Anda rasa kurang bertenaga setiap hari? Ini mungkin tanda metabolisme rendah. Tahukah anda, kadar metabolisme badan boleh diubah? Ada banyak cara untuk anda meningkatkan metabolisme diri.
Tapi, sebelum kita sentuh lebih lanjut tentang kadar metabolisme badan, anda haruslah tahu apa itu basal metabolic rate (BMR).
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan, anda boleh klik di sini.
Apa itu basal metabolic rate (BMR)?
Pasti ramai yang tahu tentang body mass index (BMI), tapi pernahkah anda dengar tentang basal metabolic rate (BMR)?
Tahukah anda, badan kita sentiasa membakar kalori walaupun semasa kita menonton televisyen, berbaring mahupun ketika tidur?
Itulah dia maksud BMR. BMR ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan dalam keadaan rehat.
Sebenarnya, badan kita aktif membakar kalori walaupun ketika kita tidak melakukan apa-apa aktiviti berat.
Jika anda ingin merangka strategi untuk menurunkan berat badan, pertama sekali anda haruslah kenal pasti BMR anda.
Kalau anda ingin turunkan berat badan, anda perlu makan kurang daripada apa yang BMR anda bakar setiap hari.
Samalah juga jika anda ingin menambah berat badan, anda perlu makan lebih daripada kadar BMR anda.
Diet dan juga senaman di luar sana kebanyakannya tidak disesuaikan mengikut keperluan individu. Oleh itu, jika anda faham tentang BMR anda, lebih berkesan lagilah pelan senaman dan diet anda!
Apa kaitan antara BMR dan kadar metabolisme rendah?
BMR yang rendah bermaksud anda mempunyai kadar metabolisme rendah.
Maksudnya, berbanding dengan individu yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, kalori yang dibakar adalah lebih rendah dan lebih sedikit.
Selalunya, individu yang mempunyai BMR yang rendah mempunyai gaya hidup yang tidak aktif. Mereka mungkin jarang bersenam dan tidak bergerak dengan banyak.
Ada beberapa tanda anda mempunyai masalah metabolisme rendah ini:
1. Senang naik berat badan
Individu yang mempunyai BMR yang rendah selalunya senang untuk naik berat badan jika tidak menjaga pemakanan.
2. Cepat rasa penat
Selain itu, individu yang mempunyai masalah metabolisme ini juga lebih mudah rasa penat dan lesu ketika berjalan ataupun bersenam.
Ini disebabkan oleh gaya hidup mereka yang tidak aktif. Orang yang mempunyai BMR yang rendah juga memerlukan rehat yang lebih lama daripada orang lain.
Jika anda bangun tidur dalam keadaan masih penat dan lesu, BMR anda yang rendah mungkin adalah puncanya!
3. Cepat jatuh sakit
Individu yang mempunyai BMR yang rendah juga cepat jatuh sakit. Selain itu, anda juga mudah untuk mengalami masalah rambut gugur dan kulit kering.
Tambah lagi, anda juga mungkin lebih mudah mengalami migraine dan pening kepala disebabkan kelenjar tiroid yang tidak aktif. Anda juga mungkin rasa cepat sejuk berbanding orang lain.
4. Anda mungkin alami tekanan perasaan
Disebabkan oleh fizikal anda, anda mungkin rasa tertekan dengan rupa paras diri anda. Selain itu, kurangnya senaman juga boleh membuatkan seseorang itu rasa tertekan.
Rasa tekanan perasaan ini mungkin datang seiring dengan pertambahan berat badan dan juga rasa penat dan lesu setiap hari.
Cara meningkatkan metabolisme anda boleh cuba!
1. Amalkan senaman aerobik
Senaman aerobik adalah cara yang paling berkesan untuk memperbaiki masalah metabolisme rendah.
Cuba lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal ataupun berenang seminggu sekali.
Anda tidak perlu lakukannya sekali gus. Sebaliknya, cuba pecahkan masanya kepada 5 sesi berdurasi 30 minit. Lebih mudah bukan!
2. Lakukan senaman otot
Cuba fokus pada senaman membina otot. Lebih-lebih lagi pada senaman angkat berat yang memfokuskan bahagian kaki, peha, belakang, perut, bahu dan lengan.
Senaman ini boleh bantu anda untuk meningkatkan kadar BMR dan menurunkan berat badan. Selain angkat berat, anda juga boleh lakukan aktiviti berat di sekeliling rumah seperti berkebun.
Semak cara mudah mengetahui basal metabolic rate anda dengan menggunakan kalkulator BMR kami di sini.
3. Jadi lebih aktif elak masalah metabolisme
Pendek kata, salah satu cara meningkatkan metabolisme tubuh anda adalah dengan jadi lebih aktif.
Anda juga boleh ambil pendekatan yang lebih mudah seperti cuba berbasikal ke tempat kerja. Selain itu, cuba naik tangga dan elakkan menunggu lif.
Pasti anda akan dapat lihat perbezaan pada diri anda dalam masa yang singkat!
Metabolisme rendah boleh diperbaiki
Ramai yang memberi alasan mempunyai metabolisme badan yang rendah sebagai punca sukar turun berat badan.
Metabolisme badan sebenarnya bergantung kepada sejauh mana aktifnya seseorang itu dalam kehidupan seharian.
Disebabkan kadar metabolisme rendah ini boleh diperbaiki, ia bukan alasan untuk anda terus malas untuk cuba turunkan berat badan.
Masalah berat badan boleh diatasi dengan cara pemakanan yang baik dan juga senaman yang sesuai. Jangan hanya bergantung kepada ubat-ubat kurus yang ada di pasaran pula ya!
[embed-health-tool-bmi]