Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Ada ke orang yang tak suka minum teh pada waktu pagi? Eh, ada ye? Jadi anda suka minuman apa? Mesti kopi kan? Teh dan kopi merupakan dua jenis minuman popular di seluruh dunia. Pengambilan teh hitam merangkumi sebahagian besar populasi global memandangkan ia meliputi 78% daripada pengeluaran dan pengambilan minuman teh. 

Pada September tahun 2019, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah mendapati bahawa mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak suka meminumnya. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Kandungan kafein di dalam minuman teh

Apabila disebut sahaja perkataan kafein, mesti anda akan terbayang akan minuman kopi bukan? Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. Ia merupakan bahan perangsang yang paling kerap dijadikan subjek uji kaji berikutan kesan fisiologikalnya yang pelbagai.

Pengambilan minuman berkafein perlu dihadkan pada 400 mg sehari. Perkara ini agak mengelirukan bagi peminum kopi dan teh memandangkan minuman tersebut mempunyai kandungan kafein yang berlainan. 

8 auns bancuhan kopi mengandungi kira-kira 95 mg kafein berbanding dengan 47 mg kafein di dalam minuman teh hitam. Ini bermakna mereka yang suka minum teh boleh mengambilnya pada kadar hampir dua kali ganda daripada jumlah pengambilan minuman kopi harian.

Tidak dinafikan bahawa minuman berkafein dapat memberikan pelbagai jenis manfaat berkaitan dengan fungsi otak. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Northumbria, Newcastle telah mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman berkafein mempunyai memori, masa tindak balas dan pemprosesan maklumat yang lebih baik berbanding dengan mereka yang diberikan plasebo. 

Namun, perlu diingatkan bahawa mereka yang minum kopi lebih berisiko untuk mendapat kesan sampingan seperti keresahan, berdebar-debar, susah untuk tidur dan tekanan darah tinggi. Ini berikutan kandungan kafeinnya yang tinggi memudahkan seseorang individu itu, terutamanya buat peminum tegar, untuk melebihi had pengambilan kafein yang ditetapkan dalam sehari.

Minuman teh beri kesan antipenuaan otak

Pada 14 Jun 2019, satu kajian telah diterbitkan di laman Jurnal Penuaan berkaitan dengan kesan pengambilan teh secara berkala terhadap fungsi kognitif individu. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dengan kerjasama Universiti Essex dan Universiti Cambridge, London.

Melalui kajian tersebut, mereka memperolehi dapatan yang sangat menarik. Individu yang mengambil minuman teh hijau, oolong atau hitam pada kekerapan 4 kali seminggu untuk tempoh 25 tahun mempunyai perhubungan saraf otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sebarang minuman teh.

Profesor Madya Feng Lei, peneraju Jabatan Perubatan Psikologi yang juga merupakan ketua kumpulan kajian tersebut menggunakan analogi jalan raya sebagai contoh. Bahagian otak boleh dianggap sebagai destinasi dan perhubungan saraf kepadanya sebagai jalan raya yang menghubungkan destinasi tersebut. 

Apabila sistem jalan raya tersusun dengan rapi, maka pergerakan kereta akan menjadi lebih lancar dan efisien. Ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat dilakukan dengan lebih berkesan berikutan penstrukturan tersebut.

Dapatan kajian ini menyokong kajian Feng yang dijalankan pada tahun 2017 yang menunjukkan penurunan pada kadar risiko gangguan kognitif disebabkan oleh proses penuaan. Mereka yang mengambil minuman teh secara berkala boleh mengalami penurunan risiko setinggi 50 peratus. 

Perkara ini menggalakkan kajian lanjut dan kini, penemuan berkaitan pengstrukturan otak kesan daripada pengambilan minuman tersebut dapat memberikan perspektif terhadap langkah yang boleh diambil semasa muda bagi memastikan tahap kesihatan di waktu tua pada kadar yang optimum.

Kesan ambil teh secara berlebihan

Sudah berkurun lamanya minuman teh digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat penyakit tertentu. Kompaun yang terkandung di dalamnya berpotensi untuk merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan obesiti. Namun, pengambilannya melebihi 4 cawan sehari boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan individu secara menyeluruh.

Bukan minum kopi secara berlebihan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan. Minuman teh, jika diambil secara berlebihan juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap proses fisiologi badan. Berikut merupakan antara kesan sampingan yang boleh dialami oleh mereka yang ‘terlebih’ ambil minuman tersebut.

Kurang zat besi dalam darah

Terdapat kompaun di dalam minuman teh yang boleh menyebabkan masalah kurang zat besi diserap masuk ke dalam aliran darah. Kompaun tersebut digelar sebagai tannin. Ia berupaya untuk bergabung dengan zat besi bagi menghalang penyerapannya melalui sistem penghadaman manusia. 

Masalah kekurangan zat besi merupakan keadaan kesihatan yang lazim dialami oleh kebanyakan individu di seluruh dunia. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kansas pada tahun 2017 telah menunjukkan bahawa sumber zat besi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kadar pengurangan nutrisi mikro zat besi jika diambil bersama dengan minuman tersebut.

Menurut kajian tersebut, tannin lebih cenderung untuk menghalang penyerapan zat besi daripada sumber sayur-sayuran berbanding dengan daging haiwan. Oleh sebab itulah, bagi mereka yang tidak mengambil daging di dalam diet, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan jumlah minuman teh yang anda ambil.

Pengambilan minuman teh pada kadar 3 cawan atau kurang, dalam masa sehari kebiasaannya dianggap selamat buat kebanyakan individu. 

Masalah sukar untuk tidur

Kafein adalah antara bahan yang terkandung di dalam minuman teh. Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur dan bakal mengganggu kestabilan kitaran tidur jaga anda. 

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein boleh menyekat rembesan molekul melatonin. Melatonin merupakan hormon penting yang mengawal atur kitaran tidur jaga. Ia kebiasaannya dirembeskan apabila tiada sumber cahaya (gelap) pada persekitaran individu. 

Pengurangan pada rembesan melatonin boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur. Ia seterusnya berpotensi untuk menyebabkan komplikasi seperti kelesuan, gangguan memori dan mudah hilang tumpuan. Apa yang lebih teruk lagi adalah masalah kekurangan tidur kebiasaannya dikaitkan dengan masalah kronik yang lain seperti obesiti dan kencing manis.

Jika anda menghadapi masalah ini, seeloknya dikurangkan kekerapan pengambilan minuman tersebut terutamanya jika ia dekat dengan waktu anda tidur. 

Komplikasi kehamilan

Pengambilan minuman teh secara berlebihan semasa hamil boleh menyebabkan kesan negatif terhadap ibu dan janin. The American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG) menyarankan pengambilan minuman berkafein tidak melebihi 200 mg sehari (2 cawan kopi). Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) pula menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 300 mg sehari (3 cawan).

Ya, ada sesetengah minuman mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Sebagai contoh, minuman kopi asli kebiasaannya mengandungi kafein 2 kali ganda lebih banyak daripada minuman tersebut. Secara ringkasnya, jangan ambil minuman teh melebihi 3 cawan sehari, tidak kiralah sedikit mana kafein yang terkandung dalam jumlah tersebut.

Konklusi

Minuman teh, jika diambil secara berkala pada kuantiti yang disarankan, boleh memberikan faedah fisiologikal yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Ia juga mengandungi kafein seperti minuman kopi namun jumlahnya tidak sebanyak minuman tersebut. Jika anda menginginkan minuman berkafein namun tidak mahu mencuba kopi, minumlah teh. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rendah Risiko Tulang Retak Jika Gemar Minum Teh, Ada 7 Kebaikan Lain Juga

    Kajian menunjukkan minuman teh boleh menurunkan risiko individu untuk mengalami tulang retak sekiranya berlaku trauma. Rahsia kesan positif tersebut...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt… Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

    Kebaikan teh hijau sering didengari dalam masyarakat kita, sama ada dari segi pengawalan berat badan mahupun kolesterol anda. Lepas baca, harus cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

    Selalunya doktor menyarankan individu dengan masalah asid refluks untuk elakkan minuman berkafein. Apakah kaitan antara kedua-duanya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minuman kafein

    Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    wanita mengandung

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan