backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Miss V Terasa Gatal-Gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 minggu lalu

    Miss V Terasa Gatal-Gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan!

    Miss V gatal memang mengganggu! Bahkan, sebilangan besar wanita mengalaminya pada suatu ketika dalam hidup mereka dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

    Apa yang memburukkan lagi keadaan, anda sendiri tidak tahu penyebab kemaluan gatal pada malam hari, siang, pagi atau petang…

    Miss V gatal mempunyai pelbagai sebab, ia mungkin berkait rapat dengan cara pencucian, alahan atau yang lebih ditakuti, jangkitan kelamin!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Jadi… mengapa miss V gatal?

    #1. Anda mengalami jangkitan yis

    Salah satu masalah yang paling biasa dialami wanita ketika mereka mengalami gatal-gatal pada faraj adalah jangkitan yis, menurut Dr Audra Williams, Penolong Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University of Alabama di Birmingham School of Medicine.

    Untuk pengetahuan pembaca, sekitar 75% wanita akan mengalami sekurang-kurangnya 1 jangkitan yis sepanjang hayat mereka.

    Jangkitan yis sama seperti namanya, membawa maksud pertumbuhan kulat di dalam faraj, di tempat yang tidak sepatutnya, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.

    Tambah Dr. Williams, kulat adalah organisma hidup yang menyebabkan jangkitan.

    miss v gatal
    Kegatalan pada alat kelamin wanita.

    Selain gatal-gatal, simptom jangkitan yis yang lain termasuk discharge yang tebal dan putih, seakan yogurt dan mengalami sensasi terbakar ketika anda kencing.

    Berita baik, terdapat banyak rawatan over-the-counter (OTC) jangkitan yis yang berkesan.

    Sekiranya gejala masih tidak hilang setelah rawatan awal, pastikan anda mengunjungi doktor ya!

    #2. Vaginosis bakteria

    Berbeza dengan jangkitan yis, vaginosis bakteria sebenarnya bukan jangkitan.

    Ia berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala, termasuk miss v gatal.

    Selain faraj gatal dan pedih, vaginosis bakteria sering menunjukkan simptom lain seperti keputihan berair yang berbau hanyir.

    Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, temui  doktor segera untuk mendapatkan preskripsi antibiotik yang akan membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj.

    #3. Miss V gatal sebab tukar sabun atau membeli seluar dalam baru

    Bibir faraj gatal, tetapi anda tidak mengalami sebarang gejala berkaitan jangkitan yis atau vaginosis bakteria.

    Mungkin kalian perlu berhenti sejenak dan bertanyakan diri soalan seperti:

    “Apa yang telah saya ubah dalam rutin kebersihan atau pakaian akhir-akhir ini?”

    miss v gatal
    Kegatalan pada alat sulit wanita.

    Ini kerana perubahan produk tertentu boleh menyebabkan kondisi yang disebut sebagai dermatitis kontak, di mana kulit anda bertindak balas terhadap alergen atau perengsa, seperti sabun, seluar dalam, losen, pewarna, detergen, atau bahkan tuala wanita.

    Menurut Dr. Williams, sebilangan wanita lebih sensitif terhadap produk dengan kandungan pewangi atau pewarna yang mencetuskan reaksi alergi.

    Setelah berjaya mengenal pasti perubahan baru yang menjadi punca miss V gatal, hentikan penggunaannya segera dan biasanya, masalah kegatalan akan mula reda.

    Bagi penggunaan seluar dalam pula, panties yang diperbuat daripada material 100% kapas amat disarankan, ini membolehkan faraj ‘bernafas’ dengan lebih baik.

    #4. Melalui fasa menopaus

    Bagi kaum Hawa yang sedang menghampiri atau berada pada usia di mana menopaus mula berlaku, menurut North American Menopause Society, kegatalan faraj mungkin akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid.

    Selepas menopaus, perubahan hormon para wanita alami boleh menyebabkan kekeringan faraj dan penipisan kulit, yang disebut atrofi faraj (vaginal atrophy).

    Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba pelembap faraj OTC, yang tersedia dalam bentuk krim dan suppository (objek dimasukkan ke dalam badan, selalunya di bahagian rektum).

    #5. Anda mungkin mengalami… jangkitan kelamin!

    faraj
    Punca faraj rasa gatal atau pedih.

    Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) masih merupakan antara pemicu yang difikirkan oleh pakar sakit puan apabila anda mengalami masalah miss v gatal.

    Satu jenis jangkitan kelamin khususnya, adalah trichomoniasis atau Trich, disebabkan oleh parasit Trichomoniasis vaginalis dengan anggaran sebanyak 3.7 juta orang di A.S. dijangkiti, menurut CDC.

    Tambah Dr. Williams lagi, trichomoniasis cenderung menyebabkan lebih banyak keputihan dan gejala faraj.

    Rawatan trich terdiri daripada ubat oral dan berupaya untuk sembuh dengan cepat sebaik sahaja anda mula mengambilnya, walaupun anda boleh dijangkiti semula.

    Terdapat 5 punca utama alat kelamin wanita jadi gatal termasuk:

    • Jangkitan yis
    • Jangkitan kelamin
    • Vaginosis bakteria
    • Intoleransi produk
    • Menopaus

    Sekiranya ragu-ragu, lakukan pemeriksaan!

    Memerhatikan sama ada gatal di bibir kemaluan pada wanita dialami bertambah baik atau sebaliknya usai rawatan adalah amat penting.

    Jika masalah miss v gatal masih berlarutan, segera lakukan konsultasi bersama doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah yang lebih serius yang perlu dikenal pasti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan