Benarkah Paku Pakis Boleh Sebabkan Kanser? Jadi, Boleh Tak Nak Makan Lepas Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sedapnya makan lauk pucuk paku masak lemak, kena pulak dengan ikan goreng panas. Haaa…paku pakis adalah punca kanser?  Eh…kejap, apa beza paku pakis dengan pucuk paku?

Paku pakis punca kanser?

Sebelum ini pernah tular satu isu mengenai paku pakis yang dikatakan boleh menjadi punca kanser. Tetapi sebenarnya paku pakis yang dikatakan berbahaya itu adalah berbeza walaupun datang dari keluarga tumbuhan besar yang sama.

Nama saintifik pokok paku yang wujud di negara kita adalah dikenali sebagai Diplazium esculentum dan keluarga Athyriaceae. Manakala pokok yang dikatakan berbahaya itu adalah Bracken Fern atau nama saintifiknya adalah Pteridium Aquilinum dan keluarga Dennstaedtiaceae.

Ironinya Bracken Fern tumbuh dan hidup secara meliar di negara bermusim sederhana, contohnya negara empat musim, sub tropika dan sub artik. Ia tidak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia

Tumbuhan ini sememangnya mengandungi Ptaquiloside, iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang disahkan bersifat karsinogen dan sememangnya banyak di dalam tumbuhan ini. Karsinogen itu pula adalah satu zat yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. 

Secara keseluruhan terdapat enam jenis pokok dari keluarga Dennstaedtiaceae iaitu:

  • Pteridium aquilinum subsp. decompositum 
  • Pteridium aquilinum var. Feei
  • Pteridium aquilinum var. Lanuginosum
  • Pteridium aquilinum var. Latiusculum
  • Pteridium aquilinum subsp. Pinetorum
  • Pteridium aquilinum var. Pseudocaudatum

Paku pakis vs pucuk paku?

Penulis yakin ramai antara kita keliru apa bezanya antara kedua-dua nama ini, bukan?

Sebenarnya pucuk paku mahupun paku pakis adalah daripada keluarga tumbuhan yang sama. Cuma paku pakis adalah lebih kepada tumbuhan hiasan atau tumbuhan yang tidak dimakan manakala pucuk paku adalah tumbuhan yang dibuat masakan. 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, pucuk paku Diplazium esculentum, tumbuh di kawasan pantropika seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja dan Laos.

Di Malaysia pucuk paku merupakan antara lauk masakan yang popular. Ia boleh dimasak bersama sambal belacan, masak lemak, dan sebagainya. 

Sebatian semula jadi yang terdapat dalam pucuk paku merupakan kelas sebatian kimia yang jauh berbeza dengan ptaquiloside. Kebiasaannya pokok dari gen yang sama akan mempunyai kelas sebatian kimia yang sama bergantung dengan tempat tumbuhan itu hidup.

Selamat dimakan

Jadi paku pakis yang berbahaya dan boleh menjadi punca kanser tidak terdapat di Malaysia. Malahan tumbuhan ini menawarkan manfaat kesihatan jika diamalkan pengambilannya.

Ini kerana ia mengandungi steroids, triterpenoids, phenols, flavones, flavonoids seperti myrcetin dan alphatocopherol. Bagi fungsi farmakologi pula, terdapat manfaat dari segi fungsi laxative, antiradang, antioksidan, anthelmintic, antimicrobial serta cytotoxic activities.

pucuk paku
sumber: resepibonda.my

Kesimpulannya

Pucuk paku yang dimasak lemak atau sambal belacan adalah selamat untuk dimakan tanpa sebarang keraguan. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang keraguan, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan kepastian daripada individu yang lebih pakar.

Jangan memandai-mandai sebarkan cerita palsu, okay? Nanti boleh menyebabkan kekeliruan pula. Kalau tidak pasti rujuk pakar dan bukan sekadar bertanyakan kepada Google semata-mata.

Kredit gambar: Denai

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    penyakit kanser

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    Ditaja oleh
    kanser-esofagus-lebih-menyerang-lelaki

    Alami Kesukaran Menelan? Haaa…Mungkin Anda Sudah Terkena Kanser Ini! Semak Sekarang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/01/2019 . 3 minit bacaan

    Kenali Faktor Risiko Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 20/08/2018 . 2 minit bacaan
    physical-activity-cancer-treatment

    Aktiviti Fizikal Semasa Dan Selepas Rawatan Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/04/2018 . 2 minit bacaan