Zakar bengkok selalu dikaitkan dengan penyakit Peyronie. Namun benarkah simptom tersebut satu-satunya tanda penyakit lelaki ini? Jika kaum Adam ada mengalami
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/penjagaan-zakar/jenis-zakar-tipikal/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/penjagaan-zakar/jenis-zakar-tipikal/”>bentuk zakar bengkok, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui simptom lain dan perawatan penyakit Peyronie.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkan
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/”>di sini.
Penyakit Peyronie adalah keadaan yang menyebabkan tisu parut terbentuk di dalam zakar dan buah zakar.
Tisu parut terbentuk dalam selaput putih yang biasanya terjadi di bahagian atas dan pangkal zakar. Oleh sebab tisu parut semakin tebal, maka zakar akan membengkok atau melunjur.
Kelengkungan atau zakar bengkok boleh menyebabkan kesakitan semasa bersetubuh, bahkan ketidakupayaan melakukan hubungan seks.
Pembengkakan dan keradangan zakar ini meningkatkan risiko parut keras pada zakar.
Tisu parut penyakit Peyronie tidak seperti tisu abnormal yang berkembang di arteri (yang menyebabkan stenosis), tetapi ia adalah tisu-tisu berserat cyctic yang lemah (bukan kanser ).
Walau bagaimanapun, penyakit Peyronie tidak menular dan tidak tersebar melalui hubungan seksual.
Ramai lelaki mengalami ketegangan zakar dengan zakar bengkok. Ini menjadikan penyakit Peyronie lebih teruk.
Stimulasi zakar membawa kepada pembentukan tisu parut yang menyebabkan zakar melengkung, menghalang penembusan semasa hubungan seks.
Lelaki muda terutama atlet merupakan mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan zakar sering berdepan dengan penyakit Peyronie.
Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan simptom penyakit Peyronie mungkin muncul dengan tiba-tiba atau berkembang dengan perlahan. Tanda dan simptom yang paling kerap termasuk:
Jika anda merasakan kesakitan atau zakar bengkok menghalang aktiviti seksual atau anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor.
Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk keadaan anda.
Penyebab penyakit Peyronie masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, sesetengah penyelidik percaya bahawa penyakit ini mungkin disebabkan oleh trauma yang berulang.
Sebagai contoh, zakar mungkin cedera semasa melakukan seks, bersenam atau kemalangan.
Semasa pemulihan daripada trauma, tisu parut boleh terbentuk secara tidak normal menyebabkan zakar bengkok atau melengkung.
Di samping itu, beberapa penyelidik percaya bahawa penyakit Peyronie mungkin berpunca daripada penyakit autoimun.
Biasanya sistem imun melindungi tubuh kita daripada jangkitan dengan mengenal pasti dan membunuh bakteria, virus dan bahan asing yang lain yang berbahaya apabila menyerang.
Apabila anda mempunyai penyakit autoimun, sistem kekebalan tubuh boleh keliru dan menyerang sel-sel tubuh yang sihat.
Penyakit Peyronie dapat mengembangkan sel dalam zakar yang cedera serta menyebabkan keradangan dan parut.
Kecederaan kecil di zakar anda jarang menyebabkan penyakit Peyronie.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada pengumpulan tisu parut dalam proses penyembuhan, seperti:
Faktor lain termasuk keadaan kesihatan: merokok dan jenis pembedahan prostat tertentu juga boleh mengakibatkan penyakit lelaki ini.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan melakukan diagnosis untuk mencari punca penyakit Peyronie dengan cara berikut:
Ubat-ubatan:
Doktor boleh memberikan beberapa ubat untuk mengurangkan kelengkungan, saiz parut dan keradangan zakar anda. Ubat-ubatan ini boleh diambil secara oral atau disuntik terus ke dalam parut di zakar anda.
Ubatan secara oral terdiri daripada:
Ubat suntikan terdiri daripada:
Pembedahan:
Doktor biasanya mengesyorkan kaedah pembedahan apabila kecacatan zakar terlalu serius, terutama apabila ia menyebabkan rasa tidak selesa atau anda tidak boleh melakukan hubungan seks.
Di samping itu, pembedahan biasanya tidak disyorkan sehingga proses lengkungan zakar anda berhenti .
Terdapat tiga kaedah pembedahan untuk perawatan penyakit Peyronie: Korpora bergerigi beralun, memisahkan/ memotong plak dan tampalan penutup, serta meletakkan corpora buatan.
Beberapa kaedah lain:
Terapi ionisasi menggunakan arus elektrik yang lemah untuk memberikan verapamil dan dexamethasone melalui kulit.
Anda harus mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang betul, mengehadkan minuman beralkohol, tembakau dan perangsang.
Selain itu, anda juga harus memperbaiki hubungan dengan pasangan anda, mempunyai seksualiti yang sihat dan penjagaan kesihatan untuk pencegahan dan rawatan yang tepat pada masanya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen