backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2022

    Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

    Ramai wanita mengalami perut kembung ketika datang haid, terutamanya sebelum ‘datang bulan‘ dan juga semasa permulaan haid.

    Mempunyai perut kembung ketika haid amat tidak menyelesakan dan boleh memberikan kesan kepada keyakinan diri seseorang wanita.

    Ini kerana para wanita sering berasa bahawa mereka telah ‘naik badan’ atau memiliki perut yang besar dan buncit.

    Pada momen ini, banyak pakaian dan seluar yang terpaksa diabaikan kerana saiz perut yang agak jelas kelihatan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

    Perut kembung ketika datang haid

    Secara amnya, perut yang kembung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

    Ia boleh disebabkan oleh faktor tabiat pemakanan, diet dan ini termasuklah perubahan hormon. Namun punca utama bagi masalah ini ialah faktor turun naik hormon di dalam badan.

    Perut kembung ketika datang haid ini dikenali sebagai fasa luteal kitaran haid yang menjadi faktor terbesar terjadinya masalah yang mengganggu kebanyakan wanita.

    Secara umum, tempoh fasa ini boleh berlanjutan selama 2 minggu diikuti oleh proses ovulasi.  Ketika ini, lapisan rahim bersedia bagi kemungkinan untuk kehamilan terjadi.

    Lapisan uterus adalah lapisan yang dikeluarkan dalam proses haid, dan akan dilepaskan apabila tiba waktunya.

    Bagi menyediakan badan anda, hormon wanita iaitu estrogen pada mulanya akan berkurangan dan akan mula meningkat lalu kekal pada tahap yang tinggi.

    Hormon progesteron juga akan meningkat dan apabila digabungkan dengan kehadiran hormon-hormon lain, terjadilah kondisi water retention atau retensi cecair yang menyebabkan perut kembung.

    Namun begitu, terdapat berita baik bagi kaum Hawa kerana simptom-simptom ini dapat dikurangkan dengan melakukan beberapa tip yang akan dikupas dalam artikel ini.

    Tip memperbaiki dan mencegah perut kembung ketika datang haid:

    Disebabkan perkara ini dicetuskan oleh hormon-hormon yang hadir ketika kitaran haid, antara cara pengurangan dan pencegahan yang dapat dilakukan adalah dengan mengawal faktor-faktor luaran yang menyumbang kepada masalah ini.

    Antara tip yang boleh anda amalkan adalah:

    • Kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan

    perut kembung ketika datang haid

    Penggunaan garam akan menambahkan lagi water retention ketika haid apabila badan anda menerima jumlah garam yang lebih daripada amaun yang dapat dibuang.

    Tubuh kita menggunakan sejumlah tenaga simpanan besar yang berusaha untuk memetabolismekan natrium tambahan, lalu menyukarkan  sistem pembuangan.

    Oleh itu, air tidak dapat dikeluarkan dan akan terkumpul di kawasan yang tertentu seperti perut. Ini kemudiannya menyebabkan perut kembung ketika datang haid.

    • Kekal hidrat

    Hal ini mungkin kelihatan berlawanan dengan intuitif tetapi apabila badan anda menentukan bahawa ia telah terhidrasi, ia akan menempel pada jumlah air yang ada lalu mengelakkan perkumuhan.

    Oleh itu, lebih banyak jumlah air yang akan kekal di dalam sistem badan anda daripada kebiasaan, terkumpul pada kawasan-kawasan yang tertentu.

    Kurangkan pengambilan teh dan kopi

    Minuman-minuman yang disebut ini seperti kopi dan teh akan memetabolisme ke bahagian hati.

    Hati merupakan organ yang berfungsi dalam menapis hormon-hormon yang tidak perlu namun apabila ia didatangi oleh toksik-toksik lain, hati akan lebih sukar untuk berfungsi.

    Pengambilan gula dalam pemakanan harus dikurangkan

    Ini kerana gula secara langsung akan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

    Kandungan gula yang berlebihan akan menyebabkan kelenjar adrenalin untuk membebaskan lebih banyak hormon agar dapat dimetabolismekan dan menyimpan kandungan gula secara lebih baik.

    Hormon-hormon yang dilepaskan itulah akan menyebabkan ketidakseimbangan lalu memberikan kesan kepada hormon yang lain, terutamanya yang menyebabkan berlakunya water retention.

    • Melakukan senaman

    perut kembung ketika datang haid

    Aktiviti bersenam akan dapat membantu peredaran darah lalu mampu mengurangkan kembung perut.

    Selain itu, bersenam akan membantu dalam menguatkan dinding-dinding perut dan ini akan  mengurangkan kekembungan dan perut anda yang ‘berangin’ itu.

    Mengamalkan pemakanan yang sihat

    Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, pemakanan yang cukup zat dan bernutrisi memberikan banyak manfaat pada kesihatan diri.

    Menambahkan elemen-elemen hijau dan buah-buahan segar dalam diet anda ternyata dapat membantu dalam mengawal perut kembung ketika datang haid.

    • Pengambilan suplemen membantu dalam masalah perut kembung ketika datang haid

    Mineral dan vitamin boleh bantu mengurangkan water retention, terutamanya vitamin B kompleks.

    Suplemen-suplemen ini bertanggungjawab dalam pelbagai proses fisiologi yang membantu metabolisme selular.

    Selain itu, suplemen menyumbang dalam menyeimbangkan elektrolit, yang dapat mempengaruhi pengeluaran air kencing dan retensi cecair.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan