Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani daripada faraj selepas melakukan hubungan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Namun, apabila air mani telah memasuki serviks melalui saluran faraj, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat mengeluarkannya.

Namun, terdapat beberapa cara untuk membersihkan faraj dan kawasan di sekitarnya dengan selamat.

Cara membersihkan faraj selepas melakukan hubungan seks

faraj

Faraj adalah saluran fleksibel yang menghubungkan bukaan faraj ke serviks.

Orang sering keliru antara faraj dengan vulva, yang merupakan bahagian luar alat kelamin wanita.

Faraj bersifat self-cleaning (membersih sendiri), jadi kaum Hawa tidak perlu membersihkannya segera setelah melakukan hubungan seks.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan faraj selepas hubungan seks.

Cara paling mudah mencuci kawasan faraj adalah dengan membilas secara lembut menggunakan air suam.

Persatuan Kesihatan Seksual Amerika (ASHA) mengesyorkan untuk menggunakan sabun tanpa pewangi di sekitar kawasan faraj.

Sebaiknya, elakkan sabun yang wangi kerana boleh menyebabkan kegatalan dengan mengganggu tahap pH vagina anda.

Bolehkah anda mengeluarkan air mani daripada faraj?

Sebilangan orang mungkin ingin mengeluarkan air mani daripada faraj mereka selepas melakukan hubungan seks dengan harapan dapat mencegah kehamilan.

Air mani adalah gabungan cecair yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, dan sperma.

Sperma adalah sel pembiakan lelaki, dan apabila ia bergabung dengan telur wanita, ia boleh menyebabkan kehamilan.

Secara saintifiknya, air mani memasuki rahim dalam beberapa minit selepas ejakulasi dan sperma boleh hidup di dalam faraj sehingga 7 hari.

Sebaik sahaja sperma memasuki rahim, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat membuangnya semula.

Walaupun beberapa bukti menunjukkan ada cara untuk mengeluarkan air mani daripada faraj, namun masih tiada bukti saintifik untuk menyokong tuntutan ini.

Beberapa teknik yang dicadangkan termasuklah:

  • Buang air kecil: Sebilangan individu percaya membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks dapat mengeluarkan sperma. Namun, ketika urin keluar daripada lubang kecil yang disebut uretra, kencing selepas melakukan hubungan seks tidak akan mengeluarkan sperma daripada faraj.
  • Mandi atau douching: Sebilangan orang mungkin mandi atau douching (menyemburkan air ke dalam laluan faraj) untuk mencuba mengeluarkan air mani daripada faraj mereka, tetapi ini tidak mungkin berfungsi kerana air mandian tidak dapat mencapai air mani di dalam rahim.
  • Cuka: Sebilangan individu percaya bahawa memasukkan cuka ke dalam faraj boleh membunuh sperma kerana tahap keasidan cuka yang tinggi. Namun, tidak ada bukti saintifik tentang perkara ini, dan memasukkan cuka ke dalam faraj boleh menyebabkan kerengsaan.

Namun begitu, ada beberapa kaedah yang menunjukkan cara berkesan untuk mengeluarkan air mani daripada faraj.

Sekiranya seseorang wanita berusaha untuk mengeluarkan air mani daripada farajnya untuk mencegah kehamilan, mereka harus segera menghubungi atau mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Doktor mungkin dapat memberikan pil kontraseptif kecemasan, seperti pelan B, yang juga disebut sebagai morning after pill, berfungsi dengan cara menghentikan ovari daripada melepaskan telur.

Pil ini boleh diambil sehingga 5 hari selepas melakukan hubungan seks, tetapi mengambilnya dengan lebih awal adalah lebih berkesan dan efektif.

Cara mencegah kehamilan

cegah kehamilan

Bagi para wanita yang tidak mahu hamil, terdapat beberapa cara untuk mencegah kehamilan.

  • Kaedah hormon: Kaedah kontraseptif hormon yang boleh diambil termasuk pil, minipill, dan alat intrauterin hormon (IUD). Walaupun ia berbeza dari segi dos dan pengunaan, tapi semuanya mengandungi hormon yang mampu mencegah proses ovulasi.
  • Kaedah bukan hormon: Beberapa kaedah kontrasepsi bukan hormon tersedia untuk mereka yang tidak boleh atau tidak mahu menggunakan kaedah hormon. Ini termasuklah kondom lelaki dan wanita serta diaphragm.
  • Kaedah semula jadi: Individu boleh memilih kaedah semula jadi, seperti ‘berpantang’ daripada melakukan hubungan seks. Sebilangan individu boleh membuat pilihan ini kerana alasan agama atau peribadi.
  • Kaedah pembedahan: Untuk mencegah kehamilan, sebilangan individu mungkin mempertimbangkan kaedah yang bersifat kekal. Ligasi tuba melibatkan pemotongan dan pengikatan tiub fallopio. Prosedur ini dapat mencegah kehamilan dengan menghentikan pembebasan telur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
ikat peranakan

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan