home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Usia Tua BUKAN Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Cuba Amalkan 8 Petua Seks Ini Ya!

Usia Tua BUKAN Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Cuba Amalkan 8 Petua Seks Ini Ya!

Ini adalah hipotesis kehidupan manusia – semakin meningkat usia tua, semakin menurun kemampuan fizikal dan mental. Ia merupakan lumrah kejadian alam yang tidak dapat disangkal lagi.

Di saat bergelar seorang warga emas, tubuh badan kita tidak lagi mampu untuk berfungsi 100% seperti yang terjadi ketika usia muda. Begitulah juga halnya dengan kemampuan seksual kita.

Pun begitu, ia bukan alasan aksi di ranjang hambar bersama pasangan tercinta. Asalkan kalian amalkan petua seks yang kami senaraikan ini, ia mungkin tidak menjadi masalah buat anda.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Petua seks warga emas yang perlu diamalkan

Siapa kata kita tidak boleh menikmati seks yang panas dan hebat tatkala di usia tua? Ini adalah satu stigma masyarakat yang perlu diperbetulkan dengan segera.

penuaan-semakin-tua-semakin-bahagia

Mungkin benar lelaki dan wanita warga emas akan mengalami banyak masalah seksual seperti:

  • Orgasma terlalu singkat
  • Kurang air mani yang terhasil dan terkeluar
  • Perlu masa lebih lama untuk ereksi, ejakulasi dan klimaks
  • Tubuh badan cepat penat

Namun ini bukanlah alasan untuk projek asmara tergendala di tengah jalan. Ada beberapa petua seks yang kalian perlu cuba amalkan!

Petua seks warga emas #1. Berbincang secara terbuka dengan pasangan

Seks yang memuaskan selalunya bermula dari komunikasi dengan pasangan. Seiring perjalanan usia, banyak perkara yang akan berubah termasuklah kemampuan seksual.

Ini memerlukan kesabaran, kefahaman dan eksperimen yang pelbagai sebelum ia berjaya. Dengan membincangkan perihal seks secara berdua, kalian pasti mampu menyelesaikannya.

Ketahuilah bahawa emosi yang bagus akan memberi impak positif terhadap kesihatan seksual kita.

#2. Kembangkan konsep seks dalam fikiran

Kebanyakan individu hanya beranggapan bahawa seks adalah berkaitan dengan orgasma. Ini adalah salah sama sekali dan sila ubah konsep seks yang sering kalian fikirkan ini.

Ini kerana seks itu adalah perkara yang jauh lebih meluas. Sentuhan, pelukan dan kucupan juga adalah unsur-unsur yang sangat diperlukan dalam hal keintiman anda dan pasangan.

Oleh itu, berfikirlah bahawa seks bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.

perimenopause adalah

#3. Amalkan diet yang sihat dan seimbang

Obesiti adalah punca kepada berlakunya pelbagai penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes atau sakit jantung yang merupakan antara punca kemampuan seks merudum.

Dalam usaha mengawal berat badan, amalkanlah diet yang sihat dan seimbang mengikut saranan suku-suku-separuh untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Dengan tubuh badan yang lebih sihat, aksi di ranjang juga boleh jadi lebih hangat.

#4. Menerima perubahan dengan rela dan redha

Ada dalam kalangan kita yang fobia dengan usia tua. Mereka ini sangat takut dan gentar akan perubahan yang berlaku pada tubuh badan tatkala bergelar warga emas.

Jangan panik. Ia hanya akan membuat segalanya menjadi lebih teruk. Dalam konteks kehidupan seksual, terimalah perubahan ini dengan rela, redha dan positif.

Jika ada permasalahan, rujuklah dengan pakar untuk memperoleh jawapannya.

#5. Kekalkan tahap kesihatan di paras yang terbaik

Penyakit kronik yang sering berlaku di usia tua seperti hipertensi, diabetes atau sakit jantung tentu sahaja akan buat kehidupan seks anda dan pasangan terganggu.

Manakan tidak, ia akan menjejaskan tubuh badan terutamanya dalam aspek stamina dan libido.

Oleh itu, sentiasa berjumpa doktor secara berkala untuk mendapatkan ubatan, rawatan atau nasihat dalam usaha kekalkan tahap kesihatan di paras yang terbaik.

lelaki alami menopaus

#6. Dapatkan petua seks dari golongan pakar

Sebenarnya, kalian tidak boleh beranggapan bahawa berjumpa doktor hanya untuk mereka yang berpenyakit. Malahan yang bermasalah juga boleh rujuk pakar.

Tiada sebab untuk anda berasa malu bertanya kepada mereka tentang ketidakupayaan di kamar tidur.

Mereka mungkin dapat menyelesaikan masalah anda melalui pemberian suplemen, ubatan, rawatan, terapi atau kaunseling yang boleh menyemarakkan lagi api asmara kalian.

#7. Buangkan tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan seksual

Tabiat buruk seperti merokok dan meminum arak boleh memberi kesan kepada kemampuan ereksi zakar lelaki kerana ia menjejaskan pengaliran dan kemasukan darah kepadanya.

Bukan itu sahaja, ia juga tentu sahaja akan membuat stamina dan libido serta kesihatan tubuh badan secara umumnya terkesan. Jadi, berhentilah sebelum terlambat.

#8. Praktikkan petua seks warga emas ini dan lihatlah kesannya

Akhir sekali, gabungkanlah kesemua petua seks yang kami berikan ini dalam eksperimen aksi di ranjang kalian. Cuba tentukan posisi, lokasi dan waktu yang paling efektif buat anda.

Sekiranya gagal sekali, jangan terus berputus asa kerana kalian perlu aktif melakukan seks walaupun di usia tua. Jika tidak, ia akan menjadikan kalian hilang minat terhadapnya.

Dalam pada itu, sentiasa lakukan seks dengan berwaspada. Pelbagai penyakit jangkitan kelamin (STD) lebih berisiko kepada anda yang lebih berusia. Jadi, amalkanlah seks yang sihat dan selamat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/sexual-health/in-depth/senior-sex/art-20046465
  2. https://www.nia.nih.gov/health/publication/sexuality-later-life
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9125-sexual-dysfunction-and-disease
  4. https://doi.org/10.1093/ageing/afr049
  5. https://doi.org/10.1080/00224499.2017.1280121
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 14/01/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman