home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Petua untuk Menurunkan Berat Badan Tanpa Diet, Tanpa Senaman

Petua untuk Menurunkan Berat Badan Tanpa Diet, Tanpa Senaman

Menurunkan berat badan tidaklah begitu sukar. Biar kami beritahu satu rahsia: Anda boleh menurunkan berat badan tanpa bersenam atau berdiet!

Minum air secukupnya

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah minum air yang mencukupi. Terdapat banyak sebab mengapa air, antara lain, baik untuk garis pinggang anda. Minum air sejuk boleh membantu metabolisme anda, kerana badan anda akan bekerja lebih keras untuk memanaskan cecair itu, bermakna lebih banyak kalori dibakar untuk anda. Minum air secara teratur juga membantu membuatkan anda berasa kenyang supaya anda tidak mengambil makanan ringan pada kalori kosong. Penghidratan sebelum anda bersenam akan membantu mengeluarkan hormon-hormon yang membina otot di dalam badan anda.

Dapatkan tidur yang mencukupi

Ramai selebriti tidak boleh berhenti bercakap tentang rahsia kehilangan berat badan mereka: Salah satu kunci untuk kehilangan atau mencegah penambahan berat badan adalah tidur yang cukup. Mengapa? Ternyata kita akhirnya makan lebih banyak jika kita kurang tidur. Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa peserta yang mendapat hanya empat jam tidur mengambil 300 kalori lebih berbanding ketika mereka mendapat rehat yang secukupnya.

Amalkan kawalan makanan

Walaupun anda tidak melakukan diet, namun menyedari tentang pemakanan anda adalah amalan yang baik. Ia boleh mengambil masa beberapa minit untuk otak anda mengetahui bahawa anda sudah penuh, jadi dapatkan kebiasaan mengetahui berapa banyak saiz hidangan sebenar (dan berapa banyak yang diperlukan sehingga anda penuh). Dengan itu, anda akan kurang terdedah kepada kenaikan berat badan akibat makan berlebihan.

Minum teh hijau

Air bukanlah satu-satunya penggalak metabolisme. Kajian telah menunjukkan bahawa minum teh hijau boleh memberikan metabolisme anda sedikit peningkatan – yang boleh menambahkan sehingga lebih daripada 400 kalori tambahan dibakar seminggu! Bukan itu sahaja, minuman itu juga mempunyai beberapa kuasa antioksidan utama, jadi minumlah teh hijau.

Cari teman

Mengekalkan gaya hidup sihat boleh menjadi lebih mudah dengan sokongan dan motivasi rakan-rakan yang mempunyai visi yang sama. Mempunyai kumpulan sokongan yang sihat dapat membawa kepada pilihan yang lebih baik untuk diri sendiri. Bergerak lebih banyak, mengambil kira kalori dalam pemakanan, dan mengubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dapat menyumbang kepada penurunan berat badan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 03/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x