backup og meta

Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/10/2022

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Mengapa ada kaum Adam yang boleh tumbuh misai, jambang atau janggut lelaki manakala ada juga terpaksa berpuas hati dengan muka suci ibarat bayi?

    Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan kadar kesuburan lelaki dengan kelebatan jambang dan misai!

    Pasti anda tertanya-tanya jika kenyataan di atas benar ataupun tidak. Sebenarnya, ada banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan janggut lelaki.

    Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah.

    Genetik main peranan paling penting

    Genetik memainkan peranan yang besar terhadap kadar pertumbuhan misai seseorang.

    Jika anda tidak mempunyai misai ataupun janggut, kemungkinan besar masalah utamanya adalah berkaitan dengan genetik anda.

    Cuba lihat ayah, adik atau abang anda.

    Jika mereka semua berwajah babyface seperti anda, memang benarlah genetik merupakan dalang di sebalik masalah anda.

    janggut lelaki

    Sebenarnya, semua kaum Adam boleh tumbuh janggut dan misai. Tetapi, apa yang berbeza ialah ketebalan bulu tersebut.

    Di sinilah genetik anda memainkan peranan.

    Selain itu, ramai yang anggap janggut lelaki yang lebat mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

    Sebenarnya, tanggapan ini salah dan tidak benar!

    Misai dan janggut tidak ada kena mengena dengan tahap testosteron dalam badan anda.

    Namun, testosteron bertanggungjawab memberi signal kepada sel dalam badan anda untuk menumbuhkan bulu di tempat-tempat tertentu pada wajah anda.

    Ada juga kajian yang mengaitkan testosteron dengan kadar pertumbuhan bulu seseorang.

    Maka, jika individu tersebut mempunyai tahap testosteron yang tinggi, janggut atau misai mungkin akan tumbuh lebih cepat berbanding orang lain.

    Oleh itu, jangan anggap lelaki yang tidak mempunyai bulu di wajah itu tidak subur ya!

    Selain itu, mereka boleh tumbuh misai atau janggut bermula daripada umur 18 hingga 30 tahun.

    Oleh itu, selagi anda tidak berusia 30 tahun, jangan risau, mungkin belum sampai lagi masanya untuk anda tumbuh janggut lelaki.

    Janggut lelaki tidak rata tanda penyakit?

    janggut lelaki

    Jika janggut lelaki tumbuh dalam keadaan bercapuk-capuk ataupun bertompok-tompok, mungkin anda mempunyai penyakit yang dinamakan alopecia areata.

    Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kiralah usia ataupun jantina. Selalunya, pesakit alopecia areata dikesan sewaktu masih kecil.

    Penyakit ini akan membuatkan rambut gugur dan kelihatan bercapuk-capuk. Kuku mereka juga tidak tumbuh rata dan berlekuk.

    Penyakit ini merupakan sebuah penyakit autoimun. Badan pesakit alopecia areata menganggap folikel rambut sebagai sel asing dan bertindak menyerang sel tersebut.

    Saintis sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan tindak balas ini dalam pesakit alopecia areata.

    Seramai 147 juta individu ataupun 2.1% daripada seluruh masyarakat dunia menghidap penyakit ini.

    Masalah utama pesakit alopecia areata mungkin bukan berkaitan dengan kesihatan masing-masing.

    Tetapi, mereka banyak menderita secara emosi dan menghadapi tekanan perasaan lebih-lebih lagi berkenaan imej diri.

    Ada juga pesakit alopecia areata yang memerlukan kaunseling untuk belajar menerima kekurangan diri dan hidup dengan kondisi ini.

    Faktor tumbuh misai, jambang atau janggut

    Genetik merupakan faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan misai atau janggut seseorang.

    Selain itu, umur juga memainkan peranan yang penting.

    Kaum Adam yang berumur dalam lingkungan 20-an jangan terlalu risau jika tidak mempunyai janggut yang lebat.

    Lelaki  akan terus tumbuh rambut dan misai sehinggalah berusia 30 tahun.

    Selain itu, perbezaan etnik juga membuatkan setiap individu mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza.

    Orang Cina selalunya mempunyai janggut yang kurang jika dibandingkan dengan orang India ataupun orang putih.

    Ingin jadi lebih bergaya dengan janggut lebat?

    janggut lelaki

    Janggut atau misai anda boleh kelihatan lebih penuh dan sihat.

    Namun, jika anda seorang yang mempunyai babyface, mungkin agak sukar untuk anda tumbuh jambang secara tiba-tiba.

    Dr. Anthony daripada Cleaveland Clinic mempunyai beberapa cadangan jika anda inginkan janggut ataupun misai yang lebih sihat dan lebat.

    1. Tunggu hingga umur 30 tahun. Secara genetik, sesetengah lelaki mungkin makan masa yang lebih lama untuk tumbuh jambang yang lebat. Menurutnya lagi, anda mungkin perlu tunggu sehingga umur anda menghampiri 30 tahun untuk lihat potensi sebenar janggut anda. Namun, jangan anggap perubahan akan berlaku sekelip mata ya!
    2. Makan makanan yang sihat. Makanan sihat mungkin boleh buatkan janggut dan misai anda tumbuh lebih sihat dan lebat.
    3. Jangan selalu stres dan tidur dengan cukup. Ada kajian yang menyatakan bahawa stres boleh menjadi punca keguguran rambut. Tidur yang cukup pula penting supaya badan anda boleh baiki sel-sel yang telah rosak.
    4. Paling penting, jangan percaya kepada produk pelebat rambut. Lebih bagus jika anda mendapatkan konsultasi daripada doktor berbanding buang duit membeli produk yang belum tentu berkesan untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan