Seperkara yang mungkin tidak anda sedari adalah jika berada dalam keadaan tertekan mungkin merupakan punca anda jatuh sakit.
Tekanan dipercayai dapat menekan sistem imun, menjadikan anda lebih mudah diserang penyakit.
Dalam aspek penjagaan warga emas pula, mereka lebih mudah diserang penyakit kerana penekanan sistem imun yang berkaitan usia.
Gabungan kedua-duanya, usia dan tekanan pada sistem imun, menyebabkan individu berusia mudah jatuh sakit dan berdepan proses pemulihan lebih lama.
Secara tidak langsung, menjadikan tekanan sukar untuk dikesan.

- Masalah jantung
Kesan tekanan pada kesihatan yang paling tidak asing adalah berkaitan jantung.
Tekanan boleh mengakibatkan badan diserang adrenalin. Ia sekali gus akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.
Tetapi, hubungan antara tekanan dan penyakit jantung mempunyai faktor hubung kait yang sukar untuk diukur.
- Kehilangan penglihatan dan pendengaran
Pengeluaran adrenalin untuk tempoh jangka panjang boleh menyekat saluran darah. Pada akhirnya, ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan penglihatan sementara.
- Masalah pencernaan
Tekanan secara langsung boleh membuatkan anda berasa sakit perut.
Ia berlaku apabila tekanan mengaktifkan tindak balas melawan atau mengelak (fight or flight) dalam sistem saraf pusat anda.
Sistem saraf pusat boleh menghentikan aliran darah, menyebabkan pengecutan otot pencernaan dan mengurangkan rembesan yang diperlukan untuk proses mencerna.
Tekanan kronik atau teruk boleh mengakibatkan masalah pencernaan yang serius seperti sindrom iritasi usus (IBS) atau ulser di dalam perut.
- Masalah pergigian
Dalam aspek penjagaan warga emas, masalah atau isu berkaitan pergigian adalah keadaan biasa seiring pertambahan usia.
Namun, tekanan yang dialami boleh menyebabkan mereka lebih mudah dapat patah rahang mulut dan kaviti.
5 cara atasi kesan tekanan pada kesihatan warga emas

Bantu atasi tekanan yang dialami ibu bapa anda dengan cara berikut:
1. Galakkan ibu bapa untuk bersenam secara teratur dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Anda boleh mengajar mereka teknik relaksasi dan meditasi yang dapat membantu menguruskan stres.
2. Ajak ibu bapa untuk terlibat dalam acara komuniti. Kehidupan sosial yang aktif, gaya hidup sihat dan senaman relaksasi amat bermanfaat untuk mengatasi tekanan.
3. Bantu ibu bapa untuk fokus pada perkara yang boleh dikawal berbanding keadaan yang tidak. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa kurang yakin diri.
4. Sentiasa mengajak ibu bapa anda untuk berfikiran positif atas setiap pencapaian dan kekuatan mereka.
Ia secara tidak langsung dapat membantu menaikkan keyakinan diri dan mengatasi tekanan.
5. Jika perlu, bawalah mereka untuk mendapatkan bantuan pakar. Pastinya mereka akan dibantu untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi mengatasi tekanan yang dialami.
Sekiranya anda melihat dan perasan ibu bapa anda tampak murung dan gelisah, cuba untuk ajak mereka berbual.
Mungkin ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang mereka alami.