backup og meta

Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2022

    Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

    Dalam kehidupan suami isteri, kemampuan seksual yang kuat serta hebat sangat ditagih demi kesejahteraan kehidupan di kamar tidur anda dan pasangan. Persoalannya, apakah penyebab ereksi sukar kendur? dan apa yang boleh dilakukan?

    Disebabkan itu, golongan lelaki akan sangat berbangga sekiranya mereka mempunyai kemampuan ereksi zakar yang mantap.

    Pun begitu, adalah agak membimbangkan sekiranya ereksi itu kekal dan sukar kendur meskipun sesudah selesai beraksi.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa penyebab ereksi sukar kendur?

    Sebelum mengetahui cara untuk menghadapinya, wajarlah untuk kita tahu penyebab ereksi ini berlaku terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, ereksi zakar yang normal akan berlaku setiap kali lelaki menerima rangsangan seksual.

    Ketika ini, hormon testosteron akan memasuki saluran darah pada zakar menjadikannya menegang dan membesar.

    Terdapat 3 jenis penyebab ereksi yang normal iaitu:

    • Reflexogenic – berlaku akibat rangsangan sentuhan
    • Psychogenic – berlaku akibat rangsangan visual atau fantasi
    • Nocturnal – berlaku ketika lelaki sedang tidur

    Ereksi pada zakar akan membolehkan lelaki dan wanita itu melakukan proses penetrasi ketika bersenggama.

    Kebiasaannya, ia akan kekal sekitar 30 minit ke 60 minit sahaja.

    Namun jika ia berpanjangan sehingga 4 jam tanpa henti tanpa sebarang rangsangan, mungkin ia petanda penyakit yang dinamakan priapism.

    penyebab ereksi

    Apa yang dimaksudkan dengan penyakit priapsm?

    Buat anda yang belum tahu, priapism adalah kondisi di mana zakar sukar kendur selama berjam-jam meskipun telah selesai berasmara atau tidak menerima sebarang rangsangan.

    Ia berlaku akibat darah yang memasuki saluran pada zakar terperangkap di situ dan tidak mampu untuk keluar kembali seperti sedia kala.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk serta akan merosakkan zakar jika tidak dirawat dengan segera.

    Antara punca dan penyebab ereksi termasuklah:

    Apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya?

    Rawatan priapism adalah sangat bergantung kepada penyebab ia berlaku.

    Namun dalam kebanyakan kes, pengambilan ubatan untuk membetulkan saluran darah pada zakar sudah memadai.

    Sekiranya anda mengalami ereksi sukar kendur, ia mungkin petanda anda mendapat penyakit priapism.
    Jika kalian kurang pasti tentangnya kerana tidak mengalami ereksi sehingga 4 jam tanpa henti, boleh cuba lakukan teknik berikut terlebih dahulu:

    #1. Tenangkan diri anda untuk kendurkan ereksi

    Pertama sekali, kalian perlu elakkan panik serta tidak lagi menerima sebarang rangsangan seksual. Kalian boleh cuba cara berikut:

    • Duduk bersila
    • Bernafas dengan perlahan
    • Kekal tenang

    penyebab ereksi

    #2. Cuba alihkan perhatian

    Kemudian, cuba alihkan perhatian anda dari perkara yang melibatkan seks. Sebagai contoh, mungkin boleh cuba selesaikan masalah matematik, teka-teki atau apa-apa sahaja aktiviti yang lain.

    #3. Cuba betulkan kedudukan

    Sekiranya berbaring tidak mampu mengendurkan ereksi zakar, cuba duduk, berdiri, berjalan atau berlari. Ia mungkin boleh membantu melancarkan kembali saluran darah pada zakar anda.

    #4. Mandi untuk kendurkan ereksi zakar

    Jika masih tidak berkesan, kalian boleh cuba untuk mandi. Bergantung kepada individu, ada yang perlu mandi air panas atau air sejuk.

    Ini bertujuan untuk membuat kalian terasa ingin membuang air kecil. Jika itu adalah puncanya, maka ereksi akan kendur selepas itu.

    #5. Lakukan senaman ringan

    Relaks, kami tidak kata kalian perlu melakukan sukan ekstrem seperti mendaki gunung atau merejam lembing.

    Sebaliknya, cuba lakukan senaman ringan sahaja seperti berjoging atau berbasikal yang mungkin boleh membantu.

    Andai kata kalian sudah mencuba kesemua cara mengendurkan ereksi zakar di atas dan ia masih tidak berjaya, penyebab ereksi sukar kendur itu mungkin didalangi oleh penyakit priapism.

    Oleh itu, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjutan ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan