Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Proses penuaan pada manusia sememangnya berbeza mengikut individu.

Ia merupakan satu fenomena biologi yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor seperti genetik dan persekitaran.

Oleh sebab terdapat pelbagai kombinasi faktor yang boleh menyebabkan jenis penuaan tertentu, topik ini merupakan antara subjek perubatan yang kompleks.

Ada individu yang masih mempunyai jantung yang kuat ketika berusia 60 tahun namun mengalami kegagalan organ lain seperti buah pinggang.

Ada juga individu 60 tahun yang mempunyai buah pinggang persis individu berusia 30 tahun namun mudah mendapat jangkitan kuman.

Saintis di seluruh dunia sedang cuba memahami proses penuaan dan impaknya terhadap tahap kesihatan warga emas.

Pasti ada faktor yang menentukan kecenderungan fenomena ini untuk mempengaruhi tisu atau organ tertentu, kan?

Artikel ini akan membincangkan 4 jenis proses penuaan atau “ageotaip“ yang telah dijumpai saintis sepanjang kajian dijalankan.

4 proses penuaan pada manusia; lebih kompleks daripada apa yang anda sangka

proses penuaan

Pada awal tahun 2020, kajian berkaitan dengan proses penuaan yang dijalankan oleh Universiti Stanford telah diterbitkan di sebuah laman jurnal terkemuka, Nature.

Ia telah membahagikan kategori penuaan, atau lebih dikenali sebagai ageotaip kepada 4 kumpulan berdasarkan sampel biologikal yang dikutip dalam kalangan 43 subjek selama 2 tahun.

Sampel tersebut merangkumi darah, mikrobes, maklumat genetik, protein dan bahan kumuh proses metabolik di dalam badan.

Sampel tersebut akan dipantau dan dianalisis akan perubahannya sepanjang kajian berjalan.

Hasilnya, kumpulan pengkaji tersebut telah berjaya mengenal pasti kira-kira 600 molekul penuaan.

Molekul tersebut berupaya untuk meramal kapasiti fungsi dan boleh digunakan untuk meramal usia biologi sesuatu tisu atau organ.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, saintis telah mengenal pasti 4 ageotaip berbeza dalam proses penuaan manusia.

Antaranya adalah:

  1. Imun
  2. Buah pinggang
  3. Hati
  4. Metabolik

Pun begitu, ini tidak bermakna proses penuaan terhad kepada 4 aspek proses biologi tersebut.

Oleh sebab penuaan merupakan satu subjek yang luas, berkemungkinan besar terdapat jenis yang lain namun masih belum ditemui oleh para saintis.

Dapatan kajian ini merupakan antara sumbangan awal yang membolehkan kita untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan subjek penuaan.

Menurut Michael Snyder, Profesor Genetik dari Universiti Stanford, terdapat seorang subjek yang kelihatan seperti mengalami proses penuaan paling signifikan pada sistem kardiovaskular.

Ini bermakna otot jantungnya menunjukkan proses penuaan yang jauh lebih banyak berbanding dengan bahagian badan yang lain.

Jadi mengapa jenis penuaan ini tidak termasuk dalam kategori yang tersenarai.

Ini berikutan jumlah subjek tidak mencukupi untuk lebih memahami proses penuaan yang melibatkan sistem kardiovaskular.

Dapatan yang lebih dipercayai berbanding dengan kajian terdahulu

jenis penuaan

Berbeza dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kumpulan Snyder, kajian untuk memahami proses penuaan suatu ketika dahulu melibatkan sejumlah data berskala besar.

Namun, pemerhatian mereka bersifat statik memandangkan mereka hanya membuat perbandingan di antara molekul penuaan populasi muda dengan populasi tua.

Data yang dikumpul hanya relevan pada masa ia diambil dan ia tidak menggambarkan perkembangan proses penuaan seseorang individu.

Kajian yang dijalankan oleh Snyder pula menggunakan sekurang-kurangnya 5 sampel biologikal, diambil daripada subjek yang berusia di antara 29 hingga 75 tahun.

Mereka kemudiannya akan dipantau dan sampelnya dianalisis dalam tempoh masa dua tahun bagi memahami perkembangan proses penuaan yang unik di antara setiap individu.

Melalui metod itulah mereka berupaya untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya 4 jenis proses penuaan seperti yang tersenarai.

Walaupun jangka masa pemerhatian agak pendek, ia membolehkan saintis untuk memantau perubahan yang berlaku kesan daripada proses penuaan tubuh badan manusia.

Sebagai contoh, mereka yang melalui proses penuaan imun menunjukkan peningkatan pada paras molekul keradangan.

Individu yang melalui proses penuaan metabolik pula akan mengalami peningkatan pada paras gula di dalam darah.

Perkara ini menunjukkan, setiap individu akan mengalami penurunan fungsi pada proses biologi tertentu menyebabkan proses penuaan berlaku.

Masalah kesihatan yang akan didiagnosis pada mereka juga berkait rapat dengan jenis penuaan yang dialami.

Terdapat pelbagai jenis rawatan atau langkah pencegahan yang boleh diambil lebih awal sekiranya anda tahu jenis penuaan yang manakah sedang dialami oleh badan.

Konklusi

Terdapat pelbagai jenis faktor yang perlu dipertimbangkan dalam kajian berkaitan dengan proses penuaan pada manusia.

Setakat ini, saintis telah menemui 4 jenis proses penuaan melalui kajian yang melihat kepada perkembangan subjek.

Sekiranya tahap pemahaman kita semakin meningkat, tidak mustahil suatu hari nanti jangka hayat manusia boleh turut meningkat kesan daripada perubahan gaya hidup dan langkah pencegahan yang boleh diambil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Umur Muda Lagi Tapi Muka Nampak TUA? Elak 7 Makanan Ini, Punca Kulit Cepat Berkedut!

Muka nampak lebih tua daripada usia sebenar? Tunggu dulu, 7 makanan ini mungkin punca proses penuaan kulit jadi lebih cepat sehingga wajah berkedut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/08/2020 . 3 minit bacaan

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

Ya, kita semua akan menjadi tua satu hari nanti. Ada menggelarkannya sebagai usia emas. Tetapi benarkah orang mengatakan semakin tua semakin bahagia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 30/12/2019 . 3 minit bacaan

Kerap Alami Masalah Telinga Berdesing, Ini Antara Punca Yang Harus Anda Alert!

Bunyi bingit pada telinga (tinitus) boleh membuatkan seseorang itu tidak selesa. Nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengannya? Ikuti artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 17/11/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan awet muda

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
proses penuaan

Ada Apa Pada Umur? JANGAN KECAM Jika Ada Orang Tua Yang Berjiwa Muda, Ini Tanda Bahagia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
khasiat mengkudu

Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
minum kolagen

Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan