Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap individu yang wujud di muka bumi ini dilahirkan berbeza di antara satu sama lain dalam pelbagai aspek termasuklah saiz, bentuk dan jenis zakar mereka.

Ada yang besar, kecil, sederhana, panjang, pendek dan berbagai-bagai lagi bergantung kepada genetik individu itu.

Namun perkara inilah yang selalu menjadi kebimbangan lelaki kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap aspek kemampuan seksual mereka.

Bagaimana jika seorang lelaki itu memiliki zakar yang bengkok? Adakah ia normal? Apakah yang perlu dilakukan?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya!

Lelaki & zakar bengkok

Seperti mana yang ramai sudah tahu, setiap lelaki dilahirkan dengan pelbagai saiz, bentuk dan jenis alat kemaluan.

Ada segelintir lelaki yang lahir dengan zakar bengkok sama ada melengkung ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah seakan huruf ‘C’.

Ia adalah normal dan tiada apa yang kalian perlu risaukan kerana zakar anda tetap mampu berfungsi secara normal.

Akan tetapi, kebimbangan mungkin akan timbul sekiranya ereksi yang dialami itu menyakitkan lantas menjejaskan kehidupan di kamar tidur.

Jika lengkungan itu tidak terlalu teruk atau ketara, maka ia masih normal dan pengubahsuaian posisi seks harus dilakukan untuk memudahkan penetrasi.

Namun jika lengkungan itu terlalu teruk dan ketara, ia adalah petanda penyakit Peyronie yang sudah tentu akan menyukarkan kalian beraksi di ranjang.

zakar

Apa itu penyakit Peyronie?

Buat anda yang baru pertama kali mendengarnya, ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan zakar membengkok ke tepi sama ada kiri atau kanan dengan sangat ekstrem.

Kebengkokan ini akan jelas kelihatan ketika alat sulit lelaki mengalami ereksi lantas menyukarkan proses kemasukan zakar ke faraj untuk tujuan penetrasi semasa seks.

Ia berpunca akibat parut atau plak yang terbentuk di dalam kulit zakar lantas menyebabkan alat kemaluan lelaki membengkok ketika membesar atau menegang.

Selain menyebabkan zakar membengkok, ia juga mengakibatkan kesakitan semasa mengalami ereksi.

Oleh itu, sila berjumpa doktor segera untuk konsultasi dan rawatan lanjutan jika ia berlaku kepada anda.

Zakar bengkok boleh diluruskan?

Pun begitu, wajarlah untuk kalian tahu bahawa kebengkokan pada alat kemaluan lelaki ini tidak semestinya petanda penyakit Peyronie.

Ada yang disebabkan oleh genetik semata-mata dan tidak langsung akan mengganggu fungsi perkumuhan atau pembiakan seorang lelaki.

zakar

Persoalannya, adakah zakar bengkok boleh diluruskan?

Jawapannya adalah ya, boleh. Alat sulit yang bengkok boleh diluruskan semula dengan perubatan atau pembedahan mengikut saranan doktor.

Kebiasaannya, doktor tidak akan mengesyorkan anda untuk melakukan apa-apa urutan atau rawatan kerana ia adalah normal dan boleh sembuh dengan sendiri.

Berikut adalah ciri-ciri zakar bengkok yang normal:

Namun sekiranya ia mendatangkan apa-apa kesan sampingan, doktor akan menyarankan anda sesuatu.

Apa yang boleh dilakukan?

Pertama sekali, penderita mungkin akan diberikan ubatan atau suntikan seperti:

  • Pentoxifylline
  • Para-aminobenzoat
  • Verapamil
  • Kolagenase

Sekiranya pengambilan ubatan atau suntikan ini masih tidak mendatangkan sebarang kesan positif, maka doktor akan mencadangkan agar pembedahan dilakukan.

Namun harus diingat bahawa pembedahan ini hanya akan dilakukan kepada lelaki yang tidak dapat melakukan hubungan seks akibat penyakit Peyronie.

lelaki

Berikut adalah prosedur pembedahan umum yang dilakukan:

#1. Menjahit sisi zakar yang lebih panjang (sisi tanpa parut atau plak)

Harus diingatkan bahawa prosedur ini mungkin akan membuat alat sulit menjadi lebih pendek dan dalam beberapa kes, mati pucuk.

#2. Transplan (insisi atau eksisi)

Prosedur ini akan dilakukan untuk memperbaiki kondisi zakar bengkok yang terlalu teruk dan ketara sahaja.

#3. Implan pada zakar

Implan akan disuntik masuk ke dalam zakar bagi menggantikan parut atau plak yang dipenuhi darah semasa ereksi.

Jenis pembedahan yang akan dilakukan adalah sangat bergantung kepada tahap keterukan kebengkokan alat kemaluan seorang lelaki.

Bagaimana dengan rawatan tradisional? Sehingga kini, masih tiada kajian yang kata urutan seperti ‘jelqing’ mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Oleh itu, sila berjumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan lanjutan yang lebih sahih dan selamat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Ada satu kajian yang mengatakan bahawa lelaki homoseksual & biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis. Adakah ia benar? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
sifilis tahap akhir

Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
ejakulasi lelaki

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan