Puaskan Diri Sendiri Dengan Melancap? Tunggu Dulu, Ada Pro & Kontra Jika Anda Teruskan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apa itu melancap? Untuk pengetahuan anda, ia adalah perbuatan memuaskan nafsu secara solo. Ia seringkali dianggap sebagai tidak senonoh dan tidak bermoral. 

Kebanyakan lelaki terutamanya yang masih remaja, sangat kerap melakukan perbuatan ini dalam usaha memuaskan keinginan dan kemahuan seksual mereka.

Ia kerana ketika usia ini, remaja mula mengenali seks dan sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi membuat mereka lebih cenderung mencuba pelbagai perkara berkaitan seks.

Namun begitu, terdapat satu persoalan yang sangat menakutkan bagi golongan lelaki iaitu adakah kerap melancap boleh jadi punca utama mati pucuk?

Apa itu melancap? 5 fakta tentangnya!

Selain dapat memuaskan nafsu tanpa memerlukan kehadiran seorang pasangan untuk melakukan hubungan seks, ada beberapa lagi fakta menarik mengenai melancap yang perlu anda ketahui.

#1. Ia mempunyai risiko yang tersendiri

Perbuatan ini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi kerana ia adalah perbuatan seks yang paling selamat.

Tidak ada lagi individu yang mengalami penyakit jangkitan kelamin (STD) melaluinya.

Namun melakukannya dengan terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit alat kemaluan dan membuat ia bengkak. 

#2. Ia tidak mendatangkan manfaat seperti hubungan seks

Kajian menunjukkan hubungan seks akan mendatangkan manfaat terutamanya kepada lelaki.

Ia dapat menstabilkan tekanan darah serta menjamin kesihatan jantung dan prostat.

Pun begitu, manfaat ini hanya akan diperolehi melalui hubungan seks bersama pasangan sahaja, bukan melalui perbuatan melancap.

suami isteri

#3. Tidak ada kiraan normal untuk melancap

Menurut seorang pakar dalam bidang seksologi, Logan Levkoff, perbuatan melancap bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri.

Tidak ada waktu, kadar dan tempoh spesifik yang dinasihatkan untuk melakukannya atau tidak.

Oleh itu, anda sebagai seorang remaja lelaki yang sudah matang mampu untuk membuat keputusan anda sendiri.

#4. Ia tidak akan merosakkan hubungan anda bersama pasangan

Perbuatan melancap sebenarnya hanya akan dilakukan oleh remaja lelaki ketika mereka sedang membujang dan tidak ada kena-mengena dengan pasangan mereka.

Perbuatan ini bukan semata-mata terdorong oleh keinginan seksual, namun ia juga merupakan satu rutin untuk menghilangkan stres atau memudahkan mereka untuk tidur.

#5. Ia dapat membantu kehidupan seks kelak

Menerusi perbuatan melancap, remaja lelaki akan mula belajar mengenai seks.

Ia dapat memberi mereka pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tidak semasa melakukan seks.

Ini sangat penting kepada remaja lelaki dan pasangannya agar mereka dapat meniti kehidupan seks yang indah apabila berkahwin kelak.

Pun begitu, individu yang beragama Islam adalah ditegah untuk melakukannya.

Jika dilakukan, ia akan menyebabkan anda mendapat dosa serta amalan anda tidak akan diterima buat sekian tempoh yang telah ditetapkan.

Di sebalik manfaatnya, terdapat banyak lagi mudaratnya. Antara yang paling menakutkan adalah mati pucuk.

Benarkah kerap melancap punca utama mati pucuk?

Ya, kerap melancap mungkin akan menyebabkan berlakunya mati pucuk (ED).

Ia adalah satu kondisi yang sangat ditakuti oleh para lelaki kerana ia akan menjejaskan kehidupan seks mereka terutamanya buat mereka yang sudah berkahwin.

ereksi waktu pagi

Selain menjejaskan fizikal, mati pucuk juga akan menjejaskan emosi.

Ini kerana individu yang mengalami mati pucuk akan mula berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.

Paling membimbangkan, ia juga merupakan punca utama penceraian bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Pun begitu, walaupun kerap melancap adalah punca utama mati pucuk, terdapat juga beberapa punca-punca lain yang menyumbang kepada kondisi ini, termasuklah:

  • Stres
  • Emosi tidak stabil
  • Pengambilan ubatan
  • Kondisi kesihatan
  • Menghisap rokok
  • Meminum alkohol

Apakah yang boleh buat untuk elak melancap & mati pucuk?

Pertama sekali, anda perlu berikan masa kepada diri anda untuk rehat dan menenangkan fikiran.

Tinggalkan segala amalan tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol, hidup sendentari, dan pemakanan yang tidak sihat.

Jika masih tidak membuahkan hasil, jangan pula berasa malu untuk dapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan reproduktif.

Selain itu, anda perlu segera berhenti menonton pornografi.

Dengan cara ini sahaja anda akan dapat mengurangkan keinginan anda untuk melancap.

Anda perlu dapatkan bantuan pakar atau individu yang rapat dengan anda untuk mendapatkan dorongan dan sokongan bagi menghentikan tabiat negatif ini.

Sebagai individu yang beragama Islam pula, ketahuilah bahawa melancap adalah satu perbuatan yang berdosa serta tidak harus dilakukan dan diamalkan.

Agar seimbang hal dunia dan akhirat, wajarlah kita belajar tentang apa itu melancap dan kesannya serta menjalani kehidupan lebih baik dan sihat dan pada masa yang sama, tidak melanggar perintah Tuhan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

lelaki homoseksual

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
apakah penyakit peyronie berbahaya

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan