backup og meta

Bakteria yang Menyebabkan Keracunan Makanan Pada Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/07/2023

    Bakteria yang Menyebabkan Keracunan Makanan Pada Bulan Ramadan

    Keracunan makanan boleh berlaku kepada individu yang mengambil makanan atau minuman yang dicemari bakteria. Tetapi apakah bakteria penyebab keracunan makanan ya? Dalam artikel ini ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu keracunan makanan?

    “Syurga makanan” itulah gambaran yang sesuai untuk menggambarkan kemewahan dan kepelbagaian juadah sepanjang Ramadan.

    Bulan istimewa ini bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, bahkan pelbagai kaum di Malaysia.

    Malangnya, kepenatan seharian menahan lapar dan dahaga mungkin berakhir dengan situasi yang sangat menjengkelkan apabila anda mengalami keracunan makanan.

    bakteria penyebab keracunan makanan

    Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

    Simptom keracunan makanan

    Kebanyakan daripada kita tidak menyedari simptom ini kerana beranggapan ia perkara biasa dan proses tindak balas semula jadi badan terhadap makanan yang diterima selepas seharian perut kosong.

    Kebiasaannya keracunan ini boleh berlaku dalam tempoh 48 jam selepas makan atau minum makanan yang tercemar.

    Antara simptom keracunan yang sering berlaku adalah:

    Jenis bakteria penyebab keracunan makanan

    Jenis bakteria yang menjadi punca keracunan makanan seperti:

    i. Salmonella

    Bakteria jenis ini berpunca daripada manusia, haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat, serta haiwan peliharaan dan haiwan liar.

    Biasanya berlaku terhadap produk berasaskan ayam, telur dan tenusu.

    ii. Staphylococcal / Staphylococcus aureus

    Ia adalah sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi.

    Keracunan jenis ini sering berlaku kerana puncanya membabitkan manusia sendiri iaitu melalui hidung dan cairan hidung, telinga, kulit, rambut dan luka.

    Baca juga:

    Bakteria penyebab keracunan makanan #iii. E-coli

    Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan dengan suhu panas. Ia boleh merebak apabila makanan tidak dimasak dengan sempurna dan air yang tidak bersih. 

    Antara makanan yang sering dikaitkan dengan bakteria ini adalah makanan berasaskan daging, keju, minuman tercemar dan makanan segera.

    iv. Bacillus Cereus

    Ia disebabkan oleh penyediaan makanan dan air yang tidak bersih. Bakteria ini berpunca daripasa alam sekitar, debu dan tanah serta rempah-ratus.

    Kaedah pengendalian dan hidangan makanan boleh menyebabkan ia merebak.

    v. Campylobacter

    Bakteria yang berpunca daripada usus haiwan dan air yang tercemar. Ia boleh merebak apabila makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan susu yang tidak dipasturkan dengan betul.

    Antara makanan yang mempunyai bakteria ini adalah susu mentah, daging ayam, hati dan air tercemar.

    vi. Vibrio Parahaemolyticus, antara bakteria penyebab keracunan makanan

    Makanan laut yang mentah atau tidak cukup masak dikaitkan dengan bakteria ini.

    Selain itu, keracunan makanan juga boleh berpunca daripada virus seperti Hepatitis A dan sayur-sayuran yang dicemari dengan racun serangga.

    bakteria penyebab keracunan makanan

    Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

    Cara-cara mengelakkan keracunan makanan:

    • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Masak makanan dengan sempurna
    • Gunakan air dah bahan mentah yang bersih
    • Asingkan makanan mentah dan makanan dimasak
    • Simpan makanan pada suhu yang betul
    • Pilih restoran atau gerai makanan yang bersih

    Berhati-hati memilih makanan terutama makanan di bazaar Ramadan bagi mengelakkan bakteria penyebab keracunan makanan dan simptomnya.

    Sebaiknya segera berjumpa doktor sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami simptom ini secara berterusan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya kerana kekurangan air yang serius boleh menyebabkan kematian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan