Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa pernah perasan air kencing bercabang semasa buang air kecil?

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa wanita mudah mendapat masalah ini, namun menurut pakar, ia lebih lazim dalam kalangan lelaki.

Terdapat beberapa punca berlakunya masalah kencing bercabang. Bukan semuanya merupakan faktor yang selamat untuk dibiarkan.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

#1 Masalah lekatan yang merunsingkan punca air kencing bercabang

Menurut pakar urologi Dr Parekh, masalah lekatan pada penghujung saluran uretra adalah punca lazim berlakunya masalah kencing bercabang.

Jika dilihat pada struktur anatomi sistem perkumuhan air kencing, uretra merupakan struktur terakhir sebelum air kencing keluar daripada tubuh badan.

Apabila terdapat lekatan pada penghujung saluran tersebut, air kencing boleh bercabang seketika sebelum ia terbuka sepenuhnya.

Fenomena ini boleh berlaku berikutan air mani yang tidak keluar sepenuhnya seusai proses ejakulasi.

Walau bagaimanapun, usah bimbang. Ia bukanlah satu keadaan yang membahayakan.

Kebiasaannya lekatan tersebut boleh hilang dalam masa sehari.

#2 Penyempitan pada salur uretra menyukarkan anda buang air kecil  

buang air kecil

Bukan sahaja sukar, ia juga boleh menyebabkan air kencing anda kelihatan bercabang.

Proses penyempitan boleh berlaku disebabkan oleh keradangan atau pembentukan parut pada salur kencing.

Ia boleh berpunca daripada masalah jangkitan kelamin, kecederaan ketika prosedur pembedahan atau penggunaan kateter melalui uretra.

Antara gejala yang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai uretra yang sempit adalah:

  1. Sakit ketika kencing.
  2. Perlu meneran untuk kencing.
  3. Sering mengalami jangkitan salur kencing.

#3 Lubang air kencing tersumbat separa

Keadaan ini sering dikaitkan dengan mereka yang sudah berkhatan, namun ia boleh berlaku kepada mana-mana individu.

Lubang keluarnya air kencing boleh tersumbat separa menyebabkan aliran air kencing terbahagi kepada dua atau lebih cabang.

Selain itu, mereka yang mengalaminya turut mempunyai simptom seperti sukar untuk kencing dan terasa sakit atau rasa terbakar ketika kencing.

Jika penyumbatan tersebut agak serius, ia boleh menyebabkan masalah pengeluaran air kencing.

Perkara ini boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan salur kencing dan masalah buah pinggang (sekiranya serius).

#4 Kulup zakar terlalu ketat, tak boleh tarik ke belakang

buang air kecil

Apabila kepala zakar anda diselaputi oleh kulup yang mengetat, ia boleh menyebabkan air kencing anda bercabang ketika buang air kecil.

Ia boleh jadi normal atau tidak, bergantung kepada sama ada ia disebabkan oleh faktor fisiologi atau patologi.

Kulup zakar ketat (fimosis) biasa berlaku kepada mereka yang tidak berkhatan.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalaminya akan sembuh dengan sendirinya dalam lingkungan usia 5 hingga 7 tahun.

Walau bagaimanapun, jika fimosis berlaku disebabkan oleh parut pembedahan, jangkitan kelamin atau keradangan kronik, rawatan perlu diberikan bagi mengelakkan komplikasi.

Air kencing bercabang hanyalah simptom awal bagi mereka yang mengalami permasalahan ini.

Ada komplikasi yang lebih serius jika ia tidak diuruskan dengan baik!

#5 Air kencing bercabang kerana prostat anda membesar

Memang lazim bagi lelaki untuk mengalami pembesaran prostat apabila usia sudah meningkat.

Perkara ini boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom seperti:

  1. Kerap kencing.
  2. Tidak boleh tahan kencing.
  3. Air kencing meleleh (tidak memancut).
  4. Aliran air kencing lemah dan bercabang.

Perkara penting yang perlu anda beri perhatian adalah pembesaran kelenjar prostat. Walau bagaimanapun, pembesaran kelenjar dan kanser prostat adalah 2 kondisi kesihatan yang berbeza.

Jika tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan penurunan pada aspek kualiti hidup penghidap.

Anda mungkin berminat:

#6 Masalah polip pada salur uretra

air kencing

Seperti salur uretra tersumbat, pembentukan polip pada salur kencing boleh menyebabkan masalah kencing bercabang.

Keadaan kesihatan ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan wanita.

Polip merupakan benjolan tisu berserat yang diselaputi oleh lapisan tisu nipis.

Mereka yang mengalaminya boleh dapat simptom seperti yang berikut:

  1. Ada benjolan pada bukaan faraj.
  2. Darah dalam air kencing.
  3. Air kencing tersumbat.

Diagnosis polip pada salur kencing dibuat berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal dan penggunaan peralatan khas seperti skop dan sebagainya.

Jika struktur tersebut menyebabkan komplikasi kesihatan seperti sukar untuk buang air kecil dan sebagainya, rawatan perlu diambil bagi melegakan simptom.

Konklusi

Masalah kencing bercabang biasanya tidak berbahaya. 

Namun jika ia menyebabkan simptom lain seperti sakit ketika kencing, kerap kencing dan sebagainya, rujukan kepada pakar amat digalakkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Darah Haid Banyak Mungkin Petanda Fibroid Atau Polip Rahim, Yang Mana Satu Boleh Jadi Kanser?

Kanser rahim ialah topik yang digeruni untuk dikupaskan. Fibroid atau polip rahim, berbezakah mereka? Mana satukah berpotensi ke arah kanser? Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Ramai yang percaya bahawa tidak berdehem ketika kencing juga boleh jadi punca batu karang. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Masalah kencing kotor sememangnya lazim dalam kalangan kanak-kanak terutamanya perempuan. Oleh sebab itulah aspek kebersihan perlu dijaga dengan sebaiknya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/07/2020 . 3 minit bacaan

Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

Jangkitan salur kencing (UTI) merupakan satu masalah kesihatan lazim. Bolehkah penghidapnya melakukan hubungan seks dengan pasangan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kencing tak lawas

Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
punca kencing malam

Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan