Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi tentang pengambilan makanan terutama diet pesakit buah pinggang.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi tentang pengambilan makanan terutama diet pesakit buah pinggang.
Artikel di bawah akan memberikan maklumat yang berguna tentang rancangan makanan bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang.
Berikut 5 jenis makanan yang perlu dielakkan:
Berdasarkan tahap kesihatan anda dan tahap penyakit buah pinggang anda, doktor atau pakar kesihatan anda boleh membantu anda dengan rancangan diet tertentu.
Mereka menunjukkan berapa banyak kalori yang boleh anda makan pada setiap hari atau setiap minggu. Sila berpegang kepada pelan tersebut untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan anda.
Walaupun protein sangat baik untuk kuku, rambut dan kesihatan, makan terlalu banyak boleh menyebabkan komplikasi.
Bincang dengan pakar pemakanan anda untuk mengetahui jumlah pengambilan protein yang betul.
Makanan rendah protein: sayur-sayuran, buah-buahan, pasta, nasi dan roti.
Makanan tinggi protein: telur, ikan, daging merah dan ayam.
Pengambilan karbohidrat anda mungkin perlu dihadkan, kerana terdapat beberapa jenis karbohidrat yang mengandungi tahap fosforus atau kalium yang tinggi yang boleh memburukkan lagi keadaan anda.
Jika anda turut mempunyai kencing manis, anda hanya boleh memakan karbohidrat secukupnya sahaja.
Lemak sihat atau lemak baik adalah lemak tak tepu. Makanan yang mengandungi lemak baik ialah minyak jagung, minyak zaitun atau minyak kacang.
Lemak tak tepu boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Dalam keadaan di mana anda perlu menambah berat badan, amalkan diet yang mengandungi lemak tak tepu.
Jika anda sedang berdiet, hadkan pengambilan lemak tak tepu. Sepertimana makanan lain, makan secara sederhana adalah kuncinya kerana terlalu banyak lemak sihat juga boleh mendatangkan masalah.
Sebaliknya, lemak buruk, atau juga dikenali sebagai lemak tepu, boleh meningkatkan tahap kolesterol anda dan juga risiko mengalami penyakit jantung.
Makanan yang mengandungi lemak yang tidak baik adalah lemak babi, mentega, lelemak, dan daging, terutamanya yang diproses.
Natrium atau garam, adalah mineral yang boleh didapati hampir dalam semua makanan.
Penggunaan garam berlebihan akan membuat anda merasa dahaga, dan berpotensi menyebabkan bengkak dan peningkatan tekanan darah.
Akibatnya, buah pinggang anda mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mencerna semua garam yang anda makan. Oleh itu, untuk kesihatan buah pinggang dan jantung anda, hadkan jumlah natrium yang anda makan.
Perlu diingatkan maklumat di atas untuk perancangan diet yang sihat untuk diri sendiri.
Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau bimbang mengenai makanan yang perlu anda elakkan, adalah lebih baik untuk menghubungi doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk jawapan, nasihat dan bimbingan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen