Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin.

Walau bagaimanapun, tidak mustahil bagi mereka yang menghidapnya untuk menjalani kehidupan normal seperti para ibu yang lain.

Teruskan membaca untuk mengetahui kesan penyakit ini terhadap bayi dan apakah cara yang berpotensi untuk melindungi kehamilan.

Apa itu penyakit PCOS?

Sindrom ovarium polikistik adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita usia reproduktif.

Wanita dengan masalah PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.

Ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.

Punca sebenar PCOS tidak diketahui. Diagnosis dan rawatan awal bersamaan dengan penurunan berat badan dapat mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang seperti diabetes jenis 2 serta penyakit jantung.

Simptom-simptom PCOS turut merangkumi:

Penyakit PCOS & ketidaksuburan

Seperti yang kita sedia maklum, masalah PCOS mampu menyukarkan peluang untuk hamil.

Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan tahap hormon lelaki tinggi yang menghalang pembebasan telur (ovulasi).

Pun begitu, anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan melakukan perkara seperti:

  • Mengekalkan berat badan yang sihat. Penurunan 5 sehingga 10% berat terbukti dapat meningkatkan peluang hamil
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Bersenam
  • Memantau ovulasi dan aktiviti seksual sekitar tempoh ovulasi

Sekiranya anda telah melakukan beberapa perubahan dan masih tidak membuahkan hasil, doktor mungkin menyarankan untuk melakukan ujian kesuburan.

Anda juga mungkin akan diberikan preskripsi ubat kesuburan untuk membantu ovulasi.

Jika tidak berkesan, berkemungkinan doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang sejumlah kecil tisu yang menghasilkan lebihan hormon lelaki pada ovari.

Pilihan lain adalah untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), untuk peluang persenyawaan yang lebih tinggi.

Pun begitu, ia merupakan pilihan yang memerlukan perbelanjaan tinggi. IVF biasanya dipertimbangkan apabila pilihan sedia ada yang lain tidak berjaya.

Dalam kebanyakan kes, melalui perubahan gaya hidup serta rawatan kesuburan, majoriti wanita dengan sindrom ovari polisistik berjaya hamil.

Risiko kepada bayi & kandungan

Pun begitu, apa yang perlu anda fahami, sindrom ovari polisistik ini boleh menjadikan proses kehamilan anda lebih rumit.

Ia memerlukan banyak pemantauan untuk anda dan juga kandungan. Ini kerana PCOS boleh mendatangkan beberapa risiko kepada kehamilan, termasuklah:

  • Keguguran

Malangnya, kajian mengatakan wanita dengan PCOS cenderung untuk mengalami keguguran pada bulan awal kehamilan berbanding wanita tanpa PCOS.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa metformin berpotensi dalam mengurangkan risiko keguguran pada wanita hamil dengan PCOS.

  • Gestational diabetes (diabetes kehamilan)

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis diabetes yang hanya dialami oleh wanita hamil.

Ia boleh dirawat dan, jika dikawal, tidak menimbulkan masalah yang besar pada ibu atau janin.

Dalam kebanyakan kes, kondisi ini hilang setelah bayi dilahirkan.

Bayi yang ibunya menghidap diabetes ini juga berpotensi untuk menjadi sangat besar (mengakibatkan pembedahan caesar), mempunyai gula darah yang rendah dan mengalami masalah bernafas.

Bukan itu sahaja, wanita dengan diabetes kehamilan bersama anak-anak mereka, berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari.

  • Preeklampsia

Preeklampsia, peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba setelah minggu ke-20 kehamilan, boleh mempengaruhi buah pinggang, hati, dan otak si ibu.

Sekiranya tidak dirawat, preeklampsia boleh berubah menjadi eklampsia.

Eklampsia mampu menyebabkan kerosakan organ, sawan malah kematian!

Jika terjadi, rawatan utama untuk kondisi ini adalah dengan melahirkan bayi, bahkan lebih awal jika perlu.

  • Kelahiran pramatang

Bayi dianggap sebagai preterm jika mereka dilahirkan sebelum cukup 37 minggu kehamilan.

Mereka juga berisiko menghadapi banyak komplikasi kesihatan, baik setelah dilahirkan atau pada kemudian hari, dan beberapa masalah ini boleh menjadi serius.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi kandungan?

hamil seksi

Seperti yang telah dijelaskan, wanita dengan penyakit PCOS berkemungkinan untuk mengalami masalah kesuburan dan jika hamil, komplikasi kehamilan boleh berlaku.

Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.

Metformin adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis jenis 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya rintang terhadap insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin.

Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula daripada hati, memperlahankan penyerapan gula daripada usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

Terdapat kajian menunjukkan  metformin mempunyai kesan positif dalam mengurangkan kadar keguguran pada wanita dengan penyakit PCOS.

Walaupun begitu, terdapat kerisauan dengan pengambilan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan.

Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya.

Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut.

Sekiranya anda hamil dengan PCOS, berbincanglah dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Ini Risiko Bayi Lahir Minggu Ke-36, Paling Bahaya Boleh Akibatkan MAUT

Kelahiran pramatang berisiko menjejaskan tahap kesihatan bayi. Ini masalah kesihatan yang terdedah kepada bayi pramatang 6 bulan patut ibu hamil ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
warna air mani

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan