Sebagai gantinya, ambil makanan yang mengandungi kandungan serat, yang hanya meningkatkan kadar gula darah secara perlahan.
Berat badan
Bagi pesakit PCOS dengan obesiti, gejala dan risiko terhadap masalah kesihatan dapat dicegah dengan menurunkan berat badan berlebihan.
Kehilangan berat badan berlebihan juga telah terbukti:
Diet pesakit PCOS harus mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, sekurang-kurangnya 5 porsi sehari, dan makanan mengenyangkan (roti gandum penuh, bijirin gandum dan beras perang, daging tanpa lemak, ikan serta ayam).
Di samping itu, mengekalkan berat badan pada tahap normal juga dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular!
Untuk makluman, BMI normal bermula antara 18.5 hingga 24.9. Gunakan kalkulator berat badan BMI untuk mengetahui sama ada BMI anda berada dalam julat sihat atau sebaliknya.
Aktiviti fizikal
Menjadi aktif secara fizikal adalah sangat penting dalam menguruskan simptom PCOS.
Ini kerana, ia telah terbukti dapat memperbaiki gejala dan mengurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.
Bagi pesakit PCOS, terdapat begitu banyak faedah dalam menjalani kehidupan aktif, termasuk:

- Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
- Peningkatan keyakinan diri dan motivasi
- Mengurangkan rasa kegelisahan dan kemurungan
- Mengurangkan daya rintangan insulin
- Membaik pulih kitaran haid dan kesuburan
- Bantu mengawal berat atau menurunkan berat badan
Penyelidikan juga telah menunjukkan, sebarang jenis senaman biasa sudah pun berkesan untuk membaik pulih gejala PCOS.
Tidak kira senaman aerobik, berjogging, zumba dan sebagainya, semua masih mampu mengurangkan gejala PCOS.
Pengurusan & rawatan PCOS menggunakan terapi perubatan
Selain melakukan perubahan dengan pola pemakanan dan gaya hidup, sebilangan besar rawatan perubatan juga dapat bantu menguruskan gejala PCOS.
Rawatan yang digunakan sering kali bertujuan untuk menguruskan simptom PCOS seperti:
- Kitaran haid tidak teratur.
- Pertumbuhan bulu pada kawasan tidak diingini (hirutisme).
- Masalah jerawat dan kulit berminyak.
- Berat badan berlebihan.
- Masalah kesuburan.
- Sentiasa rasa lesu dan kepenatan.
- Kulit menggelap terutama bahagian lipatan badan.
- Sakit kepala.
- Pendarahan haid yang banyak.
- Masalah tidur.
Preskripsi ubat-ubatan berikut mampu membantu melegakan gejala di atas, iaitu:
- Pil kontraseptif oral
- Ubat pemekaan insulin, seperti metformin
- Hormon yang dipanggil gonadotrophins
- Ubat penurun testosteron
- Ubat untuk menurunkan berat badan
- Anti depresi
- Ubat anti kegelisahan