Jangkitan salur kencing (UTI) atau biasa kita panggil penyakit UTI merupakan satu keadaan kesihatan yang lazim dialami terutamanya dalam kalangan wanita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Jangkitan salur kencing (UTI) atau biasa kita panggil penyakit UTI merupakan satu keadaan kesihatan yang lazim dialami terutamanya dalam kalangan wanita.
Ini berikutan struktur anatomi sistem urinari mereka lebih memudahkan kuman untuk merebak masuk.
Mungkin anda tertanya-tanya, adakah kita boleh melakukan hubungan seks semasa alami penyakit UTI?
Secara ringkasnya, jawapan kepada persoalan tersebut adalah “BOLEH”.
Namun, apabila kita mempertimbangkan beberapa faktor dan risiko, kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan hubungan seks dalam kalangan mereka yang masih mengalami UTI.
Ia bukan pada konteks “bolehkah”, tetapi lebih kepada “patutkah mereka yang mengalami UTI melakukan hubungan seks”.
Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membuat keputusan untuk bersenggama semasa mengalami UTI.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Selain daripada demam, mereka yang didiagnosis dengan masalah jangkitan salur kencing boleh mengalami simptom seperti berikut:
Bagi wanita yang mengalami penyakit UTI, objek yang masuk ke dalam faraj termasuk jari atau penis semasa penetrasi boleh menyebabkan kesakitan.
Simptom ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan seks.
Jika pasangan melakukan seks tanpa perlindungan, saluran kencing pada penis juga boleh mengalami proses iritasi akibat UTI.
Mungkin ada yang lebih cenderung untuk melakukan hubungan seks anal namun bukan semua selesa dengan teknik seks tersebut.
Seks oral juga boleh menyebabkan kuman seperti bakteria dan virus tersebar dari kemaluan ke mulut.
Jika anda ingin melakukan hubungan seks ketika menghidapi masalah UTI, pastikan anda memilih posisi seks yang boleh memberikan keselesaan kepada pasangan.
Sekiranya anda masih berasa sakit walaupun sudah mendapatkan rawatan, sila rujuk dengan doktor anda.
Hubungan seksual merupakan salah satu daripada cara lazim jangkitan merebak masuk ke dalam tubuh badan manusia.
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1999 oleh Fakulti Perubatan Kolej Virginia, 90% masalah jangkitan salur kencing adalah disebabkan oleh bakteria Escherichia coli (E-coli).
Memandangkan bakteria tersebut kebiasaannya hidup di dalam usus besar manusia, jangkitan boleh beralih daripada dubur, ke tangan dan kemudian ke kemaluan.
Penggunaan alat mainan seks juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit UTI semasa seks penetrasi berlaku dengan individu berjangkit, jangkitan sekunder atau jangkitan baharu boleh berlaku.
Perkara ini menyebabkan masalah UTI sedia ada sukar untuk sembuh.
Walaupun secara teknikalnya UTI tidak dianggap sebagai penyakit berjangkit, ia boleh tersebar kepada pasangan.
Sebagai contoh, bakteria E-coli yang dibincangkan sebentar tadi.
Ia boleh beralih daripada dubur ke kemaluan dan disebarkan kepada pasangan melalui seks tanpa perlindungan.
Ada juga kes penyakit UTI yang merupakan komplikasi kepada jangkitan kelamin (STI) seperti trichomoniasis.
Mereka yang mendapat STI juga berisiko untuk mengalami masalah jangkitan salur kencing.
Anda mungkin berminat:
Jika anda masih mahu bersenggama dengan pasangan walaupun sedang mengalami penyakit UTI, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Walaupun penyakit UTI sering dipandang ringan, jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Sekiranya anda mengalami simptom berikut, sila dapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen