backup og meta

5 Posisi Intim Terbaik Untuk Pasangan Plus Size, Boleh Cuba Malam Nanti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/08/2022

    5 Posisi Intim Terbaik Untuk Pasangan Plus Size, Boleh Cuba Malam Nanti!

    Jangan khuatir kalau anda dan pasangan itu plus size tetapi masih mahukan hubungan di ranjang yang sihat kerana wujud beberapa posisi seks orang gemuk tertentu dan terbaik kalian boleh cuba amalkan ketika menikmati hubungan seksual!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Gemuk, satu kondisi yang membimbangkan!

    Adakah anda seorang yang gemuk? Persoalan ini sudah pasti akan selalu bermain di fikiran anda bukan? Sebenarnya, kegemukan itu diukur melalui berat badan dan bentuk badan individu.

    Bagaimana pula cara untuk mengukur kegemukan? Adakah hanya dengan cara melihat atau memerhati seseorang itu?

    Salah, cara yang paling tepat untuk tahu sama ada individu gemuk atau tidak adalah melalui kaedah pengiraan BMI!

    Jika sudah tahu dan terbukti anda ada masalah berat badan, anda sudah boleh mula merancang diet agar anda mampu mencapai kembali berat badan yang normal dan sihat.

    Dalam aspek hubungan di kamar tidur pula, pasangan yang plus size tidak perlu rasa rendah diri kerana ada banyak posisi seks orang gemuk kalian boleh cuba!

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Apa posisi seks orang gemuk yang terbaik?

    posisi seks

    Posisi seks orang gemuk #1. Missionary

    Menurut pakar seks, Jacqui Olliver, pasangan yang berbadan gempal juga boleh melakukan posisi seks klasik ketika berhubungan intim iaitu missionary dengan sedikit pengubahsuaian.

    Caranya, suami perlu berbaring meniarap di atas isteri seperti sedang melakukan tekan tubi dengan membengkokkan lutut dan siku untuk menampung berat badannya.

    Pembengkokan sendi-sendi ini adalah bergantung kepada tahap kebesaran perut anda dan pasangan. Jika lebih besar, maka suami perlu lebih membengkokkan lutut dan siku.

    Posisi ini akan memudahkan suami melakukan penetrasi dan mendayung sambil isteri menikmatinya tanpa perlu menggerakkan tubuh badan. Mudah sahaja bukan?

    posisi seks

    #2. Doggy style on hind leg

    Menurut pengajar posisi seks, Rita Delgado, anda dan pasangan juga boleh merealisasikan impian untuk melakukan posisi ini.

    Caranya, isteri cuma perlu menonggeng dengan lutut dibengkokkan serta tangan diletakkan bagi menampung berat badannya.

    Posisi yang senang dilakukan ini juga akan memudahkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj dari arah belakang. Sudah tentu ini akan menyenangkan orang yang berbadan gemuk.

    Ia juga mampu untuk membuat isteri chubby anda lebih terangsang kerana ia membenarkan zakar suami tepat mengenai kawasan G-spot sekali gus merangsang stimulasi pada dinding depan faraj.

    Jika ia masih sukar dilakukan, suami mungkin boleh mengambil inisiatif dengan berdiri di lantai sambil isteri berada di atas katil!

    gemuk

    #3. Splitting queen

    Dr Megan Stubbs yang merupakan pakar seksologi mengatakan bahawa salah satu daripada keperluan untuk menikmati seks yang bahagia adalah kedua-dua pasangan perlu berasa selesa.

    Beliau turut mencadangkan penggunaan bantal bagi pasangan yang berbadan gempal!

    Posisi ini sangat sesuai kerana suami dan isteri tidak perlu berusaha terlalu keras bagi membolehkan proses penetrasi berjalan dengan lebih lancar.

    Caranya, isteri hanya perlu mengangkang seluasnya seperti huruf V sambil suami berbaring di atas dan mula mendayungkan zakar ke dalam faraj isteri.

    Jika anda dan pasangan masih mengalami kesukaran untuk melakukannya, gunakan bantal dan letakkan ia di bawah pinggang dan paha isteri bagi mengurangkan tekanan.

    gemuk

    #4. Reverse cowgirl

    Chrystal Bougon, pengasas Curvy Girl Inc menegaskan bahawa posisi seks orang gemuk ini mempunyai banyak manfaat di samping sesuai untuk dilakukan oleh anda dan pasangan.

    Ini kerana perut suami dan isteri yang gendut itu tidak akan mengganggu kedua-dua pasangan.

    Posisi yang unik dan menarik ini membolehkan isteri mengawal sendiri rentak dayungan sesuai dengan kemahuannya.

    Untuk memastikan anda tidak memberi tekanan kepada suami, sila gunakan tangan anda untuk menampung berat badan anda ketika sedang menunggang suami ya?

    Suami pula hanya perlu berbaring menelentang sambil menonton aksi daripada isteri anda daripada belakang.

    Lebih menguntungkan, posisi seks ini juga memboleh suami bermain dengan payudara isteri untuk membuatnya lebih terangsang!

    #5. Posisi seks orang gemuk di atas buaian

    Menurut Bougon lagi, anda tidak boleh hanya tertumpu kepada hubungan intim di atas katil sahaja. Apa kata gunakan peralatan seks seperti buaian seks (sex sling)?

    Caranya, mudah sahaja dengan isteri hanya perlu berada di dalam buaian tersebut dan hanya menunggu sahaja suami memasukkan zakar sambil berdiri.

    Dengan posisi ini, kedua-dua anda dan pasangan mungkin tidak akan tertekan terhadap berat badan yang mampu ditampung oleh masing-masing.

    Cuma, pastikan tali buaian itu kuat untuk menyokong kalian berdua di dalam posisi seks orang gemuk ini ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan