home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Menghadapi Penuaan Dengan Sihat

Menghadapi Penuaan Dengan Sihat

Penuaan adalah satu proses normal bagi setiap orang. Lambat atau cepat, semua orang akan menjadi tua dan lemah. Akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Tiada rawatan atau produk yang boleh menghalang proses ini. Namun, apa yang boleh dilakukan adalah untuk menghadapinya dengan baik dan sihat.

Penyakit di usia tua: keturunan atau gaya hidup?

Sesetengah penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan kanser memang mempunyai pengaruh genetik. Namun, tidak bermakna semua ahli keluarga akan menerima kesan yang lama. Malah, sejarah keluarga yang ada juga mungkin disebabkan oleh amalan kurang sihat dalam keluarga seperti merokok dan gaya hidup sedentari.

Sesuatu penyakit memerlukan dua perkara untuk berlaku iaitu latar belakang genetik dan hal yang boleh mencetus penyakit tersebut.

Ada orang yang merokok satu kotak sehari selama bertahun-tahun tetapi bebas daripada keadaan kesihatan seperti Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) dan kanser paru-paru. Ada pula yang merokok hanya beberapa batang sehari mendapat pelbagai penyakit. Ia adalah kerana dua faktor tersebut.

Fokus kepada apa yang boleh dikawal

Genetik dan sejarah keluarga memang tidak dapat dikawal. Namun, gaya dan cara hidup adalah sesuatu yang terletak dalam kawalan anda.

Penuaan adalah satu proses yang lama. Meskipun anda masih muda, persediaan ke arah usia tua harus dilakukan sewaktu masih muda. Jangan tunggu sehingga mendapat diagnosis pelbagai penyakit baru ingin mengambil langkah. Pada waktu itu, anda mungkin sudah sedikit terlambat.

Sedangkan persediaan kewangan pun memerlukan tempoh bertahun-tahun, kesihatan anda lebih-lebih lagi memerlukan penjagaan awal. Ini adalah kerana penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung adalah hasil daripada kerosakan yang terkumpul selama bertahun-tahun.

Ini adalah antara perkara yang anda boleh lakukan:

  • Jaga pemakanan anda bermula hari ini. Apa yang dimakan hari ini akan menentukan keadaan kesihatan anda pada masa hadapan. Ambil masa untuk merancang diet yang sihat.
  • Amalkan aktiviti fizikal secara berkala. Penyakit sendi, osteoporosis dan jantung serta darah tinggi adalah antara penyakit biasa bagi orang berumur. Aktiviti fizikal secara berkala mampu mengurangkan risiko penyakit tersebut.
  • Berhenti merokok dan alkohol. Dua amalan ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan ke atas kesihatan anda.
  • Jalani pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan. Lakukannya secara berkala walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Lebih awal masalah dapat dikesan, lebih mudah ia diuruskan.

Hidup hanya sekali. Pastikan anda hidup dalam keadaan terbaik!

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Healthy Aging: What Can You Control? – https://www.webmd.com/healthy-aging/features/healthy-aging#1

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 06/08/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x