backup og meta

Zakar Bengkok Ke Sisi? Cuba 6 Cara Ini Agar Lurus, Biar Senang Nak Masuk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/12/2022

    Zakar Bengkok Ke Sisi? Cuba 6 Cara Ini Agar Lurus, Biar Senang Nak Masuk!

    Sesetengah lelaki mungkin memiliki alat kelamin yang bengkok sama ada ia melengkung ke atas, ke bawah atau ke tepi dan ini bakal memberi kesan buruk buat mereka. Persoalannya, wujudkah cara meluruskan zakar bengkok? Jom terus baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Penis bengkok ke sisi, ini yang lelaki kena tahu!

    Untuk pengetahuan anda semua, alat sulit lelaki ada banyak jenis dan ia mungkin wujud dengan berbagai-bagai saiz, warna serta bentuk yang bergantung kepada genetik individu itu sendiri.

    Bagi lelaki yang mempunyai zakar bengkok secara semula jadi, mereka mungkin akan mengalami kesukaran dalam proses perkumuhan atau pembiakan, namun ia tidak begitu kronik.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Namun, ada juga kes di mana lelaki itu terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada sekitar alat kemaluan mereka sekali gus mengakibatkan kebengkokan yang bukan secara alami.

    Atau, wujud parut atau plak akibat situasi di atas tadi yang boleh jadi punca Peyronie kondisi di mana zakar lelaki membengkok ke satu sisi yang tidak normal secara kekal dan ekstrem.

    cara meluruskan zakar

    Ini sudah pasti menjejaskan fizikal dan mental lelaki. Jadi, sesuatu perlu dilakukan dengan segera!

    Bagaimana cara meluruskan zakar bengkok?

    Zakar yang tidak lurus boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah untuk membuang air kecil. Ini kerana air kencing yang keluar mungkin senget dan tidak tepat menepati sasaran.

    Penis yang bengkok juga bakal menjejaskan kemampuan atau kekuatan ereksi. Kesan daripada itu, lelaki akan mengalami kesukaran untuk menikmati kehidupan seksual serba normal.

    Pun begitu, anda tidak perlu khuatir kerana masih boleh cuba beberapa cara seperti yang berikut:

    Cara meluruskan zakar #1. Urutan

    Pertama, anda boleh cuba melakukan urutan penis yang lebih popular dengan nama teknik jelqing!

    Ia bukan sahaja boleh menjadikan alat sulit lebih lurus malah turut mampu melancarkan saluran serta aliran darah sekali gus menyelesaikan masalah ereksi tidak kuat atau mati pucuk.

    Cara meluruskan zakar #2. Ubatan

    Dalam pada itu, anda turut boleh cuba mendapatkan preskripsi ubatan oral atau topikal daripada doktor seperti Pentoxifylline dan lain-lain. Namun, diingatkan anda hanya boleh ambil ubatan ini selepas menjalankan diagnosis klinikal untuk elak kesan sampingan.

    cara meluruskan zakar

    Cara meluruskan zakar #3. Suntikan

    Jika ia masih tidak mendatangkan hasil, anda juga boleh cuba mendapatkan suntikan Verapamil atau Collagenase. Sama juga dengan ubatan yang diambil secara oral atau topikal tadi, anda masih perlu menjalankan diagnosis klinikal untuk elak kesan sampingan.

    #4. Penggunaan alat terapi

    Penggunaan alat terapi yang dinamakan sebagai Penile Traction Theraphy (PTT) ini boleh dicuba dipakai di penis pada tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh doktor sebelum itu lagi.

    Ia adalah sejenis alat mekanikal yang bukan sahaja boleh meluruskan zakar malah memanjangkan dan membesarkan zakar serta sesuai buat pesakit penyakit Peyronie di peringkat awal.

    #5. Pembedahan penis minor

    Pilihan paling akhir untuk lelaki yang ada masalah zakar bengkok akibat Peyronie adalah dengan menjalani prosedur pembedahan penis minor. Ia adalah cara yang terakhir buat anda.

    Pun begitu, prosedur ini tidak boleh dijalankan sewenang-wenangnya kerana doktor mungkin akan menyarankan ia dilakukan apabila kondisi ini sudah terjadi sekurang-kurangnya 6 bulan.

    cara meluruskan zakar

    #6. Perubahan gaya hidup

    Bukan itu sahaja, lelaki juga perlu cuba untuk mencegah dan mengelak masalah penis bengkok ini dari peringkat awal lagi. Sama ada ia disebabkan oleh genetik, kemalangan, kecederaan atau akibat kondisi Peyronie, anda wajar untuk cuba ubah gaya hidup!

    Elakkan diri daripada tabiat buruk seperti beronani, menghisap rokok, meminum alkohol dan sebarang perkara yang bakal memberikan kesan buruk kepada zakar kelak dalam jangka masa panjang.

    Dalam pada itu, sila segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika wujud ketidaknormalan pada penis anda. Ia boleh membantu anda mencegah dan merawat masalah dari awal.

    Peyronie hanya salah satu sebab ia bengkok?

    Konklusinya, terdapat banyak punca zakar lelaki bengkok ke sisi dan kondisi Peyronie ini pula hanya salah satu daripadanya. Jika anda keliru dan khuatir dengan punca atau cara meluruskan zakar bengkok, dapatkan informasi serta nasihat daripada pakar!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan