“Boleh Ke Guna Jamu Selepas Bersalin?”, Keluh Ibu Resah. Ini Kami Jawabkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wujud ke produk jamu selepas bersalin yang bagus?

Kita selalu dengar perihal penggunaan produk ini namun adakah ia mampu memberikan kesan fisiologikal yang baik bagi mereka yang sedang dalam tempoh berpantang?

Baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selamat atau tidak guna produk jamu?

Sukar untuk kita katakan adakah penggunaan jamu dapat memberikan kesan positif kepada wanita berpantang.

Ini berikutan ia mengambil masa yang agak lama berbanding dengan ubat terkawal untuk menunjukkan sebarang kesan (sekiranya ada).

Penggunaan barang-barang terlarang di dalam jamu merupakan tindakan yang dianggap terdesak bagi segelintir penjual untuk meyakinkan pembeli akan keberkesanan jamu. 

Penjual bukan sahaja bakal terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang malah pembeli juga berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang kadang kalanya boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati.

Hal ini semakin lama semakin berleluasa berikutan sikap pembeli yang menginginkan ubat idaman yang mampu memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat. 

Sebagai pengguna, sudah semestinya anda ingin menggunakan produk jamu selepas bersalin yang bagus.

Pihak penjual menjadi semakin rakus dalam menyaingi penjual yang lain bagi memastikan produk mereka laris di pasaran.

Ini menimbulkan pelbagai jenis permasalahan seperti: 

bersalin

Kini, terdapat pelbagai jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengguna yang mengesan kewujudan produk-produk seperti ini.

Nombor pendaftaran produk yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh disemak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Namun, usaha bagi membanteras penjualan produk yang tidak disahkan oleh KKM atau penggunaan bahan terlarang adalah bergantung kepada pengguna.

Kesan sampingan penggunaan produk jamu!

Walaupun ada sebahagian produk jamu itu telah diluluskan oleh KKM, ia tidak bermakna keberkesanan produk tersebut telah terbukti.

Memang penjual produk akan memberitahu anda bahawa mereka menjual produk jamu selepas bersalin yang bagus disertakan dengan nombor pendaftaran KKM.

Namun, berbanding dengan kategori ubat lain seperti ubat terkawal, ubat tanpa preskripsi dan suplemen kesihatan, keberkesanan ubat tradisional seperti jamu dan majun tidak terjamin.

Pendaftarannya bertujuan bagi memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut seperti:

  • Ubat tahan sakit
  • Ubat steroid
  • Ubat kencing manis

Penggunaan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:

  • Masalah gastrik
  • Pendarahan di dalam perut kesan daripada penggunaan ubat seperti ubat anti-inflammatori bukan steroid dalam jangka masa yang lama
  • Kerosakan organ buah pinggang
  • Sindrom Steven-Johnson
  • Kabur penglihatan
  • Sindrom Cushing
  • Lebam pada badan
  • Hipertensi
  • Kebengkakan 
  • Peningkatan selera makan dan berat badan

Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan ubat yang digunakan di dalam jamu itu berasal daripada senarai ubat yang telah diluluskan oleh KKM?

Ini berikutan dos yang digunakan oleh sesetengah pengeluar berbeza.

Ada juga bahan lain yang boleh memberikan interaksi kimia jika dicampurkan dengan bahan aktif yang digunakan untuk membuat ubat terkawal atau ubat tanpa preskripsi, sekali gus menyebabkan kesan negatif kepada pengguna.

bersalin

Anda mungkin melayari pelbagai jenis laman web bagi mencari produk jamu selepas bersalin yang bagus.

Namun, jika keselamatannya tidak dijamin oleh KKM melalui pendaftaran produk tersebut, anda mungkin berisiko untuk mengalami kesan sampingan serius melibatkan organ dalaman.

Undang-undang di Malaysia berkaitan penjualan produk ini

Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Jualan Dadah 1952 merupakan undang-undang berkaitan produk farmaseutikal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.

Ia bagi memastikan penjualan produk yang tidak dikeluarkan oleh KKM didaftarkan dan diperiksa terlebih dahulu dalam aspek keselamatan dan kualiti bahan.

Menurut laman sesawang KKM, jika dilaporkan oleh pengguna, penjual boleh disabitkan kesalahan seperti berikut:

  • Bagi produk tidak berdaftar atau mempunyai bahan larangan, penjual boleh didenda RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
  • Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jumlah denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali
  • Pemilik syarikat pengeluar produk boleh didenda RM50,000 pada kesalahan pertama dan RM100,000 pada kesalahan berikut

Bukan pengguna sahaja perlu memeriksa kualiti bahan ubat serta memastikan ia tidak mempunyai unsur-unsur ubat terlarang, agen penjual juga perlu memahami dan mengetahui maklumat tersebut.

Ia bagi mengelakkan dakwaan terhadap diri anda sebagai agen yang menjual produk tersebut.

Jadi, sila lebih berwaspada sekiranya kalian ingin membeli dan mengguna sebarang produk jamu selepas bersalin!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Urologi, Masalah Pundi Kencing 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Tengok Cermin Ketika Bersalin? Bukan Saja Buat Ibu Lebih Semangat Nak MENERAN, Ada Manfaat Lain!

Saat bersalin adalah momen besar wanita dan menjadikan pengalaman ini kekal di ingatan. Namun bagaimana jika si ibu dapat melihat dari sudut bahagian intim?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Kelahiran Bayi 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Seks Semasa Hamil Trimester Ketiga Mudahkan Bersalin? Baca Ini Sebelum Percaya!

Ada orang percaya bahawa seks merupakan salah satu cara cepat bersalin 39 minggu atau trimester terakhir kehamilan. Jom klik untuk tahu kesahihannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

koyakan faraj

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
melahirkan anak kedua

Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan