#1. Kenal pasti ciri-ciri orang toxic friend yang menjadikan anda sebagai mangsa atau sasaran mereka
Pertama sekali, ingatlah bahawa dengan menilai ciri diri anda tidak bermakna anda sememangnya salah dan membenarkan individu lain untuk sentiasa menyalahkan anda.
Adakalanya, sikap anda yang bersifat ‘melayan’ menjadikan diri anda sebagai sasaran mudah orang perangai toksik ini untuk melepaskan kemarahan dan vibe negatif mereka.
Ini kerana anda kelihatan seperti terlalu baik atau tidak mempunyai pendirian yang kukuh.
Lebih baik jika anda kelihatan mempunyai pendapat, pendirian atau jati diri yang kukuh agar rakan sekerja toksik ini tidak sewenang-wenangnya mempergunakan anda.
#2. Percayakan perasaan dan naluri anda sendiri
Ada individu yang terpaksa berada dalam perhubungan rakan sekerja yang bersifat toksik kerana mereka kurang percayakan diri mereka sendiri.
Mereka cuba untuk merasionalkan kelakuan toksik rakan sekerja mereka atau sering memberikan peluang yang tidak berasas.
Inilah saat di mana anda sepatutnya berhenti daripada bertindak sebegitu. Anda tidak boleh sering memaafkan kelakuan mereka atau sentiasa berfikiran positif sepanjang masa terhadap kelakuan negatif mereka.
Memberikan peluang itu sememangnya baik, tetapi perlulah ada hadnya agar tidak wujud keadaan di mana ‘mereka memijak kepala anda’.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen