Kuman tersebut boleh beralih ke tangan kemudiannya muka setiap kali berlakunya sentuhan.
Menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Kebersihan Pekerjaan dan Persekitaran, secara puratanya, 10 subjek terlibat menyentuh muka sebanyak 16 kali dalam masa sejam.
Perkara ini turut disokong melalui kajian yang dibuat melibatkan 26 pelajar daripada Wales Selatan.
Mereka menyentuh muka sebanyak 23 kali dalam masa sejam. Hampir separuh daripada sentuhan dibuat dengan hidung, mata dan mulut.
Melalui model sentuhan ini, kita boleh simpulkan, sentuhan dengan wang yang beralih tangan daripada individu berjangkit boleh menyebabkan penularan wabak.
Artikel berkaitan:
Beberapa negara di seluruh dunia telah menggalakkan rakyat mereka untuk berhenti menggunakan wang kertas dan syiling untuk menghentikan wabak jangkitan.
Muzium Louvre di Paris tidak lagi menerima wang tunai dan Iran telah menggalakkan rakyatnya untuk berhenti menggunakan transaksi tunai.
Berbanding guna duit kertas, adakah transaksi tanpa tunai boleh hindar virus korona?

Pelbagai jenis aplikasi eDompet telah dicipta bagi memudahkan urusan tunai tanpa menggunakan wang fizikal.
Namun penggunaannya di Malaysia belum lagi meluas. Sistem transaksi ini dianggap leceh dan tidak semudah urusan pertukaran wang fizikal semasa urusan jual beli.
Persoalannya, adakah penggunaan eDompet boleh menghindarkan penularan wabak virus korona?
Artikel berkaitan:
Jawapan ringkasnya? Tidak semestinya begitu. Penggunaan eDompet memerlukan telefon pintar.
Semua individu sudah sedia maklum telefon pintar merupakan peranti yang paling kotor jika dilihat pada sudut mikrobiologi.
Syarikat Proporta yang menjual bahan aksesori telefon pernah membuat kajian berkenaan dengan hal itu.
Menurutnya, secara purata, setiap telefon yang dibawa mempunyai 25,127 kuman per inci persegi.
Tangan yang menyentuh bahan yang tercemar dengan virus korona baharu boleh menjadi medium pengantara yang menyebabkan telefon anda tercemar. Untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan fakta dan mitos berkenaan jangkitan COVID-19, sila lihat infografik di bawah ini.

Adakah ini bermaksud penggunaan bayaran eTunai boleh menyebarkan jangkitan kuman? Tidak sama sekali.
Walaupun individu yang mempunyai telefon pintar berisiko untuk mendapat jangkitan wabak, namun tiada peralihan virus semasa proses transaksi.
Berbeza dengan duit, transaksi eDompet tidak memerlukan peralihan telefon ke tangan penjual.
Mereka hanya perlu mengimbas kod QR atau melakukan transaksi pemindahan wang menggunakan bank di atas talian.
Tiada proses peralihan wang yang berlaku di antara dua individu. Ini bermakna risiko penularan jangkitan itu juga berada pada tahap yang rendah.
Namun ia tidak mengurangkan risiko pemilik telefon pintar tersebut untuk terkena jangkitan virus memandangkan peranti tersebut bertindak sebagai fomit (objek yang tercemar oleh kuman) yang mampu menyebarkan virus korona baharu.
Penggunaan aplikasi eTunai di Malaysia

Meskipun penggunaan duit kertas boleh menggalakkan penyebaran virus korona, tapi majoriti rakyat di Malaysia masih selesa menggunakan wang fizikal dalam transaksi harian. Pembayaran secara atas talian hanya dikhususkan untuk perkara tertentu sahaja.
Namun, tidak dapat dinafikan kebanyakan servis yang ada di Malaysia sudah menyediakan akses kepada sistem pembayaran menggunakan kad.
Jika dilihat secara praktikalnya, ia tidak mampu membendung jangkitan virus korona memandangkan jurujual sering mengambil kad tersebut semasa proses pembayaran.
Artikel berkaitan: