backup og meta

Hati-hati Pencinta Kucing! Anda Berisiko Dijangkiti Penyakit Kulat Sporo Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/12/2022

    Hati-hati Pencinta Kucing! Anda Berisiko Dijangkiti Penyakit Kulat Sporo Ini

    triPernah dengar sporo kucing? Sporo adalah penyakit kulat sporotrichosis, selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang boleh membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya kucing.

    Tetapi tahukah anda penyakit kulat ini juga boleh memudaratkan kesihatan manusia? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu sporotrichosis?

    Sporotrichosis adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat sporothrix schenckii.

    Kulat ini sering dijumpai pada duri mawar, jerami, lumut sphagnum (spesies lumut yang sering digunakan untuk menanam anggerik atau tanaman hiasan lain), ranting, dan tanah.

    Jangkitan ini lebih sering berlaku kepada tukang kebun dan mereka yang menanam bunga ros, pengeluar rumput kering, dan individu yang mengusahakan tanah.

    Setelah kulat sporotrichosis ini menjangkiti kulit, ia akan memerlukan beberapa hari sehingga mampu makan masa berbulan-bulan untuk gejala mulai muncul.

    Namun begitu, ternyata penyakit kulat ini bukan sahaja diakibatkan oleh tumbuhan, ia juga boleh disebabkan oleh haiwan peliharaan anda, seperti kucing!

    Sporo kucing

    sporo kucing

    Kucing dengan penyakit sporotrichosis ini lebih dikenali sebagai jangkitan sporothrix brasiliensis sering mengalami luka di wajah mereka, selalunya terjadi di sekitar hidung.

    Luka ini boleh terjadi akibat pergaduhan yang berlaku dengan kucing lain yang sudah dijangkiti.

    Justeru, kucing yang menjilat luka yang dijangkiti pada bahagian badan mereka bakal memindahkan penyakit kulat tersebut ke bahagian wajah dan mulut.

    Antara ciri jangkitan penyakit kulat ini adalah kecenderungannya untuk meningkat menjadi wabak dalam kalangan kucing. Bahkan sporo kucing boleh berjangkit dan menular terhadap manusia.

    Sporo kucing ialah penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan termasuklah anjing.

    Kebiasaannya, haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat sporo.

    Kulat tersebut akan masuk ke badanmelalui mulut, luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat.

    Lebih buruk, ia juga boleh memberi kesan buruk terhadap manusia termasuk menyebabkan kematian sekiranya haiwan yang dijangkiti menggigit atau mencakar kita.

    Bagi aspek tubuh badan manusia, kesan daripada jangkitan kuman sporo ini hanya dapat dirasai selepas 2 bulan iaitu melalui simptom-simptom seperti bengkak dan bisul.

    Selain itu, kegagalan untuk mendapatkan rawatan segera mampu menyebabkan bisul-bisul ini tumbuh di sepanjang nodus limfa.

    Malah, yang lebih teruk lagi, ia bakal merebak ke dalam paru-paru dan seluruh badan, akhirnya menyebabkan kematian.

    Gejala-gejala dijangkiti sporo kucing

    sporo kucing

    Gejala pertama sporotrichosis adalah benjolan bisul pada kulit yang boleh berwarna dari merah jambu sehingga hampir warna ungu.

    Benjolan ini biasanya tidak menyakitkan atau hanya terasa lembut. Lama-kelamaan, ia boleh mengalami luka terbuka (ulser) yang dapat mengeluarkan cecair jernih.

    Sekiranya tidak dirawat, benjolan dan ulser ini akan menjadi kronik dan mungkin tidak akan pulih selama bertahun-tahun.

    Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, jangkitan kulat ini boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain, seperti tulang, sendi, paru-paru, dan otak.

    Perkara ini lebih biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, menjadikannya sukar untuk dirawat dan boleh mengancam nyawa.

    Rawatan perubatan bagi jangkitan kulat sporo

    Rawatan sporotrichosis bergantung pada anggota badan yang dijangkiti.

  • Jangkitan pada kulit sahaja
  • Jangkitan sporo ini akan dirawat dengan larutan kalium iodida.

    Ubat ini diberikan 3 kali sehari selama 3 sehingga 6 bulan sehingga semua luka hilang.

    Jangkitan kulit juga boleh dirawat dengan itraconazole (sporanox) hingga 6 bulan.

    • Jangkitan sporo kucing pada tulang dan sendi

    Jangkitan ini jauh lebih sukar untuk dirawat dan jarang bertindak balas terhadap kalium iodida.

    Oleh itu, itraconazole sering digunakan sebagai ubat pada peringkat awal selama beberapa bulan atau bahkan hingga 1 tahun.

    Selain itu, amphotericin juga digunakan, tetapi ubat ini hanya boleh diberikan melalui intravena (IV).

    Amphotericin mempunyai lebih banyak kesan sampingan dan mungkin perlu diberikan selama berbulan-bulan.

    Bagi kes yang kronik, pembedahan kadang-kadang diperlukan untuk membuang tulang yang dijangkiti.

    Baca juga:

    Jangkitan paru-paru bakal dirawat dengan kalium iodida, itraconazole, dan amphotericin dengan jumlah kejayaan yang berbeza-beza.

    Lebih buruk, kadangkala kawasan paru-paru yang dijangkiti terpaksa dikeluarkan.

    • Jangkitan di otak

    Meningitis sporotrichosis jarang berlaku, oleh itu maklumat berkaitan rawatannya masih belum banyak yang diterokai.

    Amphotericin plus 5-fluorocytosine umumnya disyorkan, tetapi itraconazole mungkin juga dapat dicuba.

    Apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan?

    sporo kucing

    Doktor haiwan, penjaga haiwan, dan pemelihara si gebu harus sentiasa berhati-hati ketika menangani kucing yang dijangkiti penyakit kulat ini, terutama haiwan yang kelihatan sakit atau mengalami luka yang jelas.

    Ini kerana, seseorang individu boleh mendapat sporotrichosis daripada haiwan peliharaan yang dijangkiti walaupun mereka tidak mencakar atau menggigit anda.

    Sebilangan individu boleh mendapat sporo kucing setelah menyentuh haiwan yang dijangkiti dan kemudian menyentuh mata mereka.

    Di samping itu juga, sentiasa berwaspada dengan haiwan yang tidak dikenali dan dekati mereka dengan berhati-hati, walaupun si comel itu mungkin kelihatan mesra.

    Sekali lagi, hadkan kontak rapat antara kucing peliharaan dan liar, terutama yang jelas kelihatan sakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan