Ada Apa Pada Umur? JANGAN KECAM Jika Ada Orang Tua Yang Berjiwa Muda, Ini Tanda Bahagia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai yang sangka usia tua bermaksud kesihatan yang semakin merosot, minda yang kurang sihat, ingatan yang semakin teruk dan badan yang semakin lemah.

Namun, pernahkah anda dengar akan kebaikan menjadi tua? Walaupun kedengaran pelik, anda perlu tahu salah satu kebaikan menjadi tua ialah anda mungkin akan kurang mengalami penyakit seperti demam!

Namun, ada banyak lagi kebaikan menjadi tua yang anda mungkin tidak tahu! Jom baca artikel yang kami sediakan ini untuk informasi lebih lanjut.

Mitos mengenai minda yang mengalami penuaan

minda sihat

Bukan semua perkara yang anda percaya mengenai minda yang semakin tua adalah betul. Sebenarnya, ada hikmah di sebalik proses penuaan yang anda tidak tahu.

Proses penuaan yang sihat bermaksud anda tidak berhenti untuk mengenal diri anda walaupun sudah mencecah umur 60, 70 mahupun 80 tahun.

Anda masih berminat untuk mencuba perkara yang baru dan aktif secara fizikal dan sosial. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, tahniah! Bukan mudah untuk kekal sihat ketika anda menginjak ke usia tua.

Apabila meningkatnya umur, ramai yang akan rasa takut dan gelisah. Banyak persoalan yang bermain di minda seperti bagaimana untuk menjaga diri dan apa yang akan terjadi kepada ingatan anda.

Sebenarnya, anda lebih kuat daripada apa yang anda sangka. Anda perlu tahu ada beberapa perkara yang sebenarnya mitos mengenai minda yang semakin tua.

1. Minda yang berusia bermaksud anda akan semakin mudah dijangkiti penyakit

Sebenarnya, memang benar banyak penyakit yang lazim berlaku kepada orang tua. Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud semua orang yang sudah berusia akan mendapat penyakit!

Ramai orang yang sudah berusia mengalami hidup yang tenang tanpa sebarang penyakit. Cumanya, mereka mungkin mengamalkan gaya hidup yang sihat berbanding orang lain!

Jika anda mahu kekal sihat di hari tua, pastikan anda makan makanan yang sihat, bersenam dan kawal stres anda dengan baik.

2. Proses penuaan buatkan anda mempunyai masalah memori

Ramai yang sangka apabila semakin tua, memori akan jadi semakin merosot. Walau bagaimanapun, kehilangan memori bukanlah sesuatu yang pasti bagi orang yang kian meningkat usia.

Kadangkala, ada orang tua yang mempunyai ingatan yang setajam pisau! Rahsianya ialah mereka selalu menggunakan otak mereka untuk berfikir.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan ketajaman minda anda adalah dengan membuat latihan minda seperti main kad atau mendengar muzik, dan kerap belajar skil baru dalam hidup anda.

Lebih awal anda mulakan latihan untuk menajamkan otak, lebih cepatlah anda akan dapat rasakan kesannya terhadap pemikian anda!

3. Apabila anda semakin tua, anda sudah tumpul dan tidak dapat belajar perkara baru

Belum terlewat jika anda mahu belajar sesuatu yang baharu. Malah, ada orang yang sudah berusia masih mahu belajar dan sempat bergraduasi untuk melengkapkan life goals masing-masing.

Sebenarnya, hanya diri anda yang menjadi penghalang jika anda mahu belajar sesuatu yang baharu. Orang yang sudah berusia juga mampu belajar sama seperti orang lain.

Tidak kiralah berapapun umur anda, anda masih boleh berubah dan belajar sesuatu yang baharu!

Bukan semuanya buruk apabila kita semakin tua!

minda sihat

Apabila kita menjadi tua, bukan semuanya akan jadi buruk dan teruk! Walaupun benar warga tua boleh diserang depresi, sebenarnya masalah ini hanya berlaku kepada sebahagian kecil sahaja.

Menurut kajian, masalah depresi selalunya berlaku kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas. Pada waktu ini, ramai yang sibuk dengan anak-anak dan kerjaya hingga mengganggu kehidupan seharian mereka.

Walau bagaimanapun, setelah anda bersara dan anak-anak mula berpindah keluar dari rumah, tahap stres anda kian menurun. Pada waktu ini, anda akan mempunyai banyak masa lapang dan tidak lagi akan alami stres yang melampau.

Selain itu, individu yang mempunyai ketahanan minda yang baik selalunya akan kekal sihat hingga akhir hayat mereka. Sikap ini merupakan salah satu kunci yang menjamin kesihatan mental seseorang.

Selain itu, sikap seseorang boleh diubah. Individu yang mempunyai ketahanan mental selalunya akan berusaha untuk memperbaiki diri di samping mencari penyelesaian untuk masalah mereka.

Jiwa muda salah satu faktor hidup lebih lama!

proses penuaan

Pasti anda perasan orang tua yang ‘berjiwa muda’ selalunya hidup lebih lama! Untuk pengetahuan anda, perkara ini dipercayai merupakan satu manifestasi mengenai tahap kesihatan mereka!

Orang yang mempunyai badan dan minda sihat selalunya rasa lebih muda dan bertenaga. Sebab itulah mereka lebih positif dan mempunyai semangat untuk hidup.

Mereka juga akan melakukan aktiviti yang mereka sukai dengan lebih lama seperti kekal aktif, makan secara sihat dan bersosial bersama orang lain.

Ingat ya, usia yang tua bukan bermaksud anda makin lemau dan tidak bertenaga! Sebaliknya, orang tua juga boleh kekal muda dan tetap bersemangat!

Jangan biarkan usia menjadi penyebab anda lupakan segala cita-cita anda ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

wajah berkedut

Umur Muda Lagi Tapi Muka Nampak TUA? Elak 7 Makanan Ini, Punca Kulit Cepat Berkedut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
penuaan-semakin-tua-semakin-bahagia

Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2019 . 3 minit bacaan
aging population

Penggunaan Teknologi Dalam Penjagaan Populasi Malaysia Yang Semakin Menua

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 14/02/2019 . 2 minit bacaan