5 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Barulah Tak Lapar Waktu Tengahari!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/04/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menu sahur yang berkhasiat, ringkas dan mudah disediakan sentiasa dicari oleh semua orang. Bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi supaya ia lebih tahan lama dan boleh menyokong aktiviti harian seperti biasa.

Ketahui makanan yang membantu anda menyediakan hidangan sahur dengan cepat tapi mengenyangkan.

1. Oat

Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

2. Biskut

Biskut adalah makanan kedua yang membantu anda berasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza dan biasanya dinyatakan pada bungkusannya. Contohnya,setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori.

Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.

3. Pasta

Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak.

4. Nasi

Nasi adalah makanan harian utama bagi setiap orang. Namun hakikatnya ia adalah makanan keempat yang membantu anda kenyang lebih lama walaupun anda memakannya dalam kuantiti yang banyak semasa sahur.

Ini kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.

5. Mee

Kebanyakan orang beranggapan mee adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan semasa sahur terutamanya pemilihan mee segera. 100g mee mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.

Selain 5 makanan di atas, anda juga boleh memilih telur. Ini kerana ia mengandungi protein paling lengkap yang mana kira-kira 97% daripadanya boleh diserap oleh badan. Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Anda boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10 Jenis Sayur dan Buah untuk Sumber Vitamin C Sewaktu Sahur

    alah satunya keperluan vitamin C untuk tubuh anda. Jangan bimbang, anda masih boleh memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Resipi Sihat 25/04/2018 . 3 minit bacaan

    5 Makanan yang Patut Dielakkan Sewaktu Sahur

    Sewaktu anda berpuasa, tubuh anda tidak menerima makanan selama lebih dari 12 jam, sementara anda tetap menggunakan tenaga untuk bekerja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/04/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menu sahur simple

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Panduan Memanaskan Makanan untuk Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 25/04/2018 . 2 minit bacaan

    Jenis dan Kuantiti Makanan yang Patut Anda Ambil Waktu Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 25/04/2018 . 2 minit bacaan