Aktiviti seperti melakukan hubungan seks atau melancap menyebabkan keluar air mani. Namun, bagaimana pula jika seseorang lelaki itu tidak mengeluarkan air mani mereka?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Aktiviti seperti melakukan hubungan seks atau melancap menyebabkan keluar air mani. Namun, bagaimana pula jika seseorang lelaki itu tidak mengeluarkan air mani mereka?
Normalkah? Atau ada sebarang kesan sampingan? Ikuti jawapannya di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang lelaki itu boleh mengalami keadaan di mana dia tidak mengeluarkan air mani. Sebab-sebab yang berlaku itu juga berbeza mengikut keadaan.
Keadaan pertama yang menyebabkan air mani terhalang daripada terpancut adalah kerana seseorang itu sengaja tidak mahu mengeluarkannya.
Dengan kata lain, seseorang lelaki itu berniat dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan air mani.
Keadaan ini mungkin kedengaran agak pelik dan tidak normal. Tetapi, ia diamalkan oleh sebahagian besar pengikut ajaran Taoism dan juga mereka yang mengamalkan kaedah seks tantrik (tantric sex).
Ada beberapa sebab mengapa sesetengah individu mengelakkan diri daripada melakukan ejakulasi.
Pertama, mereka berpendapat bahawa dengan menahan diri daripada melakukan ejakulasi dapat menggalakkan peningkatan emosi dan juga spiritual.
Ada juga yang berpendapat bahawa ia mungkin memperbaiki kesuburan mereka. Selain itu, kaedah seperti ini juga dipercayai mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan juga membina otot.
Anejakulasi juga dikenali sebagai orgasme kering. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu primer dan juga sekunder.
Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau tidak pernah keluar air mani sewaktu berejakulasi, mereka dikira mempunyai anejakulasi kategori primer.
Bagi mereka yang dahulunya pernah berkemampuan mengeluarkan air mani, tetapi kini tidak lagi mampu, maka ia dianggap memiliki anejakulasi kategori sekunder.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan anejakulasi ini berlaku. Antaranya ialah:
Ejakulasi retrograde berlaku apabila air mani bergerak ke belakang memasuki kelenjar, bukannya bergerak terpancut ke hadapan seperti yang sepatutnya.
Apabila ejakulasi seperti ini berlaku, anda masih lagi merasai nikmat orgasme tersebut tetapi mungkin hanya mengeluarkan sedikit bahkan tiada langsung air mani.
Kes ejakulasi seperti ini tidaklah membahayakan kesihatan tetapi boleh menyebabkan ketidaksuburan.
Selain itu, ia juga mungkin akan menyebabkan air kencing berwarna seperti berkeladak disebabkan kewujudan air mani dalam air kencing anda.
Tidak terdapat kelebihan atau manfaat khusus jika anda menahan daripada keluar air mani.
Ada beberapa manfaat yang mungkin pernah diutarakan sebelum ini. Antara manfaat yang didakwa boleh diperoleh jika menahan diri daripada berejakulasi adalah seperti berikut:
Manfaat terhadap fizikal:
Manfaat kepada mental:
Anda tidak perlu risau kerana tidak terdapat sebarang risiko atau komplikasi jika anda menahan keluar air mani.
Sperma yang tidak dikeluarkan bersama air mani akan dileraikan dan diserap kembali oleh tubuh anda.
Oleh sebab itu, tidak timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika tidak mengeluarkan air mani daripada tubuh.
Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan antara kekerapan ejakulasi dan juga risiko kanser prostat.
Kajian mendapati bahawa, mereka yang kerap berejakulasi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser prostat.
Selain itu, dengan berejakulasi, ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih terangsang.
Apabila tubuh anda terangsang, ia akan meningkatkan tahap dopamin dan juga oksitosin yang lebih dikenali secara umum sebagai hormon gembira dan hormon cinta.
Apabila tahap oksitosin meningkat, anda akan berasa lebih positif, yakin dan juga tenang.
Selain itu, hormon dopamin yang meningkat juga akan menggalakkan rasa positif dan mengurangkan rasa resah dan juga tekanan yang dialami.
Anda kini faham bahawa perbuatan tahan air mani daripada terpancut mungkin tidak akan membahayakan kesihatan seorang lelaki.
Namun, berejakulasi mempunyai manfaatnya yang tersendiri terhadap pengurangan risiko kanser prostat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen