backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

Manusia diciptakan berlainan antara satu sama lain dari segenap aspek fisiologi; tidak terkecuali juga jenis zakar lelaki.

Ada lelaki yang mempunyai alat kemaluan bersaiz besar, sederhana, kecil dan pelbagai bentuk yang berbeza.

Pun begitu, jangan pelik sebab ada banyak jenis zakar dan semuanya normal kecuali jika wujud keadaan kesihatan yang menyebabkan perubahan drastik pada alat sulit lelaki.

Ingin tahu anda tergolong dalam kategori yang mana satu? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkan di sini.

Maksud zakar lelaki, organ penting untuk kaum Adam

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit mengenai alat kemaluan lelaki ini.

Zakar adalah sebahagian organ yang terlibat dalam sistem perkumuhan dan sistem pembiakan kaum Adam.

Organ ini mempunyai fungsi utama untuk membuang air kencing serta memancut air mani bagi tujuan melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Berikut merupakan gambar anatomi alat kelamin lelaki untuk anda faham dengan lebih jelas:

zakar lelaki
Anatomi zakar lelaki.

6 jenis zakar lelaki yang wujud di dunia

Menerusi artikel ini, kami tidak akan membicarakan mengenai sistem alat sulit lelaki secara spesifik namun akan hanya berfokuskan kepada penampilan sahaja.

Sebelum berbicara mengenai jenis zakar, ketahuilah bahawa terdapat 2 kategori yang utama iaitu:

  • Bersunat
  • Tidak bersunat
  • Jika bersunat, bahagian kulit kulup di hadapan akan dibuang dan dijahit lantas menampakkan kepala zakar (glans) dan sebaliknya jika tidak bersunat.

    Mungkin benar bahawa berkhatan adalah pilihan masing-masing namun ketahuilah bahawa terdapat banyak manfaat jika menjalani prosedur bersunat.

    Berikut merupakan 6 jenis alat kelamin lelaki yang paling tipikal di dunia:

    #1. Zakar lurus/tegak

    Ini adalah jenis alat kelamin lelaki yang paling normal dan lazim dimiliki oleh lelaki di seluruh dunia ini.

    Dari bahagian pangkal sehingga ke hujung, jenis ini langsung tidak mempunyai lengkungan atau bengkokan pada badan lantas menjadikannya sangat sesuai untuk pelbagai posisi seks.

    #2. Zakar bentuk huruf ‘C’

    Jika anda tergolong dalam kategori ini, alat sulit anda akan mempunyai lengkungan ke tepi sama ada ke kiri atau kanan seakan huruf ‘C’.

    Namun kalian tidak perlu risau kerana air kencing atau air mani masih boleh dikeluarkan dengan normal tanpa wujud sebarang sekatan.

    zakar lelaki
    Jenis alat kelamin lelaki.

    #3. Melengkung ke atas

    Seakan buah pisang, ada lelaki yang mempunyai jenis zakar melengkung ke atas terutamanya ketika ereksi.

    Ini sebenarnya adalah kelebihan buat anda kerana ia lebih mudah merangsang G-spot pada kawasan faraj wanita ketika melakukan projek asmara.

    Jika kalian tergolong dalam kategori ini, usah khuatir dengan posisi seks yang sesuai kerana posisi klasik seperti missionary sahaja sudah memadai.

    #4. Melengkung ke bawah

    Jenis ini adalah lebih kurang sama sahaja seperti yang di atas tadi kecuali ia melengkung ke bawah.

    Ketika melakukan hubungan seksual, sebenarnya tidak wujud banyak masalah kecuali kalian perlu memasukkannya dengan posisi yang sesuai.

    Sebagai contoh, kalian boleh mengajak pasangan melakukan posisi seks seperti doggy style bagi merangsang G-spot dengan lebih baik.

    #5. Kepala besar tetapi badan kecil

    Dikenali dengan nama ‘hammer penis’, jenis zakar menampilkan zakar yang kurus pada bahagian badannya tetapi besar pada bahagian kepalanya seakan sekaki cendawan.

    Antara tip untuk melakukan hubungan kelamin dengan alat sulit jenis ini bersama pasangan adalah menggunakan pelincir bagi memudahkan proses penetrasi.

    #6. Kepala kecil tetapi badan besar

    Berbeza dengan bentuk di atas tadi, jenis alat kemaluan lelaki ini menampilkan badan yang besar tetapi dengan kepala yang kecil menjadikannya berbentuk seakan sebuah kon.

    Proses memasukkan zakar lelaki ke dalam faraj untuk bersenggama tentu sahaja lebih mudah pada permulaan namun minyak pelincir masih diperlukan untuk tujuan mendayung.

    zakar lelaki
    Semua jenis alat sulit lelaki yang normal.

    Bukan sahaja jenis zakar, saiz dan panjang juga berbeza

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat 2 kategori dan 6 jenis zakar lelaki yang berbeza.

    Namun kalian juga perlu tahu zakar lelaki turut mempunyai saiz dan panjang yang pelbagai tidak kira zakar sebelum sunat atau zakar selepas sunat.

    Berikut merupakan kategori saiz dan panjang zakar:

    • Kecil (Gherkin)
    • Pendek (Kielbasa)
    • Sederhana (Goldicocks)
    • Besar (Salami)
    • Panjang (Pencil)

    Dari segi ereksi pula, terdapat 2 kategori iaitu:

    • Shower – Lebih kurang sama sahaja sebelum dan selepas ereksi
    • Grower – Kecil sebelum ereksi namun besar selepas ereksi

    Kesemua ini hanyalah variasi alat kemaluan lelaki dan ia normal! Jika ingin lebih pasti, anda boleh buat pemeriksaan zakar dengan doktor pakar ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan