Awas Kaum Wanita – Endometriosis Boleh KEMBALI Lepas Dibuang, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, selebriti popular tanah air, Scha Al-Yahya dilaporkan berjaya menjalani pembedahan untuk merawat penyakit endometriosis yang berlaku pada rahimnya. 

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan pembedahan kali kedua buat pelakon dan pengacara terkenal ini.

Sebelum ini, isteri kepada selebriti Awal Ashaari ini telah melakukan pembedahan yang sama pada 2013 sebelum menerima kehadiran cahaya mata pertamanya, Lara Alana. Namun, penyakit itu telah muncul kembali lantas menyebabkannya sukar hamil anak kedua.

Menurut model sambilan yang berusia 37 tahun ini, terdapat rawatan alternatif lain yang mungkin boleh dilakukan untuknya kembali hamil. Namun, pakar menyarankan agar dia menjalani pembedahan terlebih dahulu bagi memudahkan kehamilan seterusnya. 

Jadi, dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan endometriosis buat kali kedua pada tahun ini dan sekali lagi berjaya membuangnya.

Persoalannya, mengapa penyakit endometriosis ini boleh muncul kembali walaupun selepas dibuang? Jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

penyakit endometriosis

Apa itu penyakit endometriosis?

Jika anda merupakan salah seorang wanita yang mengalami penyakit ini, anda sudah pasti tahu ia akan mengakibatkan kesakitan pada sekitar kawasan yang terlibat, terutamanya semasa datang haid

Lebih membimbangkan, endometriosis juga mungkin akan menyebabkan golongan wanita sukar untuk hamil

Penyakit ini akan berlaku apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim tumbuh pada bahagian luarnya. Walaupun tisu tersebut berada pada luar rahim, ia masih akan berfungsi seperti sepatutnya semasa kitaran menstrual berlaku. Ia akan menyebabkan tisu ini pecah lalu mengakibatkan pendarahan.

Penyakit ini sering kali akan berlaku pada bahagian pelvis seperti pundi, usus serta organ reproduktif wanita. Namun, ia juga mungkin boleh berlaku di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong rahim

Bagaimanapun, ia bukanlah bersifat kanser seperti yang disalah anggap oleh kebanyakan individu.

Endometriosis tetap merupakan salah satu dari penyakit wanita yang agak berbahaya dan boleh mengancam hubungan suami isteri. Sebaiknya, anda yang mengalami penyakit ini perlu menjalani rawatan untuk membuangnya seawal yang mungkin.

Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami penyakit ini?

Simptom penyakit endometriosis

Antara simptom utama penyakit ini adalah kesakitan pada pelvis, terutamanya ketika kitaran menstrual berlaku. Namun, terdapat juga beberapa simptom yang lain, termasuklah:

Selain itu, terdapat juga beberapa simptom lain yang anda perlu perhatikan seperti kepenatan, cirit-birit, sembelit, mual atau muntah-muntah, lebih-lebih lagi ketika datang haid.

Untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda menghidap endometriosis atau tidak, sila berjumpa dengan pakar untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Mengapa ia boleh muncul kembali?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu punca penyakit endometriosis ini berlaku. Hakikatnya, punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Namun, ada satu teori yang biasa dikaitkan dengan penyakit ini.

Teori tersebut dinamakan sebagai ‘retrograde menstruation’. Ia bermaksud darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui tiub falopio. Ini akan menyebabkan sel-sel endometrium melekatkan dirinya pada bahagian berlainan pada pelvis.

Kebiasaannya, endometriosis ini akan dapat dikesan selepas doktor melihat kepada sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan lanjut pada bahagian pelvis wanita dengan teliti. 

Untuk lebih tepat, ia akan didiagnosis melalui pembedahan laparoskopi (key hole surgery), di mana satu peralatan khas akan digunakan untuk mengesan tisu tersebut dalam pelvis.

Kemudian barulah rawatan seperti pengambilan ubatan atau pembedahan endometriosis akan dilakukan untuk membuangnya dari tubuh badan anda. Namun, ia mungkin boleh muncul kembali walaupun selepas dibuang. Apa sebabnya, ya?

Seperti yang dilalui oleh selebriti tanah air kita iaitu Scha Al-Yahya dan ramai lagi wanita, penyakit ini masih boleh muncul kembali walaupun selepas dibuang. Disebabkan itu, pembedahan berikutnya perlu dilakukan untuk membuangnya sekali lagi.

Hakikatnya, terdapat banyak rawatan terkini yang boleh memberi kelegaan dari simptom endometriosis termasuklah pembedahan laparoskopi, pembedahan menggunakan laser atau peralatan lain untuk memotong dan memusnahkan endometriosis itu. Namun, besar kemungkinan penyakit ini boleh kembali lagi.

Sebabnya, ia adalah sangat bergantung kepada kitaran haid anda. Jika anda seorang wanita yang mengalami kitaran haid tidak normal – ‘retrograde menstruation’, maka risiko ia untuk berlaku dan berulang kepada anda adalah lebih tinggi. Jadi, sila rujuk pakar untuk mengetahui kaedah paling terbaik untuk merawat penyakit endometriosis yang anda alami.

penyakit endometriosis

Pemakanan memainkan peranan!

Selain pengambilan ubatan atau pembedahan untuk membuangnya, apa lagi yang anda boleh lakukan? 

Jawapannya adalah dengan mengawal dan menjaga diet pemakanan anda.

Menurut pelbagai kajian, simptom endometriosis mungkin boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan probiotik, produk tenusu, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Ada satu kajian pada tahun 2004 yang mengatakan bahawa penyakit ini mungkin dapat dikawal dengan pengambilan rumpai laut yang dinamakan sebagai ‘bladderwrack’. Ini kerana ia mengandungi bahan yang boleh mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita.

Selain itu, cuba elak daripada mengambil kafein yang hanya akan menerukkan lagi simptom penyakit ini. 

Bukan itu sahaja, anda juga perlu cuba untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan tabiat merokok, mengehadkan pengambilan minuman beralkohol serta melakukan senaman secara berkala.

Dengan ini, bukan sahaja penyakit endometriosis dapat dikawal, malah kesihatan anda secara umumnya juga akan bertambah baik.

Konklusi

Kesimpulannya, penyakit endometriosis ini boleh berlaku kepada mana-mana wanita, terutamanya jika anda mengalami kitaran menstrual yang tidak menentu

Terdapat banyak jenis rawatan seperti pengambilan ubatan atau pembedahan boleh dilakukan untuk membuangnya. Namun, ia masih boleh muncul kembali walaupun selepas dibuang.

Jadi, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar untuk membantu anda merawat penyakit endometriosis yang dialami.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

    Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh sering kedengaran, terutamanya dalam kalangan wanita bersalin. Namun, apakah punca ia terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

    Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

    Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Hanya Ada SATU Tiub Fallopio? Jangan Putus Asa, Peluang Hamil Masih Ada! Ini Caranya

    Benarkah wanita yang hanya memiliki satu tiub fallopio mempunyai peluang hamil yang rendah? Untuk mengetahui jawapannya, ikuti perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    period tidak teratur

    Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    ovulasi wanita

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah fibroid pecah

    Para Wanita, Awas Kalau Selalu Sakit Perut Jika Ada Fibroid, Ini Mungkin Petanda Ia Pecah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan