Tahukah anda bahawa hormon lelaki menurun serentak dengan umur lelaki meningkat?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda bahawa hormon lelaki menurun serentak dengan umur lelaki meningkat?
Jika anda kerap rasa lesu dan mudah ‘meletup’, itu mungkin bermaksud anda sedang mengalami andropaus!
Andropaus merujuk kepada satu keadaan di mana lelaki secara perlahan-lahan hilang minat untuk melakukan aktiviti seksual seiring dengan umur yang kian meningkat.
Definisi andropaus – ‘Andro’ yang bermaksud lelaki dan ‘pause’ yang bermaksud berhenti dalam Bahasa Greek ini tepat sekali menggambarkan keadaan lelaki andropaus.
Apabila mencecah umur 40 hingga 50 tahun, kebanyakan lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks.
Ada yang mula mengalami disfungsi erektil dan sukar untuk kawal emosi.
Andropaus berlaku akibat penurunan testosteron dalam badan lelaki.
Testosteron ialah hormon yang bertanggungjawab memberi lelaki imej ‘jantan’ seperti misai, janggut, suara yang dalam dan sifat yang kompetitif.
Penurunan ini tidak dapat dielakkan dan akan berlaku kepada semua lelaki disebabkan oleh proses penuaan yang normal.
Oleh itu, kaum adam jangan pula takut kepada andropaus kerana aa merupakan sesuatu yang natural dan sebahagian daripada kehidupan.
Kajian lebih banyak menyentuh perihal menopaus yang berlaku pada kaum hawa.
Sebaliknya, andropaus jarang diperkatakan dan ada lelaki yang tidak pernah langsung mendengar tentang istilah andropaus!
Oleh itu, pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada menopaus lelaki ini wujud dan bukannya hanya cakap-cakap orang?
Berbanding menopaus yang mempunyai tanda jelas seperti terhentinya haid, lelaki tidak mempunyai simptom seperti itu untuk menandakan mereka telah mencapai andropaus.
Ketika wanita mengalami menopaus, hormon seks akan mengalami penurunan secara mendadak.
Mereka akan berhenti datang bulan kerana tidak lagi berupaya untuk menghasilkan ovum.
Namun, pada lelaki, hormon lelaki menurun tersebut berlaku sedikit demi sedikit dan makan masa bertahun-tahun.
Selepas umur 30 tahun, tahap testosteron lelaki akan mula menurun sebanyak 10% setiap dekad.
Semua lelaki akan alami penurunan hormon, tetapi ada lelaki yang mengalami penurunan yang lebih banyak daripada orang lain akibat gaya hidup yang tidak sihat.
Jika penurunan itu berlaku secara abnormal, lelaki boleh menghidap penyakit yang bernama late-onset hypogonadism ataupun tahap rendah testosteron kerana umur.
Anda mungkin berminat:
Andropaus boleh sebabkan gangguan dalam kehidupan seharian jika tidak diurus dengan baik. Kenal pasti tanda-tanda andropaus supaya anda dapat tanganinya dengan bijak.
Antara gejala-gejala hormon lelaki menurun yang anda mungkin alami termasuklah:
Tetapi, gejala hormon lelaki menurun di atas juga boleh berlaku akibat krisis pertengahan umur yang melanda lelaki.
Walaupun krisis pertengahan umur lebih bersangkut paut dengan keadaan psikologi, tapi simptomnya lebih kurang sama dengan simptom andropaus.
Tahap hormon seks lelaki akan menurun apabila umur lelaki kian meningkat.
Penurunan ini juga tidak boleh dielakkan. Tetapi, simptom andropaus boleh dikurangkan jika lelaki mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Cuba makan makanan yang sihat, bersenam dengan kerap, pastikan tidur cukup dan kurangkan stres dalam kehidupan seharian.
Setelah mengamalkan semua aktiviti ini, lelaki yang mengalami andropaus akan nampak perbezaan yang ketara dalam kesihatan mereka dan boleh kawal emosi dengan lebih baik.
Selain itu, amalan merokok dan kerap makan makanan ringan juga antara sebab lelaki awal mencapai andropaus.
Jika anda ingin menghalang perkara ini daripada berlaku, cuba berhenti merokok secepat mungkin.
Namun, terdapat juga satu penyakit yang dinamakan late-onset hypogonadism yang berlaku apabila testis tidak lagi mampu menghasilkan hormon testosteron.
Keadaan ini adalah tidak normal dan bukan sebahagian daripada proses penuaan.
Walaupun keadaan ini selalunya dikesan sejak kecil, hypogonadism juga boleh berlaku apabila lelaki semakin berumur.
Late-onset hypogonasidm boleh dikesan melalui ujian darah untuk mengukur tahap testosteron dalam badan lelaki.
Jika anda mempunyai masalah ini, anda mungkin terpaksa melakukan terapi hormon untuk melegakan simptom anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen