Membela atau bermain dengan kucing Membiarkan kawasan luka dijilat kucing Kurang menjaga kebersihan Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Penyakit Cakar Kucing didiagnosis?
Doktor akan diagnos penyakit ini berdasarkan sejarah terkena cakaran kucing dalam masa terdekat dan keadaan luka cakaran tersebut, dengan gelembung air yang sedikit keras dan kemerah-merahan. Doktor juga akan melihat pada kelenjar limfa yang membengkak dan dipenuhi nanah serta keluar melalui kulit sekitar bahagian yang dicakar.
Bagaimana pesakit Penyakit Cakar Kucing dirawat?
Sekiranya sistem imuniti badan berfungsi dengan baik, jangkitan ini akan sembuh dengan hanya mengambil antibiotik selama 1 ke 2 minggu. Sistem imuniti badan juga mampu untuk mengatasi jangkitan ini tanpa antibiotik jika ia tidak begitu serius.
Individu yang mempunyai ketahanan badan yang rendah seperti pengidap HIV atau AIDS mungkin akan mendapat jangkitan yang lebih serius dan memerlukan antibiotik untuk merawat penyakit ini.
Berehatlah sehingga demam pulih dan anda bertenaga semula. Tida diet khusus untuk merawat tetapi minumlah air dengan banyak untuk membantu meredakan demam. Gunakan haba ke atas gelembung air dan ambillah ubat tahan sakit untuk membantu meredakan kesakitan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Cakar Kucing?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi penyakit ini:
- Berehat sehingga demam pulih dan bertenaga semula
- Ambil antibiotik jika disarankan oleh doktor sehingga habis
- Perhatikan tanda-tanda jangkitan pada bahagian cakaran kucing.
- Jangan bermain dengan haiwan asing.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen