Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda rabun? Tetapi keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau kanta lekap? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.

Cermin mata

Terdapat 2 jenis cermin mata. Cermin mata penglihatan tunggal membetulkan masalah jarak jauh, manakala kaca mata multifocal membantu masalah jarak dan isu penglihatan dekat, seperti membaca.

Kanta multifocal terdapat dalam pelbagai bentuk:

  • Bifocal mempunyai pembetulan pada bahagian atas lensa untuk jarak dan separuh bawah lensa dikhaskan untuk membaca
  • Trifocal mempunyai 3 bahagian. Terdapat separuh bahagian atas untuk jarak, bahagian bawah untuk membaca, dan kawasan ketiga di antara keduanya untuk penglihatan tengah
  • Lensa progresif adalah gabungan bifocal dan trifocal tanpa garis pemisah. Mereka mempunyai peralihan yang lancar antara kawasan penglihatan

Dahulu, lensa sering diperbuat daripada kaca. Kini, kebanyakannya diperbuat daripada plastik.

Ini kerana, kanta plastik lebih ringan dan boleh dirawat dengan lapisan untuk melindungi mata. Tetapi material ini lebih cenderung berhadapan dengan masalah calar berbanding kanta kaca.

Jenis-jenis cermin mata yang lain dapat memenuhi keperluan khusus:

  • Kanta polikarbonat atau Trivex sangat bagus untuk bermain sukan
  • Kanta indeks tinggi menawarkan pembetulan visual tambahan. Kanta plastik ini lebih nipis dan lebih ringan daripada lensa yang standard

Kelebihan memakai kaca mata

kesan memakai cermin mata

Seperti yang kita tahu, penggunaan cermin mata cukup mudah dan tidak memerlukan pembersihan khas mahupun penjagaan yang spesifik.

Selain itu, anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk bingkai yang sesuai dengan gaya dan bentuk muka anda.

Selain itu, anda juga tidak perlu menyentuh mata dan boleh menanggalkan cermin mata anda dengan mudah dan meletakkannya pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Kekurangan memakai kaca mata

Cermin mata boleh ‘memutarbelitkan’ penglihatan, terutama di tepi lensa jika anda mempunyai power atau astigmatisme yang kuat.

Di samping itu, segelintir individu mungkin tidak suka rasa berat di sekitar hidung atau tekanan pada telinga.

Sebilangan individu pula mungkin tidak menyukai cara mereka kelihatan dengan pemakaian cermin mata.

Banyak orang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan lensa progresif.

Ditambahkan lagi dengan masalah kabus apabila beralih suhu dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun terpercik dalam hujan- ini boleh menjengkelkan si mata empat ini.

Pemakaian kaca mata juga kurang sesuai apabila terlibat dengan aktiviti fizikal terutamanya yang lasak seperti bermain bola, ragbi dan sebagainya.

Kanta lekap

Kanta lekap atau contact lens adalah cakera plastik atau kaca nipis yang terletak tepat di mata anda untuk membetulkan penglihatan.

Terdapat 2 jenis kanta lekap iaitu lembut dan keras, juga disebut sebagai rigid glass permeable.

Kanta lekap yang lembut, diperbuat daripada plastik lembut, merupakan jenis yang paling popular dalam kalangan pengguna.

Ini kerana, jenis contact lens ini dikatakan lebih selesa berbanding dengan yang keras kerana mampu mengandungi lebih banyak kandungan air dan tidak menyentuh kornea.

Terdapat beberapa jenis contact lens lembut, antaranya:

  • Kanta pakai harian: Anda memakainya pada siang hari dan membersihkannya pada waktu malam. Anda akan menggantinya mengikut jadual yang dicadangkan oleh doktor mata
  • Daily disposables: Anda hanya memakainya sekali dan membuangnya
  • Extended-wear lenses: Anda boleh memakainya semalaman dan hanya mengeluarkannya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk tujuan membersih

Bagi kanta lekap keras, ia tahan lebih lama berbanding yang lembut. Ia juga mungkin lebih senang dijaga tetapi boleh menjadi kurang selesa bagi para pemakai.

Selain itu, kanta lekap keras sering memberikan penglihatan yang lebih baik untuk masalah astigmatisme (apabila mata anda lebih bujur daripada bulat) dan boleh menjadi pilihan yang baik jika anda mempunyai alahan.

Kelebihan memakai kanta lekap

Kanta Lekap Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya - cara pemakaian

Ia mampu memberi anda penglihatan yang lebih semula jadi berbanding memakai kaca mata.

Tambahan itu, kanta lekap juga dapat bergerak seiring dengan mata anda, dan tidak akan menghalang penglihatan.

Berbeza dengan cermin mata, pemakai contact lens juga tidak akan bergelut dengan masalah kabus pada kanta atau basah ketika hujan mahupun cuaca sejuk.

Ia juga sesuai digunakan apabila bersukan kerana tidak akan menghalang anda apabila melakukan aktiviti fizikal.

Kekurangan memakai kanta lekap

Kanta lekap sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih banyak dan cerewet berbanding cermin mata.

Ini kerana, anda mesti membersihkn dan menyimpannya dengan cara yang betul.

Anda boleh mendapat jangkitan mata yang serius jika tidak mengamalkan rutin pembersihan dengan baik atau tidak mencuci tangan sebelum memakainya.

Sekiranya anda mempunyai masalah astigmatisme yang tinggi, penglihatan anda mungkin menjadi kabur apabila lensa bergerak.

Kanta lekap, cermin mata… atau kedua-duanya?

Untuk menentukan sama ada pemakaian kanta lekap atau cermin mata yang lebih sesuai untuk anda, hanya anda yang boleh membuat keputusan!

Ia terpulang kepada pilihan peribadi masing-masing, kerana segelintir individu mungkin tidak mahu terikat dengan rutin pembersihan kanta lekap, maka mereka lebih rela memakai kaca mata.

Manakala bagi sesetengah orang pula, mereka inginkan kebebasan terutamanya apabila bersenam atau bersukan, justeru lebih cenderung untuk memilih kanta lekap.

Apa pun pilihan anda, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata terlebih dahulu untuk mengetahui pilihan mana yang paling sesuai ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kanta Lekap: Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya

Tidak kira apa pun alasan anda memakai kanta lekap, persoalan utama, adakah anda mengetahui cara penjagaannya dan risiko pemakaian yang mungkin anda hadapi? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Tips Kesihatan 23/08/2019 . 10 minit bacaan

Eyelash Extension: Trend Cantik Berisiko Memudaratkan

Mendapatkan bulu mata yang panjang dan lentik sudah pasti menjadi keinginan setiap wanita. Jika dahulu, maskara menjadi salah satu aksesori penting dalam beg solek bagi memastikan bulu mata kekal rapi, namun berbeza ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 16/01/2019 . 2 minit bacaan

Bahaya Menggosok Mata!

Seseorang biasanya mempunyai tabiat menggosok mata sama ada akibat bendasing yang terbang masuk ke dalam mata atau apabila berasa letih dan mengantuk. Tindakan ini, secara faktanya adalah tabiat buruk dan boleh ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata, Tips Kesihatan 04/12/2018 . 2 minit bacaan

Bahaya Tidur dengan Kanta Lekap

Setelah seharian penat dengan aktiviti luar, pasti anda ingin terus lelap setelah sampai ke rumah. Namun, dalam apa jua keadaan, jangan pernah lupa untuk menanggalkan kanta lekap sebelum tidur. Satu dua kali terlupa ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 04/10/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cermin mata penutup mulut

Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
kesan memakai cermin mata

Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
pakai-kanta-lekap-ketika-covid-19

Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/04/2020 . 4 minit bacaan
kesan pakai cermin mata

Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Lebih Rosak – Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/10/2019 . 2 minit bacaan