backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 27/09/2021

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Sayur-sayuran bukanlah kegemaran semua orang, tetapi kerap kali dikaitkan dengan cara diet yang sihat.

    Antara sebab sayur tidak digemari oleh ramai individu ialah rasa pahit pada sesetengah sayur, malahan tekstur yang pelik seperti brokoli atau kubis bunga.

    Namun, sayur-sayuran selalu ditekankan oleh para doktor dan pegawai dietetik kerana ia mengandungi banyak zat, vitamin, mineral.

    Malahan, sesetengah sayur-sayuran mempunyai sifat tersendiri seperti antioksidan, kurangkan keradangan dan sebagainya.

    Banyak kajian yang telah dijalankan membuktikan kelebihan sayur-sayuran dari sudut kesihatan dan nutrien.

    Artikel ini bukan sahaja akan membicarakan pengganti nutrien untuk sayur-sayuran anda, malah akan berkongsi tips untuk menyedapkan hidangan sayur anda.

    Cara diet melalui kumpulan makanan lain

    pemakanan sihat

    Berbeza dengan sayur-sayuran, buah-buahan lebih digemari oleh ramai orang kerana rasa manis setiap buah yang berbeza.

    Berita baik buat mereka yang bencikan sayuran, banyak buah-buahan yang dapat membekalkan nutrien dan serat yang sama seperti sayur-sayuran.

    Walaupun buah dikategorikan sebagai diet sihat, harus diingatkan bahawa buah mengandungi kalori dan kandungan gula yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.

    Oleh itu, pengambilan dalam jumlah yang banyak tidak digalakkan bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit seperti kencing manis.

    Selain itu, anda haruslah kerap memeriksa kadar gula dalam darah anda untuk memastikan ia sentiasa di paras normal.

    Marilah kita lihat jenis buah-buahan yang tinggi dengan nutrien penting untuk tubuh kita.

    Vitamin A

    Vitamin A sangat penting untuk imuniti, daya penglihatan, tumbesaran, perkembangan sel dan pembiakan. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan. Cara diet dengan buah-buahan tinggi dengan Vitamin A ialah:

    • Aprikot
    • Tembikai wangi (cantaloupe)
    • Tembikai
    • Mangga
    • Limau gedang

    Vitamin C

    Kumpulan nutrien ini penting kerana vitamin ini diperlukan oleh tubuh anda untuk pembentukan saluran darah baru, rawan, otot dan kolagen di dalam tulang anda.

    Vitamin C juga penting untuk proses penyembuhan sel-sel badan kita.

    Ia senang didapati dalam pelbagai jenis buah seperti:

    • Oren
    • Betik
    • Nanas
    • Strawberi
    • Tembikai susu

    Kalium

    Kalium sangat berfaedah untuk tubuh kita kerana ia penting untuk sel-sel berfungsi dengan normal.

    Tidak hairanlah jika kalium perlu diutamakan dalam diet sihat.

    Ia mampu mengawal degupan jantung, memastikan otot dan saraf berfungsi dengan baik serta penting untuk proses sintesis protein dan metabolisme karbohidrat dalam badan.

    Diet sihat kaya dengan kalium ialah:

  • Kiwi
  • Buah delima
  • Pisang
  • Ceri
  • Nektarin
  • Zat besi

    Zat besi merupakan salah satu nutrien yang harus diambil kira dalam cara diet sihat. Ia bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin dalam sel darah merah.

    Hemoglobin kemudiannya membawa dan mengedarkan oksigen kepada semua sel dalam tubuh anda.

    Selalunya zat besi senang didapati dalam sayuran seperti bayam. Namun terdapat juga buah-buahan tinggi dengan zat besi. Contohnya:

    • Buah pic
    • Aprikot
    • Buah tin (figs)
    • Pir
    • Prun

    Folat

    Folat atau vitamin B9 sangat dititiberatkan bukan sahaja untuk diet sihat malah untuk ibu yang mengandung.

    Folat penting dalam pembentukan sel darah merah, tumbesaran badan dan memastikan sel-sel berfungsi dengan normal.

    Bagi ibu mengandung, diet sihat kaya dengan folat harus diambil kira semasa trimester pertama kehamilan untuk mengurangkan risiko spina bifida dan pembentukan otak bayi yang abnormal.

    Diet sihat kaya dengan folat ialah:

    • Oren
    • Betik
    • Pisang
    • Beri hitam
    • Tembikai wangi

    Cara diet kumpulan lain

    Janganlah lupa bahawa cara diet yang lain tanpa sayuran boleh terdiri daripada daging merah, kekacang seperti dal dan juga bijiran penuh.

    Jika anda membeli makanan sedia ada di pasar raya, pastikan anda membaca label sebelum beli untuk mengetahui jenis nutrien yang dibekalkan.

    sayuran

    Mahu cuba, tetapi sayur tidak sedap di tekak? Amalkan cara diet ini!

    Banyak bahan perasa yang boleh digunakan untuk menyedapkan hidangan anda seperti garam, mentega, lada hitam dan sebagainya.

    Namun, berhati-hatilah dengan jumlah pengambilan bahan perasa demi kesihatan anda.

    Selain itu, anda boleh cuba untuk meneroka dan bereksperimen dengan jenis sayuran yang ada. Terdapat juga sayuran yang manis seperti lobak merah, capsicum dan kacang pis.

    Rajinlah mencuba resipi baru untuk cara diet anda. Tahukah anda, jika anda mengisar sayur-sayuran dan mencampurkan ia ke dalam makanan, anda masih boleh mendapatkan nutrisi yang sama?

    Kisarlah sayuran anda dan masukkan ke dalam bebola daging yang akan dibakar atau menu lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan