backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Elak Sista Ovari Pecah, Ini 5 Cara Kecutkan Cyst Yang Selamat Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Elak Sista Ovari Pecah, Ini 5 Cara Kecutkan Cyst Yang Selamat Di Rumah!

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungkin mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu sista ovari?

    Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ia terletak di bahagian abdomen bawah pada kedua-dua belah rahim.

    Umumnya, seorang wanita akan mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron. 

    Kadangkala, sebuah kantung berisi cecair dipanggil cyst atau sista akan terbentuk di salah satu ovari.

    Kebanyakan wanita akan menghidap sekurang-kurangnya 1 sista sepanjang hayatnya.

    Kebiasaannya, keadaan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan atau sebarang gejala.

    Tetapi sekiranya anda mengalami sakit perut atau berasa tidak selesa yang luar biasa, ia berkemungkinan menunjukkan bahawa anda mengalami sista ovari (ovarian cyst). 

    Jika anda risau mengenainya, ada cara kecutkan cyst yang akan Hello Doktor kongsikan.

    Memahami simptom sista ovari

    Sebelum anda mengetahui tentang kaedah dan cara kecutkan cyst, sudah tentu anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu simptomnya.

    Berikut 11 tanda-tanda ada cyst dalam rahim yang anda boleh semak:

    1. Sakit pelvis

    Rasa sakit pada pelvis iaitu sekitar bahagian abdomen bawah boleh menjadi petanda sista ovari. 

    Kesakitan dialami mungkin untuk tempoh masa panjang atau datang dan pergi. Biasanya rasa sakit akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid

    Hormon terhasil semasa period boleh menyebabkan sista yang terbentuk atau membesar semakin menyakitkan.

    Jika sista pecah, anda mungkin akan berasa sakit secara tiba-tiba dan teruk pada bahagian pelvis.

    1. Kesakitan lain

    Rasa sakit akibat sista ini boleh merebak daripada bahagian pelvis ke kawasan belakang badan sehingga paha. Ia dirujuk sebagai referred pain.

    1. Kembung

    Kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perut kembung semasa haid.

    Tetapi masalah kembung yang agak abnormal boleh berlaku kesan daripada tumbesaran sista. 

    1. Mual dan muntah

    Masalah loya dan muntah boleh terjadi apabila sista yang wujud mengakibatkan salah satu ovari anda berpusing.

    1. Kekerapan kencing

    Ada kalanya, sista yang wujud boleh mempengaruhi aktiviti pundi kencing sehingga menyukarkan anda untuk mengosongkannya. Kekerapan untuk kencing juga meningkat.

    1. Demam

    Jika masalah sista ovari dijangkiti, anda mungkin akan mengalami demam.

    1. Pendarahan tanpa sebab

    Ada masanya, anda mengalami pendarahan tanpa sebab dan tidak dijangka.

    Pastikan anda mendapatkan rawatan segera kerana ia mungkin keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.

    1. Pertambahan berat badan

    Dalam kes jarang berlaku, cyst boleh membesar. Saiz sista bersama masalah kembung yang dialami boleh menyebabkan perubahan pada berat badan anda.

    1. Hubungan seks

    Antara petanda anda mungkin mengalami sista adalah apabila berasa sakit atau tidak selesa semasa bersetubuh. 

    Sesetengah wanita berdepan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen selepas melakukan aktiviti seks.

    Keadaan ini cenderung berlaku jika anda mengalami sista ovari jenis endometrioma – tisu rahim tumbuh di bahagian luar rahim.

    makanan penyebab sista ovari
    Simptom sista ovari wanita.
    1. Sukar hamil

    Bagi wanita dengan masalah sindrom ovarium polisistik (PCOS), sista akan terbentuk dari masa ke masa.

    Selalunya wanita dengan PCOS akan berdepan kesukaran untuk mengandung

    1. Masalah buang air besar

    Masalah ovarian cyst yang dialami boleh menjejaskan fungsi usus sehingga mengakibatkan anda sukar untuk mengosongkannya.

    Antara situasi yang kerap dialami adalah kesakitan semasa berak, tekanan pada usus atau peningkatan kekerapan membuang air besar. 

    Jadi, apakah cara kecutkan cyst yang boleh anda lakukan?

    Cara kecutkan cyst di rumah

    Anda perlu tahu cara tradisional kecutkan cyst di rumah tidak dapat menyingkirkan sista, tetapi ia boleh membantu mengurangkan simptom dan mengatasi kesakitan. 

    1. Ubatan kaunter sebagai cara kecutkan cyst

    Ubat yang boleh dibeli di farmasi berperanan sebagai penahan kesakitan. Anda tidak memerlukan preskripsi.

    Tetapi jika keadaan tidak berkurang, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat tahan sakit untuk rawat sista ovari.

    1. Kurangkan berat

    Antara cara kecutkan cyst adalah dengan menurunkan berat, badan anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

    Ini sekali gus membantu mencegah pembentukan sista pada bahagian ovari. 

    cara kecutkan cyst
    Cara hilangkan sista ovari wanita.
    1. Diet makanan kecutkan cyst

    Tidak semua wanita dengan PCOS berisiko untuk mengembangkan masalah sista pada ovari ini. 

    PCOS boleh menyebabkan masalah berikut:

    • Diabetes
    • Ketidaksuburan
    • Peningkatan berat badan

    Sekiranya mempunyai PCOS, anda disarankan untuk mengubah diet pemakanan bagi mengurangkan risiko mengembangkan diabetes atau sista ovari.

    1. Bertenang

    Tekanan dan kegelisahan boleh menyebabkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

    Jadi 1 cara kecutkan cyst yang boleh anda cuba adalah dengan mempelajari teknik relaksasi bagi membantu kekalkan ketenangan dalam diri.

    Belajarlah teknik yoga, pernafasan mendalam dan meditasi untuk hilangkan stres.

    Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan.

    1. Bersenam, antara cara tradisional kecutkan cyst

    Melakukan aktiviti fizikal dan regangan dapat mengurangkan sakit berkaitan sista.

    Malahan ia juga membantu dalam mengatasi ketegangan otot. 

    penyebab sista ovari
    Punca sista ovari terjadi.

    Kesimpulan

    Masalah sista ovari adalah keadaan biasa yang tidak mendatangkan kebimbangan.
    Pelbagai rawatan dan cara tradisional kecutkan cyst di rumah yang selamat boleh dijadikan pilihan untuk mengubati keadaan tersebut.
    Walau bagaimanapun, setiap wanita harus sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda ada cyst dalam rahim dan tidak mengabaikan jika mengalami kesakitan pelvis yang kronik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan