backup og meta

Dah Plan Bercuti Masa PKPP Ini? Kalau Nak Tempah Hotel, Ikut 9 Langkah Ini Elak COVID-19

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/08/2020

    Dah Plan Bercuti Masa PKPP Ini? Kalau Nak Tempah Hotel, Ikut 9 Langkah Ini Elak COVID-19

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah bermula, maka lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi termasuklah hotel di Malaysia.

    Semakin banyak hotel di Malaysia kini telah bersedia menyambut kedatangan pelancong tempatan untuk bercuti dalam Malaysia.

    Namun, ramai juga yang menyuarakan kebimbangan, adakah selamat untuk bercuti pada ketika ini walaupun sekadar bercuti dalam Malaysia?

    Antara kerisauan utama bakal pelancong adalah persediaan hotel di Malaysia untuk menyambut kehadiran tetamu. 

    Di Malaysia, berikut adalah statistik semasa kes COVID-19:

    [covid_19]

    Adakah selamat untuk saya check-in hotel di Malaysia ketika pandemik COVID-19 ini?

    bercuti dalam malaysia

    Mengikut panduan melancong ketika pandemik yang dikeluarkan oleh Center for Disease Control (CDC), langkah terbaik yang sepatutnya diambil pada ketika ini adalah dengan kekal duduk di rumah.

    Apatah lagi jika anda sedang tidak sihat, atau mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat, anda semestinya amat digalakkan untuk berada di rumah sahaja. 

    Namun, jika anda benar-benar ingin bercuti dalam Malaysia dan check-in di hotel, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius.

    #1. Peluang untuk mempunyai kontak dengan individu lain

    Hotel biasanya dipenuhi dengan ramai pelancong, apatah lagi dengan promosi dan diskaun yang dilakukan pasca PKPB.

    Memandangkan virus COVID-19 tersebar dengan hanya titisan air di udara, hotel-hotel penginapan boleh menjadi antara lokasi hotspot untuk anda lebih mudah dijangkiti oleh virus ini. 

    Baca juga:

    #2. Kakitangan housekeeping hotel

    Mungkin anda terfikir, anda akan selamat dengan hanya berkurung di dalam bilik hotel dan tidak mempunyai kontak langsung dengan pelancong lain di hotel.

    Namun, anda mungkin tidak sedar kemungkinan agen pembawa kuman dari bilik ke bilik di hotel tersebut. Sebagai contoh, staf housekeeping.

    Staf housekeeping ini akan masuk ke setiap bilik bagi tujuan pengemasan bilik.

    Cuba bayangkan jika salah satu bilik di hotel tersebut dihuni oleh mereka yang dijangkiti? Risiko untuk anda dijangkiti akan menjadi lebih tinggi.

    #3. Kunci atau kad akses bilik hotel di Malaysia 

    Kunci atau kad akses bilik menjadi antara benda yang paling banyak disentuh atau bertukar tangan di hotel penginapan.

    Sebelum anda check-in, mungkin telah ada ratusan individu lain yang menyentuh kunci atau kad akses tersebut.

    Memandangkan jangka hayat virus COVID-19 ini boleh bertahan agak lama di luar tubuh manusia, tidak mustahil jika ia masih ada pada kad akses tersebut jika telah disentuh oleh individu yang dijangkiti. 

    Jadi, apakah langkah berjaga-jaga untuk elak COVID-19 ketika menginap hotel di Malaysia?

    Jika anda tiada tempat penginapan lain dan benar-benar perlu check-in hotel di Malaysia ketika bercuti, ini adalah antara perkara atau tip pencegahan jangkitan yang boleh anda praktikkan.

    #1. Pakai topeng muka sepanjang melancong

    Anda disarankan untuk memakai topeng muka sepanjang masa sewaktu keluar rumah, sesuai dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Pemakaian topeng muka ini bukan hanya perlu dilakukan sewaktu mendaftar masuk ke hotel, tetapi juga sebelum anda memulakan perjalanan percutian anda. 

    Artikel berkaitan:

    #2. Gunakan tanda ‘Don’t Disturb

    Untuk mengurangkan risiko kontak dengan individu lain seperti staf housekeeping, elakkan mereka daripada memasuki bilik tidur anda dengan menggunakan tanda ‘Don’t Disturb’ yang disediakan oleh pihak hotel.

    Gantungkannya di luar tombol pintu bilik anda pada waktu pagi kerana housekeeping akan datang pada waktu siang untuk mengemas bilik. 

    #3. Bawa barangan disinfeksi anda sendiri walaupun dalam hotel di Malaysia

    Anda disarankan untuk sentiasa membawa hand sanitizer ke mana sahaja anda pergi ketika bercuti dalam Malaysia.

    Selain itu, anda juga boleh membawa penyembur disinfektan untuk menyahkuman di mana-mana permukaan yang mudah terdedah kepada sentuhan.

    #4. Lakukan nyahkuman pada permukaan ini

    bercuti dalam malaysia

    Penyahkuman perlu dilakukan pada permukaan-permukaan yang kerap disentuh, walaupun dalam bilik hotel anda.

    Ini termasuklah tombol pintu di bahagian luar dan dalam, suis lampu, pili tandas, pengepam tandas, kunci dan pemegang tingkap serta alat kawalan jauh TV dan pendingin hawa.

    Anda juga boleh mengelap permukaan meja dan kerusi sebelum menggunakannya.

    #5. Tempah makanan secara servis bilik

    Untuk mengurangkan risiko kontak dengan individu lain, elakkan makan di restoran atau kafe di dalam hotel.

    Anda boleh sahaja menikmati makan malam anda dengan menempah makanan secara room service yang akan dihantar ke bilik anda. 

    #6. Kerap cuci tangan anda

    Jika anda ada menyentuh butang lif, pemegang eskalator atau pemegang pintu, segeralah mencuci tangan anda dengan menggunakan air bersih dan sabun selama 20 saat.

    Jika tidak berkesempatan, gunakan hand-sanitizer yang anda bawa bersama ke mana-mana.

    bercuti di malaysia

    Kesimpulan

    Tip yang dikongsikan ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga tambahan untuk anda sebagai pelancong.

    Kami percaya, pihak pengurusan hotel juga telah bersedia dan berusaha sedaya upaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 sewaktu menerima kedatangan pelancong yang bercuti dalam Malaysia. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan