Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai yang kena buang kerja sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Bahkan sekarang pun, tatkala negara sedang menempuhi tempoh pemulihan ekonomi, masih ada individu yang kena buang kerja dan ramai juga yang dipotong gaji.

Keadaan ini boleh mempengaruhi hala tuju, kualiti hidup dan bebanan yang ditanggung oleh individu terbabit.

Mereka yang telah dibuang kerja susah untuk mendapatkan kerja baharu dalam masa terdekat.

Malahan, faktor lain seperti risiko mendapat jangkitan COVID-19 dan ketidakupayaan untuk keluar rumah kerana faktor tertentu boleh mendedahkan anda kepada masalah mental seperti kemurungan.

Memang sukar untuk kita hadapi stres kena buang kerja. 

Namun ada langkah yang boleh bantu anda kekal positif bagi memelihara kesihatan mental sepanjang tempoh PKP fasa pemulihan ini.

Kajian berkaitan dengan kena buang kerja dan masalah kesihatan mental

kena buang kerja

Stigma kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, penggunaan bahan terlarang dan rasa ingin bunuh diri masih wujud dalam kalangan masyarakat.

Ia merupakan permasalahan yang tidak menunjukkan tanda jelas, maka ramai yang mudah untuk terlepas pandang akan hal ini.

Lebih teruk lagi, sepanjang musim PKP, faktor seperti hilang kerja, kurang aktiviti sosial dan takut dijangkiti virus boleh menyebabkan kesihatan mental terjejas.

Banyak kajian telah menunjukkan, mereka yang kehilangan pekerjaan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah kemurungan dan keresahan.

Ekonomi Dibuka Semula, Ini 9 SOP Umum Perlu Patuhi Di Tempat Kerja

Faktor berikut boleh menyebabkan tahap kesihatan psikologi anda terjejas.

  1. Tiada hala tuju yang jelas setelah kena buang kerja.
  2. Alami kesukaran untuk menanggung kos keperluan asas peribadi/keluarga.
  3. Tiada/kurang interaksi sosial boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental individu.
  4. Kebanyakan individu tidak boleh beradaptasi dengan baik sepanjang tempoh kena buang kerja seperti minum alkohol, ambil dadah terlarang dan sebagainya.
  5. Kekurangan wang atau sumber keperluan lain bagi mengekalkan tahap kesihatan mental.

Bagi mengelakkan isu kesihatan mental daripada terus menjadi teruk selepas dibuang kerja, anda perlu mengenal pasti beberapa isu seperti:

  1. Hakikat atau realiti anda tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan.
  2. Perasaan atau sebarang tekanan yang timbul setelah anda dibuang kerja.

Langkah atau pilihan yang ada semasa anda sedang menganggur

kena buang kerja

Setiap perkara mempunyai sisi positif dan negatif yang tersendiri.

Anda mungkin hilang pekerjaan, namun, ia tidak bermakna tiada ruang dan peluang yang menunggu.

Kebanyakan individu jatuh terduduk selepas mendapat notis dibuang kerja.

Apa yang perlu anda pelajari sekarang adalah cara untuk bangun bagi mengelakkan situasi semasa menjadi bertambah teruk.

Antara pilihan yang boleh diambil adalah:

  1. Cari peluang pekerjaan yang lain. Tidak kiralah jika anda hendak mencari ruang bekerja di syarikat lain atau anda ingin menjalankan projek sendiri, ada banyak cara anda boleh mula bekerja sendiri.
  2. Pantau perbelanjaan semasa dengan lebih ketat. Pastikan anda tidak berbelanja pada perkara yang tidak patut. Potong mana yang tidak perlu dan belajar untuk jadi lebih cermat.
  3. Sambung belajar. Ambil peluang untuk sambung belajar atau sertai kelas online bagi memperkayakan diri dengan kemahiran baharu. Semakin tinggi penguasaan anda terhadap sesuatu bidang, semakin banyak peluang yang tersedia.
  4. Mohon sebarang bentuk bantuan untuk mengurangkan komitmen bulanan anda. Jika anda mempunyai hutang peribadi dengan bank atau pihak ketiga yang berlesen, berbincanglah dengan mereka agar ia tidak mempengaruhi tahap kesukaran anda menguruskan kewangan.
  5. Kemas kini maklumat resume sebelum memohon pekerjaan lain. Sedikit sebanyak ia boleh bantu meningkatkan kebolehpasaran anda untuk mencari pekerjaan.

Anda mungkin berminat:

Jaga kesihatan mental selepas kena buang kerja

pkp

Ia bukan sahaja melibatkan stres dan tekanan selepas dibuang kerja. Anda perlu menjaga kesihatan fizikal sebaiknya.

Bak kata pepatah, ‘otak yang cerdas ada pada badan yang cergas’.

Antara langkah yang boleh diamalkan adalah:

  1. Jaga pengurusan diri supaya jadi lebih teratur.
  2. Kekalkan interaksi sosial dengan sahabat handai dan ahli keluarga.
  3. Rancang aktiviti harian.
  4. Pastikan anda bersenam mengikut saranan semasa. Seminggu, luangkan sekurang-kurangnya 150 minit bagi melakukan senaman.
  5. Elak menggunakan teknik adaptasi tidak sihat seperti makan tidak terkawal dan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan.
  6. Jika anda perlukan bantuan profesional, jangan teragak-agak untuk mendapatkan perkhidmatan pusat kesihatan berhampiran.

Konklusi

Anda perlu tahu cara untuk mengawal emosi selepas kena buang kerja.

Sepanjang tempoh PKP, oleh sebab banyak syarikat mengalami kemelesetan ekonomi, mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dan hal ini termasuklah tenaga kerja.

Jika dibuang kerja, ingatlah, ia tidak semestinya mempunyai kaitan dengan prestasi kerja anda.

Sebaliknya, tukar perspektif ke arah yang lebih positif. Mungkin ada peluang yang lebih baik untuk diterokai berbanding dengan pekerjaan anda yang terdahulu?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Selepas PKP, lebih ramai rakyat Malaysia yang ambil berat terhadap kesihatan diri. Tambah lagi, ramai yang makin cakna menggunakan teknologi telekesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Berita, Berita Tempatan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Benarkah topeng muka kain tidak efektif dan boleh mengakibatkan kes positif COVID-19 meningkat semula? Ini yang anda perlu tahu kalau tak nak PKP berulang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Penggunaan sanitizer boleh menggantikan air dan sabun bagi membasmi virus korona baharu. Namun, adakah produk baharu yang dikeluarkan selamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 06/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pelitup muka

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
coronavirus di malaysia

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
wang simpanan

Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
penghantaran makanan

Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan