dinyatakan pada label, tapi anda boleh membaca pada lampiran dalam kotak atau pada laman web pengeluar.

2. Serum berasaskan minyak atau air?

Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada kebaikan serum vitamin C itu berasaskan minyak atau berasaskan air lebih disukai anda.

Asid askorbik larut dalam air. Ini bermakna ia menyerap dengan cepat, tetapi ia juga bermakna ia tidak boleh diserap oleh molekul lemak dan sangat mudah teroksida.

Sebaliknya, bahan yang larut minyak tahan lama dan melembapkan serta kurang terdedah kepada pengoksidaan.

Bentuk vitamin C yang larut minyak adalah THDA, natrium ascorbyl palmitate, dan palmitat ascorbyl. Bentuk Vitamin C yang larut dalam air adalah asid askorbat dan magnesium ascorbyl fosfat.

kebaikan serum vitamin c

3. Berapa kepekatan vitamin C yang sesuai?

Anda mungkin menjangkakan bahawa semakin tinggi kepekatan Vitamin ini dalam serum, lebih baik untuk kulit anda. Walau bagaimanapun, ketahui dua fakta berikut:

Apabila anda melihat produk sedia ada, anda akan mendapati bahawa kepekatan Vitamin C berkisar daripada kira-kira 10% hingga 20%.

Kepekatan yang lebih tinggi daripada 20% akan mengatasi keupayaan tubuh anda untuk menyerap Vitamin C dan mungkin juga merosakkan kulit anda.

Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif atau belum pernah mencuba serum sebelum ini, anda patut memulakan dengan kepekatan rendah dan melihat tindak balas kulit anda sebelum mencuba kepekatan yang lebih tinggi.

4. Periksa bahan tambahan

Perhatikan kandungan serum jika mengandungi sebarang bahan yang anda alah atau sensitif. Pertimbangan juga sama ada selesa dengan baunya. Sesetengah serum telah ditambah wangian.

Ingat, serum ini akan diletakkan pada wajah dan akan menjadi sangat dekat dengan hidung anda, jadi penting untuk memilih serum dengan aroma yang anda gemari

5. Pastikan botol yang sesuai

kebaikan serum vitamin c

Perkara keempat yang perlu dipertimbangkan adalah botol atau bekas serum. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Vitamin C sangat mudah terdedah kepada kerosakan oksidatif.

Sekiranya ia bersentuhan dengan cahaya matahari atau udara, ia mungkin hancur dan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada yang baik.

Atas sebab itu, anda perlu mencari kebaikan serum vitamin C dengan ciri berikut:

  • Serum dalam botol kaca gelap. Kaca jernih tidak sesuai kerana membenarkan cahaya masuk.
  • Serum dalam kapsul individu. Ini memastikan bahawa setiap dos serum dilindungi dan mempunyai potensi penuh apabila anda menggunakannya.

6. Pilih serum vitamin C dengan harga berpatutan

Terdapat serum yang lebih berpatutan berbanding yang lain. Apabila membuat perbandingan, ambil kira berapa kali anda boleh menggunakannya dan berapa harga setiap dos untuk perbandingan yang tepat.

Anda mungkin ingin mempertimbangkan faktor-faktor kebaikan serum vitamin C lain, termasuklah jenama serum yang ingin anda beli, cadangan doktor pakar kulit anda dan ulasan pengguna di atas talian.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vitamin C in dermatology, https://doi.org/10.4103/2229-5178.110593, Accessed Sep 6 2018.
  2. The Roles of Vitamin C in Skin Health, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5579659/, Accessed Sep 6 2018.
  3. What Can Vitamin C Do for Your Skin?, https://health.clevelandclinic.org/vitamin-c-serum/, Accessed Sep 6 2018.
  4. Vitamin C (Ascorbic acid), https://www.mountsinai.org/health-library/supplement/vitamin-c-ascorbic-acid, Accessed Sep 6 2018.
  5. Role of Vitamin C in Skin Diseases, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphys.2018.00819/full, Accessed Sep 6 2018.

Versi Terbaru

08/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Sebab Kita Perlu Amal Gaya Hidup Sihat, Yang Pertama Paling Ramai Suka!

AWAS! Ini Bahaya Jika Selalu Ambil Paracetamol, Takut Terlebih Dos!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan