Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada masalah kesuburan tetapi kenapa masih perlu ambil pil kontraseptif? Buat anda yang mengalami isu ketidaksuburan, ini penjelasannya.

Masih boleh hamil walaupun mengalami masalah kesuburan?

Walaupun anda didiagnosis dengan masalah kesuburan, masih terdapat peratusan untuk mengalami kehamilan semula jadi. Umumnya, keadaan ini akan bergantung kepada punca ketidaksuburan yang anda alami.

Paling penting, anda harus mengetahui perbezaan antara ketidaksuburan dan kemandulan.

Ketidaksuburan didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk hamil setelah setahun hubungan seksual tanpa perlindungan berlangsung. 

Dengan masalah kesuburan ini, peratus kemungkinan untuk hamil adalah lebih rendah daripada populasi umum. Tetapi masih ada peluang untuk anda mengandung secara semula jadi.

Sebaliknya, masalah kemandulan adalah apabila anda tidak dapat mengandung atau menyebabkan pasangan hamil tanpa bantuan perubatan. 

Sebagai contoh, jika kedua-dua tiub fallopio seorang individu wanita telah dikeluarkan atau tersumbat sepenuhnya, itu merupakan keadaan melibatkan kemandulan. 

Manakala bagi individu lelaki, jika jumlah sperma adalah sifar atau dikenali sebagai azoospermia, bermakna dia mengalami masalah kemandulan. 

Mustahil untuk berlakunya kehamilan dalam kedua-dua keadaan di atas tanpa bantuan perubatan.

Rata-rata pasangan yang sukar hamil bukan tergolong dalam kategori kemandulan. 

Cuma ia melibatkan kuantiti sperma yang sedikit atau fasa ovulasi lemah. Pun begitu, masih ada peluang untuk berlakunya kehamilan secara semula jadi walaupun peluangnya rendah. 

pil kontraseptif

Apakah kemungkinan hamil walaupun mengalami masalah kesuburan?

Dalam satu penyelidikan, pasangan yang menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) diminta melakukan kajian soal selidik selepas 7 hingga 9 tahun.

 Soalan kaji selidik diberikan kepada pasangan yang mengandung selepas IVF dan tidak. 

Daripada 1,320 pasangan yang hamil dengan rawatan IVF, sebanyak 17% (218 pasangan) terus hamil secara semula jadi dalam tempoh tersebut.

Manakala daripada 814 pasangan yang tidak berjaya hamil selepas rawatan IVF, sejumlah 193 pasangan disahkan hamil secara spontan. 

Hasil kajian tersebut, penyelidik mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan serta mereka yang lebih muda cenderung untuk hamil tanpa bantuan perubatan selepas IVF. 

Dalam kajian lain mendapati kadar kehamilan spontan berlaku terhadap 21.6% pasangan yang hamil tanpa rawatan kesuburan selepas bertahun-tahun menjalani IVF.

Sebab perlunya pil kontraseptif selepas ketidaksuburan

Memilih untuk melakukan kaedah kawalan kelahiran atau pil kontraseptif selepas disahkan mempunyai masalah kesuburan mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima. 

Doktor telah mengatakan anda mengalami isu ketidaksuburan, untuk apa lagi mencegah kehamilan secara aktif?

Atau anda mungkin antara pasangan yang berdepan kesukaran untuk hamil, jadi mengapa perlu mencegah kehamilan sedangkan sudah lama berusaha mengandung?

Ini penjelasannya:

Bagi individu yang telah hamil sama ada dengan atau tanpa bantuan rawatan kesuburan, alasan untuk mengambil pil kontraseptif atau mencegah kehamilan secara aktif termasuklah:

  • Jarakkan kehamilan – pastinya anda tidak mahu mempunyai 2 orang anak kecil yang memerlukan perhatian dalam masa yang sama
  • Memutuskan untuk tidak menambah bilangan keluarga – sama ada anda hanya mahu mempunyai seorang atau 5 orang anak, pengambilan alat pencegah kehamilan adalah bantuan yang diperlukan
  • Berada dalam ketidakpastian – sekiranya anda masih tidak tahu sama ada inginkan anak yang ramai atau tidak, langkah pencegahan ini boleh membantu sehingga anda membuat keputusan
  • Keadaan perubatan terhadap kehamilan/ kelahiran – doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak hamil berikutan beberapa masalah kesihatan. Maka pengambilan ubat pencegahan pastinya dapat membantu walaupun anda disahkan tidak subur

masalah kemandulan

Manakala bagi pasangan yang belum hamil selepas disahkan mengalami masalah kesuburan, alasan untuk mencegah kehamilan dengan pengambilan pil kontraseptif adalah untuk:

  • Menenangkan diri – anda memerlukan masa yang banyak untuk pulih secara emosi daripada tekanan untuk mengandung. Ini terutamanya jika peluang kehamilan masih ada
  • Tidak mahu mempunyai anak – mungkin atas alasan peribadi, anda boleh memilih untuk menggunakan pencegahan kehamilan selepas disahkan tidak subur
  • Keadaan perubatan kehamilan/kelahiran – masalah kesuburan anda mungkin akan berubah. Tetapi doktor menyarankan anda untuk tidak hamil

Berdepan masalah kesuburan 

Perlu mengambil pil kontraseptif atau sebarang alat pencegah kehamilan selepas disahkan mempunyai masalah ketidaksuburan boleh menimbulkan rasa pelik dan aneh.

Rata-rata pasangan akan berasakan mungkin anda harus membiarkan keadaan tersebut setelah banyak usaha dilakukan. Tidak kurang juga yang berasa bersalah kerana secara aktif mencegah kehamilan. 

Anda tidak seharusnya berasa bersalah sama ada pencegahan yang dilakukan bersifat sementara atau selamanya.

Ia pastinya keadaan yang lebih baik daripada berdepan kehamilan mengejut yang mungkin mendatangkan risiko kepada kesihatan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta meningkatkan peluang untuk hamil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Cubaan Hamil, Kehamilan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

Dikatakan seorang wanita perokok pasif - dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok - boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Kehamilan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

Semua lelaki mengimpikan sperma berkualiti dan berkuantiti bukan? Kunci utamanya adalah semudah melakukan senaman! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Cubaan Hamil, Kehamilan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pil perancang keluarga

AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit PCOS dan kehamilan

Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
sebelum tidur

Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
tidak hamil

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan